Oleh-Oleh Pakistan

8:24 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sangkaan kami, oleh-oleh yang akan dibawa pulang setakat kacang pistaschio, buah-buahan kering, pashmina dan baju salwar kameez! Key chain dan fridge magnet memang sudah tidak ada dalam fikiran kerana kami tidak jumpa kecuali di sebuah gerai sewaktu kami berada di Hussaini Bridge. Itu pun hanya fridge magnet sahaja dan tidak banyak pilihan. 

Selepas makan tengah hari di Haveli Restaurant, ada satu lagi tempat lawatan yang akan dikunjungi, kalau tak silap Masjid Bashahi. Dalam perjalanan ke tempat lawatan tersebut, kami melintasi sebuah kedai cenderahati dan kononnya hendak singgah sebentar sekadar melihat-lihat. Tanpa di duga semua sekali masuk ke situ!

Bukan apa. Kami rasa teruja masuk kerana tidak puas membeli-belah sebelum ini. Jom kita lihat apa yang ada di dalam kedai tersebut.



Hari terakhir di Pakistan, barulah terjumpa dengan kasut ini. Sebenarnya Amie dan Nano hendak beli kasut begini pada hari pertama (delay) untuk dipakai dengan baju kurung Kedah pada 16 September 2024 sempena Hari Malaysia. Jumpa kasut pada hari terakhir pula. Memang tak belilah.








Pelbagai macam barangan cantik-cantik dijual di sini. Oleh kerana sibuk berebut fridge magnet dan key chain, memang terlupalah hendak ambil gambar. jadi, kongsi gambar mana yang ada sahaja.


Pelbagai jenis kasut dengan corak dan warna yang cantik.


Walaupun tak beli, tapi ambil gambar saja buat kenangan.



Rakan-rakan banyak memborong fridge magnet sehingga tuan kedai terpaksa membongkar semua stok yang ada. Satu-persatu dikeluarkan, dan sekelip mata terus kamisambar beramai-ramai. Fridge magnet memang antara oleh-oleh popular untuk dihadiahkan buat keluarga dan rakan taulan.

Gambar di bawah ini merupakan baki sebahagian daripada bentuk fridge magnet yang Amie beli. 


Selepas ini, hanya enam jam sahaja lagi kami berada di bumi Pakistan sebelum terbang dari Lahore ke Kuala Lumpur.

7 comments

  1. aritu opismates blk dr pakistan dpt fridge magnet

    BalasPadam
  2. Kalerful cenderahati cermin & loceng tu.
    Fridge magnet paling mudah untuk diberikan sebagai cenderahati.

    BalasPadam
  3. Banyak yang boleh dibawa pulang sebagai kenangan dari Pakistan.

    BalasPadam
  4. Itu sepatu sulam nya berapaan kak? Cantiiiik sangat sulaman2 yg di sepatu. Betul2 lah saya harus ke Pakistan. Nak borong nanti sepatu sulamnya beraneka warna 😍😍

    BalasPadam
  5. Ada kawan office pertgi Pakistan outstatin beberapa tahun lepas..belikan SA Pashmina..ntah mana la pashmina tu SA simpan..cantik dan tahan kualiti kainnya..kena cari balik ni..

    BalasPadam
  6. Banyak beli ole ole kak? SA ada dapat fridge magnet dari kawan-kawan yg balik dari Pakistan beberapa tahun lepas..tp tu la dh selamat kena kebas

    BalasPadam
  7. wah kalau saya , saya beli kasutnya sebab cantik sulamannya. dah last baru jumpa adehai selalunya macam ni duit dah ciput

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe