Bismillahirrahmanirrahim.
Sangkaan kami, oleh-oleh yang akan dibawa pulang setakat kacang pistaschio, buah-buahan kering, pashmina dan baju salwar kameez! Key chain dan fridge magnet memang sudah tidak ada dalam fikiran kerana kami tidak jumpa kecuali di sebuah gerai sewaktu kami berada di Hussaini Bridge. Itu pun hanya fridge magnet sahaja dan tidak banyak pilihan.
Selepas makan tengah hari di Haveli Restaurant, ada satu lagi tempat lawatan yang akan dikunjungi, kalau tak silap Masjid Bashahi. Dalam perjalanan ke tempat lawatan tersebut, kami melintasi sebuah kedai cenderahati dan kononnya hendak singgah sebentar sekadar melihat-lihat. Tanpa di duga semua sekali masuk ke situ!
Bukan apa. Kami rasa teruja masuk kerana tidak puas membeli-belah sebelum ini. Jom kita lihat apa yang ada di dalam kedai tersebut.
Hari terakhir di Pakistan, barulah terjumpa dengan kasut ini. Sebenarnya Amie dan Nano hendak beli kasut begini pada hari pertama (delay) untuk dipakai dengan baju kurung Kedah pada 16 September 2024 sempena Hari Malaysia. Jumpa kasut pada hari terakhir pula. Memang tak belilah.
Pelbagai macam barangan cantik-cantik dijual di sini. Oleh kerana sibuk berebut fridge magnet dan key chain, memang terlupalah hendak ambil gambar. jadi, kongsi gambar mana yang ada sahaja.
Pelbagai jenis kasut dengan corak dan warna yang cantik.
Walaupun tak beli, tapi ambil gambar saja buat kenangan.
Rakan-rakan banyak memborong fridge magnet sehingga tuan kedai terpaksa membongkar semua stok yang ada. Satu-persatu dikeluarkan, dan sekelip mata terus kamisambar beramai-ramai. Fridge magnet memang antara oleh-oleh popular untuk dihadiahkan buat keluarga dan rakan taulan.
Gambar di bawah ini merupakan baki sebahagian daripada bentuk fridge magnet yang Amie beli.
Selepas ini, hanya enam jam sahaja lagi kami berada di bumi Pakistan sebelum terbang dari Lahore ke Kuala Lumpur.
aritu opismates blk dr pakistan dpt fridge magnet
BalasPadamKalerful cenderahati cermin & loceng tu.
BalasPadamFridge magnet paling mudah untuk diberikan sebagai cenderahati.
Banyak yang boleh dibawa pulang sebagai kenangan dari Pakistan.
BalasPadamItu sepatu sulam nya berapaan kak? Cantiiiik sangat sulaman2 yg di sepatu. Betul2 lah saya harus ke Pakistan. Nak borong nanti sepatu sulamnya beraneka warna 😍😍
BalasPadamAda kawan office pertgi Pakistan outstatin beberapa tahun lepas..belikan SA Pashmina..ntah mana la pashmina tu SA simpan..cantik dan tahan kualiti kainnya..kena cari balik ni..
BalasPadamBanyak beli ole ole kak? SA ada dapat fridge magnet dari kawan-kawan yg balik dari Pakistan beberapa tahun lepas..tp tu la dh selamat kena kebas
BalasPadamwah kalau saya , saya beli kasutnya sebab cantik sulamannya. dah last baru jumpa adehai selalunya macam ni duit dah ciput
BalasPadam