Sarapan Sate Kerbau Sipitang
3:11 PTGSarapan pagi, makan tengahari, petang dan malam di Esplanade Sipitang dengan hidangan pelbagai jenis sate! Itulah keistimewaan Sipitang dengan deretan gerai sate di tepi laut. Sudah 29 tahun bermastautin di Sabah tetapi baru kali ini berkesempatan menjejak kaki di Sipitang. Untuk datang kali kedua, belum dapat dipastikan lagi bilakah masanya. Jadi, di kesempatan keemasan ini sahajalah perlu rebut peluang merasa jenis-jenis sate yang ada.
Hari terakhir di Sipitang, kami singgah lagi di Esplanade Sipitang. Kami singgah di gerai paling hujung untuk menikmati sarapan pagi sambil merasai tiupan bayu laut. Kami memesan 10 cucuk sate ayam dan 10 cucuk sate kambing.
Sate ayam dan sate kambing. |
Kami sempat jamah kelupis dan ketupat. Nanti sudah sampai LD teringat-ingat pula kelupis di Sipitang. Baiklah makan di sini.
- Sate ayam, kambing & kerbau.
- Ketupat & kelupis.
- Soto campur (ayam & daging)
- Mi goreng
25 comments
aduhh...sedapnya sate. kerbau pula tu.. saya suka daging kerbau berbanding lembu. tapi kat johor jarang jumpa kerbau. kalau masa tinggal di pahang, kenduri kendarta memang ramai yang tumbang kerbau
BalasPadamSaya pernah makan kerbau juga sewaktu menghadiri kenduri di Raub Pahang. Arwah ayah ada kebun di sana. Di sana wajib tumbang seekor kerbau, masak kari dengan umbut kelapa. Sedapnya!
Padammacam tak pernah makan daging kerbau. area Sabah mmg banyak daging kerbau ye sis?
BalasPadamHanya daerah tertentu sahaja banyak kerbau, terutamanya yang masih amlkan tanaman padi sawah.
PadamMacam makanan hari raya, ada ketupat dan kelupis. Sy paling suka jika ada ketupat daun kelapa ni ketika makan sate.
BalasPadamP/S : Pernah dengar, daging lembu yg diimport dari India sebenarnya daging kerbau, tak pastilah fakta atau auta.
Betul tu SK. Memang ada daging kerbau diimport dari India.
PadamAlaaaa...sedapnya...masuk sini nampak satay je ni...
BalasPadamEntri akhir pasal sate di Sipitang ni SA. Puas dah merasa semua jenis sate siang dan malam. Cuma sate rusa saja tak ada.
PadamHari ni kita puasa..sedap pula tengok sate ketupat tu..hehe
BalasPadamSelamat berbuka puasa Aini.
PadamNampak lebih tadisional kan bila sate dihidang dengan ketupat.
pertama kali tengok sate kerbau..burger kerbau pernah makan..
BalasPadamOoo ada buger kerbau pula.
Padamwow satay kerbau...kalau mkn satay suka yg ada lemak2...paling suka satay kambing
BalasPadamSate kambing memang sedap kan Mama Tisya.
Padamtak pernah dana jumpa sate kerbau kat sini kak... memang peminat tegar sate ye family akak. Geng lah kita kak...
BalasPadamDana pertama kali makan daging kerbau masa jadi menantu orang terengganu, di masak gulai kawah daging kerbaunya, aduh sedap betul. Sekarang tiap kali balik kampung kalau ada kenduri kahwin mesti mil atau fil bawa balik gulai kawah kerbau sebab menantunya suka
Rupanya gulai kerbau sedapkan Dana. Kakak first time makan dalam majlis kenduri di Pahang. Gulai kawah kerbau dengan umbut kelapa.
Padamya kak, sebab daging dia macam tak berlemak tapi lebih kenyal... tapi bila di masak gulai kawah memang sedap la, family dana yang pertama kali rasa masa kenduri dana semua kata sedap... kat kampung mil pun banyak orang bela kerbau dan ada juga kerbau liar
Padamsama-sama la kita suka kari / gulai daging kerbau ek.
Padammemang sedap.
tidak pernah makan sate kerbau. nak ke Sipitang jugaklah macam ni. hehe
BalasPadamAlang-alang dah sampai sini, kenalah makan puas puas sate yang ada. saya lagilah kesian Kak Amie, tak pernah jejak Sabah lansung, apa lagi Sipitang ni. hehe...
BalasPadambaru tahu sate daging adalah daging kerbau. Sedap tu! Saya peminat daging kerbau, kurang lemaknya dan tak liat.
fiza. aida pun x pernah jejak sabah.
Padamplan nyer thn 2021 dulu.
apa kan daya, pandemik covid 19.
so, now da berpindah program ke 2023.
moga menjadik lah...
Lama tidak rasa daging kerbau tapi sate kerbau belum cuba. Tidak pernah jumpa di Melaka.
BalasPadammelaka mcm takde sate kerbau.
Padamtak pernah jumpa jugak.
kalau kat kampung aida, ada jugak mak-mak sedara buat kari kerbau.
sedap!
biasanya daging = lembu, kan. sama pemahaman kita.
BalasPadamkerbau ni akan sebut secara special.
aida makan je, lembu / kerbau.
kerbau bagi aida lebih sedap.
da merasa kari kerbau, burger kerbau. memang lebih sedap.
syu x sure pernah mkn sate kerbau ke x. rasanya mcm pernah order sate daging dkt situ dlu2, ntah ntah sate kerbau la kot.
BalasPadam