Masjid Ampel
10:44 PG
Sebut tentang Masjid Ampel, ia memang berkaitan dengan Sunan Ampel, salah seorang daripada 9 Wali atau Wali Songo. Masih ingat lagi nama-nama Wali Songo itu sebab pernah belajar subjek Sejarah Islam untuk STPM. Mereka inilah yang berusaha menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa pada abad ke-14. Lamanya masa yang sudah berlalu itu. Sekarang sudah abad ke-21!
Wali Songo dikenali sebagai simbol penyebaran kebudayaan Islam menggantikan budaya Hindu-Buddha yang sekian lama bertapak di Tanah Jawa. 9 wali tersebut bermula dengan nama Sunan Gresik diikuti dengan Sunan Ampel. Maknanya kalau ikut urutan, Masjid Ampel dibina oleh Wali Songo yang kedua. Dikatakan juga bahawa masjid tertua di Indonesia ini antara salah satu bangunan yang terselamat dari serangan bersenjata tentera Belanda dan sekutunya pada tahun 1945.
Oh... ya!.
Selepas Sunan Ampel, Sunan Bonang pula. Kemudian Sunan Drajat, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Giri, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati.... hahahaaa teringat Cikgu Norizan bersungguh-sungguh bagi nota tentang Wali Songo. Rezeki kami, keluar pula soalan Wali Songo dalam peperiksaan STPM! Menyesal pula tak baca sungguh-sungguh, tapi dapat gred okey jugalah.
Banyak pengunjung yang datang ke sini.
Penduduk tempatan mengimarahkan masjid dengan mendengar tazkirah dan aktiviti keagamaan. Kami hanya berada di kawasan luar masjid sahaja.
Pusara @ kuburan.
Walaupun waktu malam, persekitaran masjid sentiasa dijaga agar bersih.
Disediakan juga beberapa tempayan berisi air minuman.
Masyarakat setempat yang mencintai budaya bangsanya, tetap memakai pakaian corak batik ketika ke masjid.
Tabung untuk pelawat menderma dan bersedekah banyak terdapat di sekitar masjid.
Haiyyyoooo.... jangan sesat masuk kamar kecil berlainan jantina ya. Sudah terang lagi bersuluh. Tulisannya amat jelas dong!
Tempat mengambil wudhu'.
Suasana di sini sangat menarik kerana kebanyakan bapa-bapa yang datang akan membawa anak kecil mereka bersama dan mengambil wudhu' di sini. Kedatangan wanita sama ada tua dan muda, dan kanak-kanak jelas menunjukkan mereka mencintai rumah Allah ini tanpa mengira jantina dan peringkat umur.
Farid sedang bercerita tentang Mbah Sholeh yang dikatakan mempunyai kelebihan boleh hidup semula selepas mati.
Katanya lagi, Mbah Sholeh mati dan hidup kembali sebanyak 9 kali, jadi makamnya juga 9 buah. Wallahu'alam.
Banyak gerai jualan kurma di lorong kecil berhampiran masjid.
Terakhir, kami mengunjungi ruangan panjang ala-ala bazaar tempat jualan pelbagai macam keperluan keagamaan seperti tasbih, kopiah, al-Quran, cendera kenangan, minyak wangi, kacang-kacangan dan sebagainya.
Ada jualan kuih-muih juga.
Dayah banyak borong penunjuk bacaan al-Quran.
Walaupun hari sudah agak larut malam, tapi orang ramai silih berganti keluar masuk di kawasan ini. Mereka mengambil wudhu' dan masuk ke masjid untuk menunaikan solat.
Tempat mengambil wudhu' memang sentiasa penuh!
Pekerja pembersihan pun tidak pernah berhenti dari menyapu sampah dan membersihkan tempat wudhu'.
Kesian nak Farid. Nampak letih wajahnya. Begitu juga Linda.
Ayoh... kita beransur pulang.
Mana boleh pergi meninggalkan tempat ini begitu saja?
Kami sedang menunggu Dayah yang sedang membeli penunjuk bacaan Quran untuk kali kedua di dalam toko. Katanya, tak cukup lagi!
Entri berkaitan Trip Surabaya:
2 comments
Bestnya.... bestnya.. semua rajin ke majlis ilmu
BalasPadamRizziela,
BalasPadambetul tu, anak beranak datang meriahkan masjid.