Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita ini sudah berlalu, 24 November 2024.
Hari ini baru sempat dijadikan entri.
Hari ini baru sempat dijadikan entri.
BANGI: Malaysia sekali lagi melakar sejarah di pentas antarabangsa apabila dua kumpulan pelajar negara meraih kejayaan gemilang dalam Pertandingan 2nd International Nanotechnology Olympiad (INO) 2024 berlangsung baru-baru ini.
Pertandingan anjuran Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini menjadi medan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dari pelbagai negara menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang nanosains dan nanoteknologi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, INO 2024 yang bertemakan Aplikasi Nanoteknologi Bagi Tenaga Alternatif’, menyaksikan Kumpulan Malaysia 2 meraih pingat perak, sementara Kumpulan Malaysia 1 dinobatkan sebagai pemenang pingat emas dalam kategori Projek Terbaik bagi Pembangunan Sains dan Teknikal.
Katanya, pertandingan ini turut disertai pasukan dari-negara seperti Taiwan, Thailand, Iran dan Hong Kong yang kesemuanya membawa idea-idea inovatif dalam penyelidikan nanosains.
Sumber: Malaysia Lakar Sejarah di INO 2024
Chang Lih Kang bersama sebahagian tetamu dan pemenang yang hadir pada Majlis Penutup International Nanotechnology Olympiad (INO) 2024 di Bangi Resort Hotel. |
Abang Farid bersama ahli kumpulannya. |
Abang Farid sewaktu sesi pembentangan. |
Abang Farid bersama rakan-rakan - menang Silver Medal - Malaysia 2 |
Abang Farid sedang ditemu ramah pemberita. |
Temu ramah dengan Abang Farid. |
Abang Farid dan rakan-rakannya mengambil masa hampir seminggu berkampung di Bangi untuk persiapan sehinggalah hari pertandingan. Aseeyah dan Hamzah berada di Gombak. Tiga hari tidak dapat bervideo call dengan Hamzah, Encik Suami jatuh sakit. Amie diam-diam mesej Abang Farid. Abang Farid hubungi Aseeyah di Gombak dan akhirnya dapatlah Tok Ba melepaskan rindu dengan cucundanya. Keesokan harinya, Encik Suami sihat kembali.
Begitu cinta dan kasihnya seorang atuk kepada cucunya!
Kita tak perasan entah berapa lama Encik Suami tukar gambar kita diganti dengan gambar Hamzah di skrin HPnya!
Issshhhh...betullah orang kata sayang cucu melebihi sayang anak.
Bini yang sudah 30 tahun berada di sisinya pun dia tidak nampak dah....ahaks!
Buktinya, sekian lama gambar bini di skrin HP, dapat cucu terus tukar gambar cucu pula!
Nampaknya kasih Encik Suami sudah beralih arah, sayangnya sudah ke tempat lain...hiks!
Pada 24 November lepas, Abang Farid beritahu Hamzah demam. Badannya panas dan muntah-muntah. Pukul 5:10 pagi, mereka bawa Hamzah ke klinik di Tronoh. Encik Suami sangat risau. Setiap kali melihat gambar atau video yang memperlihatkan Hamzah menangis, Encik Suami ikut bersedih. Kalau boleh dia mahu ikut perkembangan Hamzah sepanjang waktu.
Alhamdulillah.
Sekarang Hamzah sudah sihat dan kembali aktif seperti sediakala. Seronoklah Encik Suami setiap hari dapat bercakap dengan Hamzah. Hamzah sudah pandai angkat punggung dan hendak belajar duduk. 12 Disember nanti genap umurnya enam bulan, dan doktor beritahu bolehlah nanti Hamzah makan.
hebatnya abang farid and team mengharumkan negara! mantap anak muda :D
BalasPadamhamzah pun comel betul, bolatt hehehe
Alhamdulillah...Masyaa Allah ..Tahniah Dr Mohd Faridzuan bersama team...
BalasPadam👏 👏👏..Anak muda Malaysia yang hebat!
Alololo... comel gemesnya Hamzah🥰 cucu Tokba & Tok Mommy..Semoga membesar jadi anak soleh kebanggaaan dunia dan akhirat ye Hamzah cayang 😍
Tahniah Abang Farid dan team nya...semoga Hamzah pun cepat sihat...demam nak beralih bulan tu kak..yeay Hamzah dah boleh makan...
BalasPadamCongrats utk Abang Farid and team 🎉🎉🎉👏.
BalasPadamMemang kak Amie, kalo dah punya cucu nih, biasanya kakek atau neneknya akan lebih sayang drpd ke anak sendiri 🤣. Dah macam papa mama saya lah. Tiap saya marah ke anak, pasti mereka akan bela cucu. Padahal dulu saja, mereka pun marah2 ke anak kan 😂
Tahniahnyer abang farid
BalasPadamTahniah Abang Farid. Wahhh.. kecik² cili padi. Abg Farid & kumpulannya telah berjaya mengharumkan nama negara.
BalasPadamPertama kali tengok Hamzah, handsomenya awk Hamzah. Patutlah dah bertukar gambar skrin handphone atuk, hehehe.
Tahniah abang farid. Tok ba berpisah tiada dengan cucunya. Camtu le atuk2 cucu sakit atuknya pun sakit juga.
BalasPadam