Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional : Pendakwaan Tutup Kes, 25 Saksi Selesai Beri Keterangan

8:45 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kejadian buli sehingga membawa peristiwa pembunuhan ke atas arwah cucu buah (cucu kepada kakak Encik Suami) pada Mac 2024 lalu masih melekat di tangkai hati. Ceritanya di sini: Buli Membawa Kepada Pembunuhan Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu : Allahyarham Muhamad Nazmie Aizat

Pakar patologi mengesahkan terdapat 107 kesan kecederaan pada tubuh arwah Mohamad Nazmie Aizzat. Mahkamah Tinggi Tawau turut memaklumkan punca kematian arwah adalah disebabkan kecederaan dada dan tisu lembut akibat trauma tumpul ( Chest and Soft Tissue Injures Due to Blunt force Trauma).

Al-Fatihah buat arwah Mohamad Nazmie Aizzat. Mudah-mudahan rohnya tenang di sana, berkumpul bersama hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Arwah Aizzat  yang sedang memikul tikar di belakang Fuad. Gambar kenangan ini diambil ketika kami menziarahi pusara ahli keluarga di Tanah Perkuburan Kampung Cocos pada Hari Raya Aidil Fitri tahun 2019.

Berita Sayang Sabah : Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional : Pendakwaan Tutup Kes, 25 Saksi Selesai Beri Keterangan


TAWAU : Selepas 25 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan kes membabitkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun yang dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu, pihak pendakwaan menutup kesnya hari ini.


Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif Nor yang mengetuai pasukan pendakwaan, memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Duncan Sikodol bahawa pihaknya menutup kes selepas pegawai penyiasat Asisten Superintenden Suddin Tjinke memberi keterangan.

"Dengan berakhirnya keterangan saksi pendakwaan ke-25, pihak pendakwaan menutup kes hari ini," katanya di akhir kes pendakwaan.

Beliau dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.

Duncan kemudian memerintahkan semua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 3O Disember depan manakala hujahan balas ditetapkan pada 6 Januari depan selain menetap tarikh 13 Januari depan sebagai tarikh untuk memastikan semua pihak memfailkan kesemua dokumen berkenaan..

Bagaimanapun Duncan belum membuat keputusan sama ada membebaskan kesemua 13 tertuduh atau memerintahkan mereka membela diri.

Nur Nisla turut memaklumkan bahawa pendakwaan menawarkan 25 saksi kepada pihak pembelaan termasuk seorang pegawai kimia, dua orang doktor, jurufoto polis, warden kolej terbabit sekiranya tertuduh diperintah membela diri.

Perbicaraan penuh kes itu bermula 19 November lalu dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah pengarah dan warden selain sepuluh pelajar (saksi mata) yang juga rakan sebilik mangsa serta penghuni asrama kolej terbabit.

Selain itu, turut dipanggil pakar patologi, pakar kimia, pakar forensik dan pegawai polis pada prosiding yang mengambil masa selama 12 hari.

Pada 13 Ogos lalu, kesemua 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh Mohamad Nazmie di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye, sementara lima lagi masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika termasuk peguam lantikan, Vivien Thien, Jhasseny P Kang, Kusni Ambotuwo dan Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Sumber : SAYANG SABAH 09 DISEMBER 2024

10 comments

  1. ya Alalh, sedih sangat bila baca dan tahu tentang kematian anak2.. hati tidak boleh terima.. anak2 muda semakin hilang rasa kasih..

    BalasPadam
  2. Allahuakbar! Semoga arwah Aizzat tenang di sana. Yang melakukannya, harap tidak terlepas hukuman di dunia. Tapi, walaubagaimanapun, yg pasti mereka tak dapat kemaafan dari arwah Aizzat.

    BalasPadam
  3. Sayu sedih sangat dengan kejadian sebegini apalagi kalau melinpbatkan ahli keluarga tersayang. Moga dibalas setimpalnya.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Al fatihah buat aruah Aiizzat. KIta yang mendengar pun rasa sedih apalagi keluarga yang menghadapinya. Semuga si pelaku mendapat balasan setimpal di dunia dan akhirat. Mungkin dia rasa orang tak nampak perbuatan mereka tapi Allah maha Mengetahui segalaNYA.

    BalasPadam
  6. sekiranya pelaku2 itu terbukti bersalah, hukumlah mrka dgn seberat2 hukuman. nyawa dibalas nyawa...

    BalasPadam
  7. Semoga arwah Aizzat tenang di sana dan pelakunya mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.

    BalasPadam
  8. Sedih sangat-sangat kalau jadi macam ni. Objek tumpul apa yang digunakan tu?.

    BalasPadam
  9. Luluh hati kalau mengenangkan kes ni. Lagi lagi berlaku dalam keluarga kita. Semoga ada keadilan buat arwah dan pelaku mendapat balasan yang setimpal.

    BalasPadam
  10. Sedih...kes buli kan ni..x suka betul kes macam ni..dah ada banyak contoh oun masih ada lagi masalah buli.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe