Pantai Merintaman Sipitang

1:15 PTG

Selepas menjamu selera dengan pelbagai jenis sate di Gerai Esplanade Sipitang, kami meronda kawasan sekitar dan menuju ke Pantai Merintaman. Oleh kerana tiada perancangan khusus menuju ke satu-satutempat.   Untuk tiba di pantai ini, kami ikut sahaja arahan WAZE dari pekan Sipitang menuju ke Jalan Merintaman.

Encik Suami berehat di dalam kereta untuk melelapkan mata seketika. Firdaus pula teruja untuk bermain pasir di pantai. Aduhai, ketika itu panas terik!  Kita ikutkan sahajalah kemahuan Firdaus. Syukurlah, bawa topi bersama. Bolehlah lindung wajah dari pancaran terik matahari dan hawa laut.


Amie tertarik dengan batu-batuan yang terletak cantik di tepi Pantai Merintaman.


Barangkali disebabkan PKP yang berterusan, kawasan pantai yang indah ini nampak tidak terjaga. Banyak sampah kayu dan daun-daun serta sampah di tepi pantai. Bagaimana pun terdapat juga pengunjung yang bersiar-siar di pantai.

Model Pantai Merintaman



Firdaus leka mengorek pasir. Katanya dalam setiap lubang pasir ada anak ketam. Memang banyaklah anak ketam halus-halus, tetapi apabila kita mendekati anak-anak ketam tadi bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Kata Firdaus, ini lubang ketam halus!





Suka sangat turun ke pantai, sanggup jew jadi model...ahaks!


Di belakang Firdaus, terdapat bongkah batu-batu besar seperti bukit diselimuti pokok-pokok dan semak. Tiba-tiba teirngat ceirta Batu Belah Batu Bertangkup!


Batu-batu besar di bawah rimbunan pokok dan semak ini kelihatan mengajur arah ke pantai.


Bentuk batu-batan di sini agak aneh. Kalau kita ahli geologi tentu kita dapat huraikan serba sedikit tentang bentuk batu-batan di sini.


Melihat batu-batu yang kelihatan seolah-olah bercerai-berai dari bentuk asal, kita teringat istilah  luluhawa dalam mata pelajaran Geografi yang melibatkan proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan.




Bongkah batu besar ini seolah-olah terbelah dua.

Firdaus boleh keluar masuk melaluinya.


Bongkah-bongah batu ini kelihatan seperrti mulut gua pula.






Nampak unik dan menarik kan?



Firdaus bermain pasir lagi di sini.


Kemudian cuci tangan di dalam air yang bertakung di lopak' dalam batu.


Kalau berkunjung waktu petang sudah tentu dapat menikmati  keindahan suasana matahari terbenam di langit barat.


Marah jugalah Firdaus sebab diajak pulang. Kita yang tak tahan panas sebenarnya. Lagi pun kami belum mencari tempat penginapan di Sipitang. Seronok juga jalan santai-santai sambil melihat suasana daerah Sipitang, sambil cari tempat bermalam. Dapatlah pengalaman 'walk in' hotel.


Firdaus berulang kali meminta kami datang lagi ke Pantai Merintaman sebelum meninggalkan Sipitang.



23 comments

  1. Uniknya batu-batuan di sini...
    Ada yg nampak macam kepala dinosour Kak Amie :D

    BalasPadam
  2. seronok nampaknya Firdaus di situ. Nasib baik tak diajak mandi. memang unik batuannya lagi-lagi yang macam terbelah dua tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat jejaki tempat lain. Tak tahan bahang panas matahari laut.

      Padam
  3. Cantiknya pantai Sipitang ni..sekali ngan batu- batu besar tu..sanggup SA berpanas kalau ada kat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik dan unik. Kalau pandai osing dan tangkap gambar mmang lawa-lawa kejadiannya SA.

      Padam
  4. Hensemnya model Pantai Merintaman tu, Senyuman dia pulak macam kumpulan The Beach Boys,hihi.

    BalasPadam
  5. batu batan nya cantik, suka tengok. pantai dekat rumah saya ni, mmg pantai je takda batu2 camtu, if nak tengok kena pergi jauh sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantai berbatu memang nampak cantik kan Shorven.

      Padam
  6. Seronok usik anak ketam ye Daus..Lama dah tak tengok umang-umang..

    Luluhawa...rindunya sunject Geografi...,
    Subject favourite Geo 1..Geo 2 & Geo 3..kecuali Geo 4 sebab kena mengira🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best belajar subjek Geografi fizikal. Macam-macam bentuk muka bumi dapat dikaji.

      Padam
  7. pantang jumpa pantai, panas terik pun on ye Daus... suka betul dia bila di minta ambil gambar, memang fotogenik betul Daus ni tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak ni suka sangat main pasir dan mandi laut. Kita tak larat nak layan hihihii.

      Padam
  8. Macam-macam bentuk batu. Seronok Firdaus main pasir seorang diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian juga tak ada kawan main pasir... mommylah pulak puteri lilin hihihiii.

      Padam
  9. Firdau mcm anak saya kak.. suka cari ketam dlm pasir. Sampai taknak balik bila dia start korek ketam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok korek pasir ... jumpa macam-macam haiwan laut kecil-kecil.

      Padam
  10. Cantik kawasan pantai Merintaman Sipitang ni. Ada pokok rhu dan bongkah batu batu yang menarik bentuknya. Tapi seram jugaklah dipenuhi pokok yang rimbun. Kalau terjaga tanpa ranting ranting bersepah tu mesti lagi cantik. Nampak pasir terjaga bersih jugak tu. Alahaiii marah pulak dia ye. Tak puas explore lagi tu. Dapat jejak pasir, sanggup je berpanas jadi model gitu. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kawasan terbiar sejak PKP. Sayang betulkan, tak terjaga tetapi tetap dikunjungi orang ramai.

      Padam
  11. suka betul firdaus main di tepi pantai ya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe