Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)

10:10 PTG

Kami naik tuk-tuk untuk sampai ke Hat Yai Floating Market. 
Pemandu tuk-tuk bersungguh-sungguh mengatakan akan menunggu kami serapa lama pun kami berada di floating market itu, kerana katanya tidak ada kereta atau tuk-tuk yang boleh kami naiki untuk keluar semula dari kawasan tersebut.
Kami pun setuju. Ada yang memahami katanya, bayaran yang dikenakan 100 BAHT seorang. Akhirnya berlaku sedikit perselisihan faham setelah kami keluar dari floating market, tuk-tuk menghantar kami ke Asean Night Market, dan di situ dia meminta kami bayar 500BAHT. Dia tunjukkan 400BAHT yang kami bayar, katanya tak cukup 500BAHT.
Untuk tidak memanjangkan cerita, kami bayar sahaja.
Hurrmmm... adakah kami digoreng oleh pemandu tuk-tuk tadi?
Lain yang diminta sebelum naik tuk-tuk, lain pula jumlahnya yang diminta setelah turun tuk-tuk!


Selamat datang ke Hat Yai Floating Market!


 Pemandangan sebelum sampai ke pintu masuk Khlong Hae Floating Market.







 Inilah pemandangan Khlong Hae Floating Market yang selalu menggangu mimpi... hiks!


 Nampak bersih dan jernih air sungainya!

Abadikan wajah penuh teruja di sini...kihkihkihhh!

Agak ramai juga pengunjung pada petang itu. Tempat duduk untuk makan pun penuh! Cuaca pula sangat panas!

Wah! Ada tulisan dalam bahasa Melayu : Jangan memberi makanan kepada anjing dan kucing! Mari kita turun tangga menuju ke pasar terapung ini.

Kami sampai lebih kurang pukul 4 petang. Syukurlah kami datang pada hari yang tepat, kerana pasar terapung ini hanya dibuka pada petang Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Jom teroka apa yang ada di sini.

Oleh kerana pengunjung yang begitu ramai, nak melihat secara lebih dekat makanan yang dijual terpaksalah menyelit di celah-celah mereka. Kebanyakannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar makanan di sini.

Bila edit gambar, rasa terliur pulak melihat takoyaki yang pelbagai ini!
Kalaulah ada waktu beberapa hari di sini, mungkin boleh datang dua tiga kali, membeli dan merasa pelbagai makanan yang ada!


Cantik bekas aiskrim daripada buluh ini.


Ini pula bekas-bekas minuman. Setiap satu berharga 30BAHT dengan minuman yang dibeli. Habis air minuman boleh tambah lagi, tapi kena bayar 10 BAHT.

Phad Thai. 


Tak tahu ini kuih apa.


Ayam goreng.

Udang goreng salut tepung.


Meriahnya!



Makanan yang dijual dalam keadaan segar, dan panas!



Ada macam-macam bahan yang dipanggang di dalam daun pisnag ini. Ada ikan, sotong, udang dan sebagainya.

Dimsum  dan kuih pau yang berwarna-warni!

Sosej pelbagai rasa!


Tangan tak sampai untuk menghulur jualan, jadi gunakan kayu untuk sangkutkan bakul berisi makanan kepada pembeli. Pembeli bubuh duit dalam bakul, dan penjual akan kembalikan duit lebihan dalam bakul itu juga.

Cara goreng telur pun turut menarik perhatian!

Comel jew telur puyuh goreng.


Oh! Marilah ternak kolestrol ...ahaks!
Bila lagi nak meratah telur puyuh goreng dan rebus yang comel menggoda ni!

Tak cukup telur puyuh, burung puyuh goreng pun ada!
1 ekor 35BAHT.
Beli 3 ekor 100BAHT.

Rasa hauslah pula berjalan di tengah-tengah panas.. Jadi kami pun belilah air dalam buluh dengan harga 30 BAHT.



Amie pilih air longan.

Kami bawa minuman ke tempat duduk di bawah pondok. Kami letakkan di atas tempat duduk. Kam duduk. Mungkin bangku panjang tak stabil. Maka terjatuhlah kedua-dua bekas minuman buluh kami! Belum sempat sedut minuman itu...ahaks!
Kami ambil semula buluh, dan kembali ke tempat penjual air tadi. Kami bayar 10 BAHT setiap seorang untuk refill air. Amie beli semula air longan. Allah! Manisnya ya ampun! Banyak sangat gula kot! Akhirnya kami beli air mineral saja!

Suka tengok penjual wanita ini goreng 'pegedil' kot. 

Cantik mini pancakes ini.

Kentang goreng lilit.

Kalau belum makan nasi, eloklah beli ikan bakar ni seekor. nampak menyelerakan sungguh!

Katanya ayam goreng di sini sedap!






Adeeehhh.... sedapnya!

Entah apa sebabnya! banyak-banyak makanan yang dijual, kita terpikat pula dengan jagung putih ungu itu! Sedap!


Ketam goreng ini bukan dijual di pasar terapung, tapi di bahagian atas. Kami menaiki tangga, dan ada lagi pasar di atas daratan. Selain makanan, buah-buahan, dan pelbagai makanan kering, banyak juga jualan pakaian.
Jom kita lihat apa yang ada di gerai bahagian atas pula.













Kenapalah Amie lambat untuk belajar makan miang kham?  Kalau Amie tahu miang kham ini sedap, memang Amie beli sebungkus di sini! Sayangnya, keesokan pagi baru nak cuba makan di Chabura Dimsum! Haaa... kan sekarang asyik teringat-ingat! Mana nak cari miang kham di LD? Huhuuuuu... entah bila boleh jejak Siam lagi!


Haaa.... ini yang sedap sangat ni sebab ada tlur sotong! Ada kerang! Udang laut pun nampak cantik menggoda!



okey... kami naik turun dua kali!
Orang ramai masih bersesak di situ.

Rimas juga dengan suasana begini. Panas satu hal, nak duduk makan pun susah!

Apa pun cukuplah setakat ini dahulu menjadi 'food hunter' di floating market.
Sekurang-kurangnya berpuas hatilah dapat jejak di sini kerana selama ini hanya dapat melihat gambar dan video sahaja tentang keadaan di Hat Yai Floating Market ini.


3 comments

  1. kak, kacang apa yang ada kt gambar kedua tuh? lepas gambar kunyit tu...

    geramnya tengok semua makanan yang ada, semua rasa nak rasa dan beli... miang kam tu tryla buat sendiri kak, akak kan rajin memasak...

    memang menipu betul orang tuk tuk tu ye, tapi lepas akak dah abis shopping memang masih ada lg ke tuk tuk tuh?

    BalasPadam
  2. Norhidana,
    tak tahulah kacang apa... kacang pool kot, sebab dulu pernah makan rupa gitu, adik bawa dari Kedah.
    Hahaa.. memang berangan nak buat miang kham sendiri, tapi di LD tak ada pokok kaduk.
    Pemandu tuk-tuk tu memang tunggu kami, kami pun tak lama di floating market tu, kami belum bayar. Dah sampai Asean Night Market baru kami bayar, itu yang salah faham tu, mula2 minta 100 BAHT seorang, dah bagi 400 minta lagi 100BAHT.

    BalasPadam
  3. Seronok kat sini..masa SA pi SA takut nak mencuba makan sbb risau tahap kebersihan dan halal even ada yg paparkan logo halal..SA minum air tebu je masa tu sbb rasa yakin..hahaha...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe