Kyriad Pesonna Hotel Surabaya
12:18 PG
Malam terakhir di Surabaya, kami menginap di hotel bertaraf 3 bintang iaitu Kyriad Pesonna Hotel. Memang sungguh mempesonakanlah suasana bermalam di hotel ini. Bukan sahaja kerana taraf 3 bintang, tapi serasa duduk di bintang pulak....hahahaa! Bukan apa, taraf 3 bintang tu tak cukup, kami nak tambah 4 bintang lagi. Jadi 7 bintang! Serius bah! Dah keluar bah pulak... Maklumlah dah nak balik ke Sabah...ahaks!
Tetamu hotel diraikan dengan minuman panas yang disediakan berhampiran pintu masuk.
Memang patut banyak bintang boleh kita anugerahkan untuk hotel ini.
Sereh (serai) ditambah dengan jahe (halia) serta campuran gula batu, menghasilkan minuman yang berkhasiat untuk tubuh badan. Minuman ini sangat sesuai dinikmati ketika musim hujan. Tak musim hujan pun sesuai juga, lagilah menyihatkan sebab selepas minum memang cepat sangatlah tubuh basah oleh keringat terutama ketika beraktiviti.
Kami dikehendaki membawa beg masing-masing ke dalam bilik dan kemudian turun semula ke lobby kerana Farid akan membawa kami melawat Masjid Ampel.
Cantiknya warna kepala katil!
Ikutkan hati memang nak terus baring, tapi bila teringat pesanan agar segera turun ke lobby, cepat-cepat kami meninggalkan bilik.
Sempat juga tangkap gambar, ada sejadah dan al-Quran diletakkan di atas para-para.
Bilik airnya pun mempesonakan dengan warna hijau pucuk pisang.
Jom turun.
Oppsss!
Sampai di sini dulu ceritanya ye.
Terpaksa cut.
Nanti Amie tulis entri semasa melawat Masjid Ampel.
Kita sambung kisah keesokan paginya di hotel ini.
Alamak!
Gopoh sangat ambil gambar sampai kabur pemandangan di ruang makan!
Terpaksalah pinjam gambar dari Pak Google di bawah ini. Minta izin ye Pak Google.
Inilah ruang makan di Hotel Kyriad Pesonna.
Luas dan menenangkan.
Kredit: Google
Lihat dan nilaikanlah sendiri suasana di ruang makan hotel ini. Biarkan gambar yang berbicara.
Jumpa begedil kentang dan tempe goreng. Nak rasa juga!
Omellet tak tinggal!
Macam lama tak makan telur dadar.
Nak rasa serba sedikit hasil kuliner Surabaya.
Bubur ayam and the gang.
Cuba sikit bubur ayam.
Udah kenyang ke?
Jom ke bahagian soto pula.
Oh! Soto ayam rupanya.
Menurut pelayan hotel ini, serbuk warna kuning yang dibubuh di dalam mangkuk soto ialah keropok udang yang dihaluskan.
Keropok udang yang dihaluskan (mangkuk tengah).
Nampak menarikkan?
Mau coba sotonya bu?
Belum sempat kita jawab, sudah diangkatnya semangkuk soto dan disiram kuah sup!
Okey dik.
Terima kasih.
Naaa... beginilah rupa soto ayam Surabaya.
Sudah kenyang bersarapan, marilah posing-posing depan hotel...hiks!
Entah hape-hape entah korang ni... kononnya nak bergaya dengan jaket kulit kijang dari Isketambola hahaaaa!
Asalkan korang bahagialah ye.
Jumpa lagi dalam entri seterusnya.
Entri berkaitan Trip Surabaya:
3 comments
hamboi bergaya dengan jaket kulit baru... seragam sedondon gitu
BalasPadammenarik betul hotelnya bersih selesa, cantik color hijau tu
hotel baru ke apa kak? bersih sangat dan nampak baru...
makanan pun ada macam2 sangat... seronok betul tengok
salam singgah. ish kalau dok kat hotel ni, rasa macam sayang pulak nak tinggalkan. nampak best sangat hotel tu ^_^
BalasPadamNorhidana,
BalasPadamhahaaa... jaket kulit palsu huhuhuuuu.
bukan hotel baru rasanya, tapi memang nampak mewah berbanding taraf 3 bintang yang diberi. Puas hati sangat.
Umi,
betul tu... biasalah kalau travel kan, hotel hanya tempat persinggahan lewat malam utk bersihkan diri, solat dan tidur. Awal pagi dah kena check out utk teruskan perjalanan.