Ikan Cencaru Goreng Kunyit Resipi Bonda
8:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selalu juga Amie buat Ikan Cencaru Goreng Kunyit Resipi Bondanya Suria Amanda, arwah Mak Pah. Al-Fatihah buat arwah. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Kali ini Amie hendak kongsikan supaya boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Walaupun cara penyediaannya mudah tetapi kadang-kadang boleh terlupa juga. Resipi asalnya ada di sini: Ikan Cencaru Goreng Kunyit Resepi Bonda Suria Amanda.
Terima kasih SA kongsi ikan goreng cencaru yang sedap ini!
Ikan Cencaru Goreng Kunyit |
Resipi Ikan Cencaru Goreng Kunyit Resipi Bonda di bawah ini:
Bahan- Bahan:
- Ikan Cencaru - 4 ekor
- Kunyit Hidup - sejengkal
- Bawang Putih - 7 ulas
- Garam
Cara masak:
- Tumbuk kunyit sampai hancur
- Asingkan suku dari kunyit yang ditumbuk untuk lumur pada ikan
- Kemudian tumbuk pula 7 ulas bawang putih sekali dengan kunyit hidup baki yang ada dalam lesung batu
- Lumurkan ikan dengan kunyit tumbuk brsama garam
- Goreng dalam minyak yang banyak hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Gaul dengan garam kunyit hidup tumbuk dengan bawang putih tadi.
- Goreng hingga garing.
- Angkat dan kemudian gaul dengan ikan goreng tadi.
Ikan Cencaru Goreng Kunyit |
Sedapnya makan dengan nasi putih!
4 comments
Belum makan lagi... baru tengok dah tau sedap!
BalasPadamNi tak payah ada lauk lain, kalau ada pun kena lauk yg tak berkuah.
BalasPadamBaru buat Khamis lepas..hehehe...sedapnkan..boleh guna ikan lain jugak..ikan tetanda dan ikan kembung gemuk2 tu pun sodap..
BalasPadamDuuuh teringat zaman kecil saat makan ikan goreng Pakai kecap 😄😍. Nampak sedap memang kak. Apalagi kriuk di atas badan ikan, sedaaap dan gurih saya yakin
BalasPadam