Firdaus Johan Program Cakna MBMMBI 2024 SK St. Dominic

8:25 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Nampak gembira sungguh wajah Firdaus apabila sampai di kereta. Ada sesuatu di tangannya. Sebaik sahaja buka pintu kereta terdengar suaranya yang kedengaran sangat teruja: 

Mommy! Daus terkejut dipanggil naik ke pentas ambil hadiah dalam perhimpunan pagi tadi. Daus dapat johan bla bla bla!

Diunjukkan hadiah Johan Program Cakna MBMMBI yang diterimanya.

Johan Program Cakna MBMMBI


Selain piala, Firdaus dapat hadiah lain dari guru mata pelajarannya iaitu buku nota dan key chain. Firdaus bersungguh-sungguh menyertai pertandingan MBMMBI. Peserta dikehendaki menyiapkan tugasan menggunakan power point berkaitan penjodoh bilangan. Seminggu jugalah Firdaus menyiapkannya. Waktu siang sekolah rendah dan sekolah agama, waktu malam siapkan sedikit demi sedikit. Amie ajar bagaimana untuk menggunakan power point dan selanjutnya Firdaus meneroka sendiri mencari maklumat, membina ayat dan menambah gambar. Tapi, begitulah. Setiap malam memang Amie sentiasa ingatkan supaya Firdaus kemas kini, semak semula, tambah mana yang kurang dan betulkan mana yang salah.

Ketika nama pemenang ketiga dan kedua disebut, Firdaus kata jantungnya berdegup laju dan menyangka akan kalah! Tiba-tiba namanya disebut sebagai johan! Terkejutlah dia.

Buku nota dan key chain.


Oleh kerana Firdaus akan tukar baju sekolah agama di dalam kereta, ambil sajalah gambarnya buat kenang-kenangan. Kebetulan pula, anak buah minta kami hantar pulang dua orang anaknya ke rumah kakak ipar. Jadi setelah anak-anak tadi keluar dari kereta, Amie minta Firdaus keluar dari kereta dan bergambar bersama pialanya.

Tahniah Firdaus!


10 comments

  1. Tahniah Firdaus!
    Keep it up 👍🏻

    BalasPadam
  2. Tahniah, Firdaus. Wahhhh.. bestnya kalau dapat tengok sendiri hasil tugasan Daus tu.

    BalasPadam
  3. Tahniah Firdaus. Buat dan buat yang terbaik lagi.....

    BalasPadam
  4. Tahniah firdaus. Ikut jejak langkah abang-abangnya

    BalasPadam
  5. Good job Firdaus!
    Semoga terus cemerlang.

    BalasPadam
  6. Hebatnya Firdaus..Tahniah...keep it up boy!!!

    BalasPadam
  7. Tahniah Firdaus!! Dapat jugak utk isi PAJSK ni

    BalasPadam
  8. Congrats daus 🎉🎉🎉👏. Hebaaat , memang bila serius prepare nya, tak sia2 semuanya, dapat jadi juara pula 👍👍

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe