Jalan-Jalan Cari Sayur, Terbeli Betik Hawaian Solo

5:24 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini tak berhasrat untuk beli buah-buahan memandangkan setiap hari gugur buah mangga udang di belakang rumah. Hari-hari jugalah Encik Suami buat jus mangga udang. Kononnya hendak cari sayur saja, tapi  dalam peti sejuk masih ada sayur bayam dan labu manis yang dibeli kelmarin.

Jadi, jalan-jalan sajalah tengok-tengok kalau ada gerai jual isi lokan. Entah mengapa, susah sangat sekarang ini hendak jumpa lokan. Kita hendak masak lemak cili padi lokan dengan pucuk paku. Dan sampai ke hujung pasar, memang tidak ada sebiji lokan!

Kita bawa pulang betik Hawaian Solo!
Kenapa kita beli betik yang comel ini?
Setiap kali pulang dari menoreh memang terus ke dapur. Perut lapar wei!
Macamlah ada orang sediakan makanan di bawah tudung saji,
Jadi kita pun carilah apa yang boleh dimakan. Jumpa biskut, makanlah biskut. Jumpa roti, makanlah roti. Jumpa tembikai, makanlah tembikai!

Minggu lepas kita beli betik Hawaian Solo yang belum masak, masih mengkal-mengkal begitu. Setiap hari, masaklah sebiji dua. Jadinya kita pun belah dan buang biji terus sudu masuk mulut. Jadilah alas perut yang lapar balik dari menoreh. Ada beza betik Hawaian Solo dengan betik yang biasa kami beli. Betik Hawaian Solo walaupun kecil tapi rasanya manis dan tidak pandai menipu seperti betik yang biasa kami beli. Betik saiz besar yang kami selalu beli adakalanya tawar hambar walaupun kulit dan isinya nampak cantik.

Betik Hawaian Solo

Cantikkan isinya! 

Daun Kucai

Nampak daun kucai, belilah seikat. Bolehlah nanti hiris-hiris campur dalam adunan cucur udang dengan jagung. Sedap juga kucai masak dengan sayur taugeh dan lobak merah.


Beli seikat pucuk paku, konon hendak masak lemak cili padi dengan lokan tapi tak jumpa lokan!


Cili padi memang wajib beli. Nak buat sambal belacanlah, sambal terung pipitlah.... apa-apalah.

Mangga Udang

Pagi tadi sekembalinya kami dari pasar tani, Encik Suami kutip sebiji buah mangga udang yang jatuh ke tanah. Beratnya 2.203 kilogram. Oleh kerana sudah masak ranum, eloklah buat smoothie mangga. Tapi kena cari yogurt......


12 comments

  1. Cantiknya pucuk paku tu! Yg muda² gitu sedap kalau dibuat kerabu 😋
    Kak Amie nanti kalau ada kesempatan ambillah gambar pokok mangga udang tu, teringin nak tgk buahnya yg bergayutan tu 🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dua pilihan pucuk paku, yang pucuk muda dan yang berdaun.
      Nanti ya, musim akan datang Kak Amie ambil gambar. Sekarang ni nampak jelek sebab semuanya Encik Suami bungkus.

      Padam
  2. perghh..besar ya mangga udang...fresh from the tree...

    BalasPadam
  3. Sebab puas hati, borong terus betik hawaii tu ya.
    Memang nampak isinya pun cantik.

    BalasPadam
  4. sebiji tu beratnya 2.2kg? berat tu kak..lenguh la tangan kalau pegang lama masa kupas kulitnya...cantik la isi betik hawaii tu..mesti rasanya manis dan sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mangga udang 2 kg ke atas memang lenguh waktu mengupasnya.
      Betik tu memang sedap dan manis. Tu pasal borong banyak.

      Padam
  5. puas hati tengok buah mangga akak... dia lagi berat dari betik tu kak heheheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang berat. Setakat ini semua yang gugur beratnya atas 2.2 kg.

      Padam
  6. Kalau dah pompuan kan...🤣🤣
    Cikgu...kucai tu suburnya..Saya pernah tengok orang China buat BBQ kucai..depa cucuk pangkal kucai kat lidi berderet..pastu renjis minyak..tabur chilly flakes..aduh nampak sedapnya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe