Sup Tulang Rusa Tumis Darat

6:21 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jemput hirup Sup Tulang Rusa Tumis Darat.
Amie masak tulang rusa gunakan slow cooker. Entah bila hendak cuba gunakan pressure cooker NOXXA! Mungkin lebih suka gunakan slow cooker sebab terasa manisnya kuah sup tulang yang direnih perlahan dalam slow cooker.

Ada pun sebab utama suka gunakan slow cooker, boleh tidur dulu sementara menunggu dagingnya empuk! Biasanya begitulah. Balik menoreh rasa letih dan hendak berehat. Jadi, kalau masak sup tulang atau ceker, memang slow cooker jadi pilihan utama. Tekan butang 'high' dan terus tidur.

Selain itu suka hidu aromanya yang menyelinap semerbak sampai ke bilik tidur. Sebabnya, Amie masukkan sekali bawang putih, bawang besar dan halia bersama tulang rusa yang direnih tadi. Apabila terbau aromanya, terjagalah kita dari tidur!


Resipi Sup Tuolang Rusa Tumis Darat
Bahan-bahan:
  • 1 kg tulang rusa - bersihkan - tos - masukkan ke dalam slow cooker - tuang air secukupnya - masukkan hirisan 3 ulas bawang putih, 1 labu bawang besar dan 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 biji bawang merah - hiris
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu kecil lada putih
  • 1 /2 cawan hirisan daun sup
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Setelah daging tulang rusa empuk, masukkan lada putih tumbuk, garam / perasa pilihan.
  2. Kemudian bolehlah panaskan minyak. 
  3. Goreng bawang putih, bawang merah hingga layu.
  4. Seterusnya masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Goreng hingga terbit aroma dan warna bawang menjadi kuning keemasn.
  5. Tuangkan gorengan ke dalam slow cooker. Jika tidak suka minyak masuk sekali, masukkan sahaja bahan gorengan.
  6. Masukkan hirisan daun sup.
  7. Tutup slow cooker dan tekan butang off.
  8. Biarkan lima minit sebelum dibuka dan sedia untuk dihidang.
Sambal Kicap air tangan Encik Suami.

  
Sup Tulang Risa Tumis Darat


14 comments

  1. Sedapnya sup tulang rusa, hirup panas2 memang best. Dulu ada slow cooker tapi dah bagi kawan, sebab lama sangat tunggu, sekarang guna Noxxa 45 minit saja untuk rebus tulang. 😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pressure cooker noxxa tapi tak berani guna... masih dalam kotak!

      Padam
  2. Sedapnyaaa..lagi hebat menu kak amie hari ni...kat sini rusa mahal betul..tulang aje sekilo RM40 lebih...daging apatah lagi...

    BalasPadam
  3. Sedapnya Sup Tulang Rusa
    Mesti empuk jika guna slow cooker dan merenih elok. Sy tak pernah masak menggunakan teknik slow cooker wpun ada kat periuk nasi. Kat noxxa pun act ada setting slow cooker, pun tak reti guna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, keluar rasa manisnya sebab direnih manja-manja gitu.
      Ada juga kawan tak reti guna noxxa ye SK.

      Padam
  4. Mengundang lapar tengok sup tulang Kak Amie, kena sambal kicap memang gandingan mantap.. LZ takde slow cooker, biasa masak sup tulang guna Noxxa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa... pakai slow cooker ni boleh tidur dulu sementara tunggu empuk.

      Padam
  5. Rare ni masak rusa. Pernah juga masak dulu tapi macam dah lupa pulak rasanya. Dah lama dah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, memang boleh lupa rasanya kalau dah lama tak makan.

      Padam
  6. Kira2 berapa jam kalau pakai slow cooker ini kak? Rice cooker saya pun ada features slow cooker juga. Tp tak pernah pakai. Tertarik jadinya.

    Saya prefer masak lama di slow cooker Krn pakai listrik drpd rebus daging lama pakai gas. Listrik LBH murah soalnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tiga butang slow cooker kan dik. Slow, high dan auto. Kak Amie tekan butang high supaya cepat masak. Bergantung jenis daging juga. Kalau rusa Kak Amie biarkan masak selama 3 jam. Memang sudah cukup lembut. Kalau masak sebelum tidur malam, tekan butang slow jam 10 malam, jam 5 pagi sudah empuk.

      Padam
  7. Sup tulang rusa?
    Itu benar ya Mbak tulang rusa? Rusa = Deer (bahasa Inggris)?
    Wah ini sup unik sekali. Disini mana ada saya temukan daging rusa dijual Mbak.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benar itu tulang rusa. Kami biasa makan rusa dan kijang tapi jarang-jarang dapat sebab bergantung kepada pemburu rusa. Jarang dijual di pasar, sebab jarang juga ada penternak rusa dan kijang.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe