Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih teman kaki jalan yang saling bantu-membantu merealisasikan trip ke Sumatera Barat - Sumatera Selatan - Jakarta. Terima kasih sekalung budi buat Jusna yang telah berusaha membuat jadual perjalanan atau itinerary serta membeli insuran perjalanan. Terima kasih kali ketiga buat:
- Nano - uruskan perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau dan Tawau ke Lahad Datu
- Jusna - uruskan pembelian tiket penerbangan MYAirLine dari Tawau ke KLIA2
- Kemi - uruskan pembelian tiket penerbangan AirAsia dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau dan tiket penerbangan Batik Air dari Lapangan Terbang Soekarno - Hatta Jakarta ke KLI2
- Kam - uruskan pembelian tiket penerbangan AirAsia dari KLIA2 ke Tawau
Oh, ada lagi terima kasihnya.... terima kasih untuk Pak Herman, pemandu pelancong kami dan Pak Raajab, pemandu van yang telah berusaha memberi khidmat sehabis baik sepanjang tempoh kembara kami dari 26 Ogos sehingga 01 September 2023.
Google : MYAirLine |
Dalam keadaan masih letih kerana tiga hari bertugas di padang pada hari Selasa, Rabu dan Khamis, kami tetap ke sekolah pada keesokan harinya, Jumaat. Pukul dua petang, kami bertolak dari Lahad Datu dengan menaiki van yang disewa khas. Biasanya kami menaiki AirAsia tetapi kali ini kami naik pesawat MYAirLine pula.
Selepas solat asar, kami minum dahulu di Sipadan Cafe. Kemudian kami daftar masuk dan melalui pemeriksaan imigresen pula. Sementara menunggu panggilan masuk ke dalam perut pesawat, sempatlah solat jamak taqdim mahgrib dan isya'.
Kami dijadualkan menaiki pesawat Z9-8906 pada pukul 07:10 malam dan tiba di KLIA2 pada pukul 10:10 malam. Seperti yang dijangkakan, penerbangan ditunda. Pukul 8:20 barulah kami terbang. Tempat duduk kami di bahagian belakang sekali iaitu nombor 31.
Sementara menunggu pesawat meninggalkan landasan, belek-belek dahulu menu yang ditawarkan dalam penerbangan MYAirLine.
Amie beli mineral water RM3 dan 100 Plus RM5. Bolehlah minum air banyak-banyak sebab dekat dengan bilik air!
Tidak sampai berapa minit, dan kapal terbang masih di atas landasan, tetapi kawan-kawan di kiri kanan semuanya sudah terlena. Ketika kapal terbang mula meninggalkan landasan, kita pun terlelap sama. Sesekali terdengar bunyi pam tandas yang betul-betul terletak di belakang tempat duduk kami. Rasanya belum sempat bermimpi ketika diumumkan pesawat akan mendarat sebentar lagi!
Tidak sampai berapa minit, dan kapal terbang masih di atas landasan, tetapi kawan-kawan di kiri kanan semuanya sudah terlena. Ketika kapal terbang mula meninggalkan landasan, kita pun terlelap sama. Sesekali terdengar bunyi pam tandas yang betul-betul terletak di belakang tempat duduk kami. Rasanya belum sempat bermimpi ketika diumumkan pesawat akan mendarat sebentar lagi!
Pesawat Z9-8906 mendarat di KLIA2 pada pukul 11:20 malam.
Owh... MyAirline juga delay.
BalasPadamMenu lebih kurang sama dengan AirAsia.
Ya, lebih kurang sama.
PadamKSarie belum pernah naik MyAirline. Nanti boleh cuba nanti
BalasPadamYa, boleh cuba nanti.
PadamPatutlah kak Amie lama menyepi, pergi makan angin rupanya.
BalasPadamMujur perjalanan tak jauh ya, kalau tak mengganggu jugak kerap bunyi pam tandas 😄
3 jam perjalanan. Agaknya terlalu lena, sesekali jew dengar bunyi pam tandas.
PadamKak Amie tak coba makanan yg dijual myairline ya? Saya penasaran nasi lemaknya sedap mana dengan airasia 😁. Belum pernah naik maskapai baru ini. Selalunya airasia. Dan saya pasti pesan nasi lemak dia 👍😄
BalasPadamSebelum terbang sudah makan di airport. Nasi lemak AirAsia memang sedap, mungkin nasi lemak MYAirLine juga sama sedapnya.
PadamPengalaman saya naik MYAirline sama dgn naik pesawat domestik yang lain. Yg bestnya dari AirAsia, bagasi free 20kg. Harga pun kadang2 lebih murah dari AA.
BalasPadamBagasi free 20 kg? Kami hanya dapat free 7kg hand carry saja.
PadamSy kalau terbang payah nak tidur, Kak Amie. Tapi, macam tu la, dekat² nak sampai baru rasa nak terlelap, frust betul, hehehe.
BalasPadamWah....geng jalan-jalan dah kembali meneruskan aktiviti .
BalasPadamTak sabar nak tengok geng cikgu dengan persalinan pengantin di Rumah Gadang...pasti meriah
Bagus masing masing contribute menjayakan percutian ni. Baru nak lelap dah nak landinglah pulak…huhu…dekat dengan toilet tu dah bagus tapi macam terganggu pula dengan bunyi-bunyiannya.
BalasPadamDengarnya MyAirline ni selalu sangat delay...SA x pernah naik lagi..selalu naik AA atau MAS
BalasPadamTinggal kenangan MYAirlines...belum sempat naik..
BalasPadam