Cerita Abang Farid, Tok Ba & Cucunda Hamzah

7:33 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita ini sudah berlalu, 24 November 2024. 
Hari ini baru sempat dijadikan entri.

BANGI: Malaysia sekali lagi melakar sejarah di pentas antarabangsa apabila dua kumpulan pelajar negara meraih kejayaan gemilang dalam Pertandingan 2nd International Nanotechnology Olympiad (INO) 2024 berlangsung baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini menjadi medan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dari pelbagai negara menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang nanosains dan nanoteknologi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, INO 2024 yang bertemakan Aplikasi Nanoteknologi Bagi Tenaga Alternatif’, menyaksikan Kumpulan Malaysia 2 meraih pingat perak, sementara Kumpulan Malaysia 1 dinobatkan sebagai pemenang pingat emas dalam kategori Projek Terbaik bagi Pembangunan Sains dan Teknikal.

Katanya, pertandingan ini turut disertai pasukan dari-negara seperti Taiwan, Thailand, Iran dan Hong Kong yang kesemuanya membawa idea-idea inovatif dalam penyelidikan nanosains.

Sumber: Malaysia Lakar Sejarah di INO 2024

Chang Lih Kang bersama sebahagian tetamu dan pemenang yang hadir pada Majlis Penutup International Nanotechnology Olympiad (INO) 2024 di Bangi Resort Hotel.

Chang Lih Kang (empat kiri) menyampaikan sijil dan pingat beserta plak cek kepada pasukan Malaysia 1 yang meraih emas dalam kategori Projek Terbaik bagi Pembangunan Sains dan Teknikal meraih kemenangan emas dalam acara Projek Sains dan Pembangunan Teknikal Terbaik pada majlis penutup International Nanotechnology Olympiad (INO) 2024 di Bangi Resort Hotel.

Abang Farid bersama ahli kumpulannya.

Abang Farid sewaktu sesi pembentangan.

Abang Farid bersama rakan-rakan - menang Silver Medal - Malaysia 2




Abang Farid sedang ditemu ramah pemberita.

      

Temu ramah dengan Abang Farid.
      





Abang Farid dan rakan-rakannya mengambil masa hampir seminggu berkampung di Bangi untuk persiapan sehinggalah hari pertandingan. Aseeyah dan Hamzah berada di Gombak. Tiga hari tidak dapat bervideo call dengan Hamzah, Encik Suami jatuh sakit. Amie diam-diam mesej Abang Farid. Abang Farid hubungi Aseeyah di Gombak dan akhirnya dapatlah Tok Ba melepaskan rindu dengan cucundanya. Keesokan harinya, Encik Suami sihat kembali.

Begitu cinta dan kasihnya seorang atuk kepada cucunya!
Kita tak perasan entah berapa lama Encik Suami tukar gambar kita diganti dengan gambar Hamzah di skrin HPnya!
Issshhhh...betullah orang kata sayang cucu melebihi sayang anak.
Bini yang sudah 30 tahun berada di sisinya pun dia tidak nampak dah....ahaks!
Buktinya, sekian lama gambar bini di skrin HP, dapat cucu terus tukar gambar cucu pula!
Nampaknya kasih Encik Suami sudah beralih arah, sayangnya sudah ke tempat lain...hiks!

Pada 24 November lepas, Abang Farid beritahu Hamzah demam. Badannya panas dan muntah-muntah. Pukul 5:10 pagi, mereka bawa Hamzah ke klinik di Tronoh. Encik Suami sangat risau. Setiap kali melihat gambar atau video yang memperlihatkan Hamzah menangis, Encik Suami ikut bersedih. Kalau boleh dia mahu ikut perkembangan Hamzah sepanjang waktu.

Alhamdulillah. 
Sekarang Hamzah sudah sihat dan kembali aktif seperti sediakala. Seronoklah Encik Suami setiap hari dapat bercakap dengan Hamzah. Hamzah sudah pandai angkat punggung dan hendak belajar duduk. 12 Disember nanti genap umurnya enam bulan, dan doktor beritahu bolehlah nanti Hamzah makan.

7 comments

  1. hebatnya abang farid and team mengharumkan negara! mantap anak muda :D
    hamzah pun comel betul, bolatt hehehe

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...Masyaa Allah ..Tahniah Dr Mohd Faridzuan bersama team...
    👏 👏👏..Anak muda Malaysia yang hebat!

    Alololo... comel gemesnya Hamzah🥰 cucu Tokba & Tok Mommy..Semoga membesar jadi anak soleh kebanggaaan dunia dan akhirat ye Hamzah cayang 😍

    BalasPadam
  3. Tahniah Abang Farid dan team nya...semoga Hamzah pun cepat sihat...demam nak beralih bulan tu kak..yeay Hamzah dah boleh makan...

    BalasPadam
  4. Congrats utk Abang Farid and team 🎉🎉🎉👏.

    Memang kak Amie, kalo dah punya cucu nih, biasanya kakek atau neneknya akan lebih sayang drpd ke anak sendiri 🤣. Dah macam papa mama saya lah. Tiap saya marah ke anak, pasti mereka akan bela cucu. Padahal dulu saja, mereka pun marah2 ke anak kan 😂

    BalasPadam
  5. Tahniah Abang Farid. Wahhh.. kecik² cili padi. Abg Farid & kumpulannya telah berjaya mengharumkan nama negara.

    Pertama kali tengok Hamzah, handsomenya awk Hamzah. Patutlah dah bertukar gambar skrin handphone atuk, hehehe.

    BalasPadam
  6. Tahniah abang farid. Tok ba berpisah tiada dengan cucunya. Camtu le atuk2 cucu sakit atuknya pun sakit juga.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe