Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai urusan ketibaan di Bandara Internasional Minangkabau, kami terus dibawa bersarapan di Warung Lontong Ibu.
Maka bermulalah kenal-kenalan dengan makanan dan masakan tradisional di Padang selain menu Nasi Padang yang sudah biasa dengan tekak kami. Terima kasih empunya warung kerana sudi melayani pelbagai pertanyaan yang Amie ajukan. Dapatlah belajar beberapa istilah yang dapat menambahkan perbendaharaan kata atau kota kasa bahasa Melayu Nusantara.
Antara menu yang digemari masyarakat tempatan di Lontong Ibuk:
- Katupek Gulai
- Katupek Tunjang
- Katupek Pical
- Bubur Kampiun
Kami diperkenalkan dengan katupek atau dalam bahasa kita ketupat dengan pelbagai pilihan lauk atau gulai seperti gulai paku, gulai nangka, gulai tunjang dan beberapa pilihan gulai lain.
Amie : Katupek Gulai Tunjang |
Sekarang sudah terhidang di depan mata pilihan menu Katupek Gulai Tunjang. Jom kita menyantap ketupat di pagi hari dengan gulai tunjang dilengkapi gulai cubadak atau nangka, sebutir telur rebus dan ditaburi keropok!
Ini pula Katupek Gulai Tunjang ditambah dengan gulai paku atau gulai pakis. Selain gulai tunjang ada juga gulai jangek. Tunjang ialah kulit lembu di bahagian kaki manakala jangek pula bahagian kulit lembu yang tebal. Apabila dikunyah, rasanya lembut dan kenyal. Menurut Pak Herman dan Pak Raajab, tunjang sebutan masyarakat Minang manakala dalam bahasa Indonesia, tunjang disebut kikil.
Kalau tak silap, jangek atau kulit lembu Bonda kita selalu sebut : belulang.
Gulai tunjang dan cubadak @ nangka dalam pinggan katupek! |
Ada yang minum kopi panas, dan ada juga yang minum kopi ais dan juga ais jeruk @ limau.
Tidak lupa, kami kunyah-kunyah Kerupuk Blek atau Kerupuk Mawar yang sangat terkenal di Indonesia. |
Alhamdulillah, seawal pukul 9:15 pagi kami sudah berkenalan dengan:
- Jangek
- Cubadak
- Gulai Tunjang @ Kikil
- Katupek Pical
- Kerupuk Blek @ Mawar
Bagaimana kak Amie dengan ketupek padangnya..suka kah😀..kalau kerupuk mawar itu seperti teman makan sehari "kalau di sini,biasanya ada juga jualan yg mentahnya
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamLumayan enaknya mbak.
Tapi, banyak juga kami makan kerupuk mawarnya itu.
Kami panggil jangek…sedapnya.
BalasPadamKalau dah terhidang depan mata memang sedap sangatlah. Kenyal-kenyil gitu.
Padamlebih kurang sama je ketupek dengan ketupat, jelas sekali kita dari satu rumpun yg sama. Macamana rasanya Kak Amie?
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSemuanya boleh diterima tekak.
Saya pernah ke Daik Lingga. Terbayang-bayang keenakan lontong kat sana.
BalasPadamLontongnya lembut dan wangi daun pisang.
PadamBanyak variasi lontongnya ya.
BalasPadamSaya pernah makan jangek masak lemak cili api di NS, sedap 👍🏽
Jangek memang sedap.
PadamLagilah kalau orang lain yang masak, kita hanya suap ke mulut saja hihihiiii.
Aduiii....sedapnya gulai tunjang...
BalasPadamOh,baru tau cubadak tu nangka ya ..
Kat belah Sentul KL ni kan ada nama Kampung Cubadak..Agaknya Kampung Nangka la gamaknya tu...
Bertamu di blog cikgu pasti pulang dengan info baru...suka
Agaknya perkampungan orang Minang tu Mama Cella.
PadamUnik nama menunya. Salah satu seronok jalan jalan di Indonesia ni dapat rasa masakannya yang unik tapi tak jauh beza dengan Malaysia.
BalasPadamSetuju Fiza.
PadamKebanyakan resipi tradisional mereka masih asli. Di negara kita beza sedikit barangkali disebabkan percampuran budaya.
Kak Amie.. sy betul² terliur ni. Rasa macam nak terbang ke Padang makan katupek.
BalasPadamAisssh kak amieee, langsung terbayang enaknya ketupat tunjang dan gulai pakis ala Padang tu 🤤🤤🤤😄. Di sini susah cari yg otentik macam di Padang . Pasti ada saja rasa yg kurang pas. Memang hrs coba sendiri ke kota asalnya . Saya sukaaa sangat tunjang, atau gulai pakis mereka. Memang cocok buat teman ketupat 😄
BalasPadamkeropok pink tu bagaikan menambat selera...nampak sedappp
BalasPadamWow..terliur SA..sebutan minangnya sama dengan dialek di kampung SA ..osah pokat kato org NS ..cuma SA je x pandai nak berbahasa minang
BalasPadamsedapnya...pelbagai jenis lontong...kikil/tunjang & kulit lembu femes masakan padang..
BalasPadam