Bismillahirrahmanirrahim.
Pada hari Ahad 27 Ogos 2023, rasanya sepanjang hari kami asyik minum kopi. Selain minum kopi waktu sarapan (Amie minum teh), Pak Herman membawa kami makan kuih-kuih berasaskan jagung dan minum kopi kawa daun. Kemudian di Kiniko Coffee, kami pun minum kopi. Sekarang kami berada di Faza Cafe & Resto untuk minum kopi lagi. Menurut Pak Herman, kami akan diperkenalkan dengan Kopi Talungkuik atau Kopi Terlungkup. Macamana pula rupa kopi yang terlungkup itu?
Faza Cafe & Resto terletak di Tanjung Alam, Kec. Tanjung Baru, Kabupaten Tanah Datar, Jorong, Sawah Parik, Sumatera Barat 27263, Indonesia.
Kopi Talungkuik |
Nampaknya cuaca tidak cerah, awan warna kelabu dan cuaca kelihatan mendung. |
Pemandangan di kawasan Faza Cafe & Resto sangat menenangkan mata yang memandang. Terdapat surau yang cantik untuk kemudahan pengunjung solat di sini. Restoran berada di tingkat atas, dan kami menaiki anak-anak tangga untuk sampai ke situ. Di pentas bahagian atas sedikit, seorang pemuda memeriahkan suasana dengan mengalunkan lagu-lagu barat.
Untuk menikmati pemandangan sekitar bolehlah menaiki lagi anak tangga untuk berada di tingkat paling atas.
Di kejauhan, terlihat pemandangan gunung dan bukit-bukau yang berbalam-balam dengan pelbagai lapisan warna alam.
Entah siapa ambil gambar gelap ini. Tak apalah, jadi kenang-kenangan kami. |
Selain pelbagai jenis minuman panas dan sejuk termasuk kopi, banyak makanan lain yang ditawarkan di sini termasuk makanan tempatan dan makanan barat.
Western Food |
Masakan Minang |
Terdapat pelbagai jenis minuman tradisional termasuk: Kopi Hitam Tatungkuik Kopi Susu Tatungkuik Teh Talua Sipadeh Talua |
Sabar menanti Kopi Tatungkuik @ Kopi Terlungkup yang dipesan. |
Barulah nampak wajah! |
Kopi pertama tiba ialah Kopi Susu Tatungkuik pesanan Kam. |
Semua hanya memerhatikan sahaja. Tidak ada seorang pun yang berani sentuh. Apa agaknya yang warna hitam terapung seperti biji tembikai itu? |
Sue dan Hajah ingin mencuba Pampek Kapal Selam. Kami hanya ingin minum kopi sahaja. |
Sekarang semua kopi yang dipesan sudah sampai ke meja. |
Bagaimana cara meminumnya? Apakah fungsi straw / penyedut itu? |
Video cara minum Kopi Tatungkuik.
Selamat liburan. Ami. Langsunglah ke tempat saya di Kerinci, Jambi.
BalasPadamTerima kasih Ibu Nur.
PadamYa, kami teruskan perjalanan ke Jambi.
Ada kedai kopi di Semenanjung pun jual kopi terlungkup ni. Yang kuban² saja skrg ni kan 🤣🤣🤣
BalasPadamPeniaga semakin kreatif untuk menarik perhatian pelanggan.
PadamMemang sangat unik kopi tu. Pampek tu nampak sedap.
BalasPadamKali pertama kami makan pampek.
PadamUniknya hidangan kopi telungkup
BalasPadamMacam-macam gaya minum kopi ye Wak.
PadamMenariknya kopi tatungkuik tu..
BalasPadamDulu pernah tengok kat Majalah3 ada " kopi talua"
Kopi talua itu kopi telur. Dulu pernah minum teh talua di Padang.
PadamNampak pekat kopinya.
BalasPadamUnik sungguh kopi tatungkuik ni.
Pekat dan sedap!
PadamSuara ibu"di video melihat cara minum kopi..Oooo...aaaa😁...unik memang ya...pemandangan juga sangat cantik
BalasPadamHehehee.... macam rusa masuk kampung, tak pernah ada pengalaman minum kopi gaya begitu.
PadamCuya suka betul dgn kopi..
BalasPadamMemang teringin try segala jenis kopi
Peminat kopi sudah tentu hendak cuba pelbagai jenis kopi yang ada.
Padamtak silap kat sini pun ada yg buat cara mcm ni. penah viral sekejap dulu.
BalasPadamtp puas x kak minum pakai straw?
Minum sikit-sikit. Rasa kopi ini memang beza dengan kopi yang biasa kita minum. Macam kopi Bosnia atau kopi Turki, kena minum sikit-sikit, gitulah caranya. Oleh kerana kopi ini pekat, puaslah juga minumnya dan kemudian bilas dengan air kosong hihihi.
PadamIni memang kopi khas Padang kak Amie. Di daerah lain pun susah menemukan kopi yg disajikan macam nih. Ibaratnya dah trademark Padang dari zaman dahulu 😄. Di Aceh pernah liat juga, tapi memang Padang yg terkenal dengan kopi ini
BalasPadamSaya sendiri tak pernah coba. Tak sempat, mungkin nanti kalo ke Padang lagi, nak coba lah kopj telungkup nih . Tapi saya nak yg kopi susu. Tak bisa kalo kopi hitam 🤣
Ya, ada pilihan kopi susu kalau tidak mahu kopi hitam.
PadamNampaknya rata-rata kami minta kopi hitam. Sedap pula.
menarik...nampak sedap kopinya..
BalasPadam