Pecal Lockdown
10:28 PTG
Ada yang baru dengar tentang pecal?
Pecal, dengan kata lain maksudnya ialah sejenis salad tradisional masyarakat Jawa. Jadi kalau disebut pecal, memang sudah sinonimlah dengan makanan orang Jawa.
Tiba-tiba teringin nak makan pecal!
Mana nak cari pucuk ubi di tengah kemelut Covid-19 ni?
Berangan nak buat taugeh kontot, tapi terlupa nak rendam kacang hijau!
Rindunya pecal hasil air tanga Bonda! Walaupun hanya 4 jenis sayur, tapi menambah-nambah lagi masuk dalam pinggan!
Boleh klik di sini untuk resepi pecal : PECAL OH! PECAL
Jom kita lihat resepinya di bawah ini. Untuk kuah pecal ini, kencur atau cekur adalah bahan wajib sebagai identiti kuah kacang untuk pecal. Ada juga yang menambahkan hirisan daun limau purut, tapi jarang kita jumpa.
250 gram kacang tanah
10 biji cili kering - jika suka pedas boleh tambah cili padi
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
4 ketul isi cekur
3 cm belacan - kalau tak masukkan pun boleh
1 sudu kecil pati asam jawa
3 cawan air panas suam
garam/ gula / perasa pilihan
minyak
Amie gunakan cili kering yang kurang pedas. Kalau suka pedas boleh tambah cili padi. Encik Suami memang penggemar pecal. Pernah sekali balik kampung, beli pecal di pasar malam dan kebetulan kuag kacang sangat pedas. Aduhai... kesian melihat dia menahan pedas sampai meleleh peluh dari dari!
Cara:
1. Goreng kacang tanah hingga masak dan tumbuk hancur tetapi tidak terlalu lumat.
2. Goreng cili kering, bawang putih, bawang merah, dan belacan. Kemudian tumbuk atau kisar bahan gorengan tadi bersama isi cekur hingga halus.
3. Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul bersama air panas suam.
4. Jika suka kuah pekat, kurangkan sukatan air. Jika sebaliknya, tambah sukatan air.
Cili kering dan bawang hendaklah digoreng terlebih dahulu. Dulu kami tumbuk dalam lesung, dan cepat lumat kerana cili kering sudah garing.
Nampaknya kami tidak ada pilihan kacang tanah. Yang ada hanyalah kacang tanah yang tidak berkulit. Jadi Amie goreng saja kacang ini.
Pokok kencur pun seakan-akan hidup segan mati tak mahu. Menjelang tengahari nampak layu saja tanaman dalam pasu. Kita pula tak sanggup berlama-lama di tengah panas memilih pokok kencur,jadi cabut sajalah mana yang dapat. Rupanya isi kencur tertinggal dalam pasu! malas pula nak keluar ambil sekali lagi! Cukuplah tu, sekadar untuk aroma.
Wokey!
Kuah pecal sudah siap.
Kita sediakan gangnya pula ye.
Tidak ada pucuk ubi...ahaks!
Yang ada taugeh, pucuk pakkis tanjung, kangkung, nangka muda, dan kacang panjang. Kesemua sayuran ini dicelur terlebih dahulu. Ada tambahan lain seperti hirisan mentimun dan tempe goreng.
Jangan lupa. pengumuman Perdana Menteri petang tadi, tempoh Parintah Kawalan Pergerakan ditambah selama 14 hari lagi. Baiklah. Mari kita makan Pecal Lockdown. Kuah pecal yang Amie buat tu agak pekat, jadi kena tambah air panas lagi untuk cairkannya sedikit.
3 comments
sedapnya pecal amie :)rindu kan
BalasPadamSedap pecal bergantung pd kuah dia kan Amie. Saya selalu mkn jiran2 buat je, x pernah buat sdiri lg
BalasPadamAna,
BalasPadamjemput.... memang rindu!
Rosa,
betul tu, kuah yang paling penting, bahan lain boleh guna macam-macam.