Rumah Makan Inggil @ Resto Museum Inggil

9:35 PTG

Ketika kaki melangkah turun dari perut bas, mata terpandang papan tanda di sebelah kanan kami yang berbunyi: Rumah Makan Budaya Jawa yang terlindung sedikit oleh daun-daun. Hati tertanya-tanya, adakah kami akan makan di rumah makan zaman dahulu, memandangkan suasana sekitarnya yang agak sepi dan usang?
Melihat papan tanda itu sendiri sudah merasa diri dibawa ke zaman kolonial Belanda! Maklumlah suka sangat baca novel-novel karya Pramoedya Ananta Toer yang kebanyakannya berkisar tentang kehidupan pribumi terutamanya masyarakat Jawa di bawah jajahan Belanda.

Duh!
Memandang ke sebelah kiri, sebelum melihat ke pintu masuk mata terpandang tulisan 'inggil' pula. Apa itu inggil? Amie pernah dengar perkataan 'inggil' tetapi didahului dengan perkata 'kromo'. Jadinya kromo inggil yang membawa maksud percakapan yang sopan dalam bahasa Jawa.
Wah! Tentunya ada etika yang tersendiri ketika makan di Inggil Rumah Makan ini.

Melangkah saja ke ruang dalam restoran atau rumah makan ini, kami disambut oleh jambangan bunga sundal malam segar di dalam pasu.





 Ada tulisan 'datang mriki saget hotsepot'.
Entah apa maksudnya.
Agaknya maksudnya ada hotspot kot... wifi percuma.
Di sini, mengaku kalah sajalah. Tak faham bahasa Jawa Kromo Inggil, bahasa Jawa halus. 

Deretan telefon lama ini memang benar-benar menunjukkan rumah makan ini bukan sebarangan tempat. Dari bahagian luar lagi ketika melintasi ruangan masuk ke dewan makan besar, kami melintasi beberapa bilik makan lengkap dengan meja dan susunan kerusi serta dekorasi antik! Setelah kami berada di dalam bas semula, Farid menerangkan kami baru saja makan tengahari di sebuah restoran, bekas bangunan Belanda 1930 dan berkonsepkan muzium. Restoran ini beroperasi pada tahun 2004.
Beruntunglah penduduk sekitar Malang terutamanya generasi baru kerana berpeluang melihat sejarah lama, khususnya zaman kolonial Belanda. Tidaklah kesan sejarah terus hilang begitu sahaja.

Kami melewati sebuah meja dengan hidangan lauk pauk, dan kelihatannya akan datang beberapa orang pelanggan duduk di situ. Benar, beberapa minit kemudian, ketika Amie menoleh ke arah meja ini, ada seorang wanita dan seorang lelaki sedang menikmati hidangan di sini.


 Tempat duduk kami membelakangkan panggung tradisional.

Masing-masing sabar menanti nasi dan air minuman.
Agaknya best juga kalau ketika menunggu ada halua telinga seperti muzik keroncong, atau dangdut...ngeeee!

Antara lauk-pauk yang dihidangkan termasuklah sayur bening (ikut sebutan Amie), tak tahulah apa mereka panggil. 

 Sotong goreng rangup.

Lauk-pauknya juga menampakkan ciri-ciri tradisional. Banyak ulam-ulaman mentah disediakan seperti daun kemangi, hirisan timun, daun salad, tomato dan kacang panjang. Petai goreng pun ada! 

 Ada ayam bakar, dan sayur taugeh campur tauhu.

Sate ayam pun ada. 
Ini kot sate lalat yang dikatakan oleh Farid. Daging ayam dipotong kecil-kecil itulah yang dipanggil lalat. Di hujung piring sate itu ada sedikit tambahan sambal cili padi dan juga hirisan bawang merah kecil.

Agak panas ketika berada di ruang makan ini.
Tiada pendingin hawa, dan kipas pula nun jauh tinggi di atas.
Memang terasa bagai berada di tempat sauna, sehingga berpeluh-peluh. Alhamdulillah... sihatlah tu kiranya!
Dan tiada pula air minuman disediakan, kerana menurut tradisinya budaya makan dalam masyarakat Jawa ini, minum air setelah agak lama berhenti makan! 
Tidak lama kemudian datang pula pelayan restoran mengambil pesanan minuman jus buah. 


 Sekarang bolehlah basahkan tekak dengan pesanan minuman masing-masing.


 Hohoooo... masing-masing dengan jus sirsak!
Tak mahu lagi peristiwa tiga hari lepas berulang kembali, Amie pun pesan jus tembikai.

Minum sedikit sahaja untuk hilangkan dahaga, dan kemudian minta bantuan Dayah untuk menghabiskannya.

Selesai makan, ada yang menuju ke kamar kecil. Amie ambil kesempatan melihat-lihat persekitaran ruang makan.

Selain kerusi dan meja makan, ruang lesehan turut disediakan. Pelanggan boleh duduk bersila ketika menikmati hidangan.

Lihatlah di dinding tempat lesehan itu. Banyak barang-barang antik seperti keris, lukisan dan sebagainya menjadi pelengkap dekorasi.



Rumah makan ini sebenarnya sedang bercerita ketika kita sedang makan.
Peminat sejarah sudah tentu tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. 
Ada deretan jam, sterika, mesin jahit dan sebagainya. Banyak sebenarnya barang lama di sini, tapi ketika itu Amie tidak sempat ambil gambar kesemuanya.

 Mesin taip lama pun ada.

 Ada pelbagai jenis radio lama.

Inilah panggung tradisional yang Amie maksudkan. Melihat alat-alat muzik tradisional seperti gong, gendang dan sebagainya sudah tentulah persembahannya pun bentuk tradisional juga. Kalau datang waktu malam, tentu asyik sekali menikmati hidangan sambil mendengar muzik keroncong atau menonton ketoprak. Heheee... ada wayang kulit juga ke?

Tingkapnya pun jenis memanjang ke bawah, itulah antara ciri tingkap rumah orang Belanda.


Nampak tak tingkap yang terbuka di sebelah kanan tu? Di dalamnya ada gambar-gambar lama. Dan di dalam bilik itu juga terdapat ruang makan, dengan susunan kerusi dan meja yang lengkap. Ini bermaksud banyak ruang makan dengan konsep yang berbeza umpamanya pelanggan boleh duduk di kerusi atau bersila di lantai.


 Kami mula meninggalkan ruang makan dan menuju ke pintu untuk keluar.

Meja ini sudah kosong. Nampaknya, tiga hidangan lauk pauk dan kemudian didatangi oleh seorang wanita dan seorang lelaki yang menikmati makan tengahari telah meninggalkan tempat ini sebelum kami.

 Pelbagai bentuk matawang lama. Mungkin ada matawang Belanda di situ.

Okey.
Sudah sampai ke pintu keluar.
Hari ini dapat belajar sejarah sambil menikmati hidangan tengahari di Rumah Makan Inggil atau juga dikenali sebagai Resto Museum Inggil. 
Hurrmmm... kalaulah kutahu asal-usul sebenar nenek moyangku dari mana....

Pak Herman sudah sedia untuk memandu bas.
Menuju ke mana Pak?


Aloloooo... baru nak mesra-mesra, tiba-tiba Mak Ngah 'memisahkan diri' dari kami.
Selamat meneruskan perjalanan meneroka Surabaya ye Mak Ngah.
Jumpa lagi.

Entri berkaitan Trip Surabaya:

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe