Kari Daging & Acar Mentah

7:44 PG

Jumpa lagi di pagi yang nyaman ini. Awal pagi lagi kami sudah bersarapan. Encik Suami hantar Fairuz ke sekolah, dan pulang ke rumah sebentar dengan nasi kuning, mee goreng dan buras. Jadi pagi ini hanya sediakan minuman panas sahaja.

Pagi ini Amie kongsikan entri tertunggak, hidangan makan tengahari kami pada hari Jumaat lepas. Amie masak kari daging versi biasa, digandingkan dengan acar mentah, sambal belacan dan ayam panggang air fryer. Amie olah kari daging tanpa cili kisar sebab tak mahu rasa pedas memandangkan sudah sediakan sambal belacan. Kalau kari pun rasa pedas, tak tahu nak nikmati mana satu kepedasan kari atau pun sambal belacan. Acar mentahnya pula Amie buat cara orang kampung kami ketika rewang waktu kenduri-kendara. 

Waktu kecil dulu selalu ikut Bonda pergi rewang di tempat kenduri atau majlis kahwin. Biasa sangatlah melihat ibu-ibu menyediakan acar mentah, iaitu campuran empulur timun, sengkuang, lobak merah dan nanas dihiris nipis, kemudian ditambah hirisan cili hijau, udang kering dan hirisan bawang merah. Biasanya orang kampung kami akan sediakan dua jenis acar, iaitu acar masak dan acar mentah. Acar masak gunakan timun bahagian isi yang berkulit bersama lobak merah. Empulurnya pula dihiris nipis untuk dijadikan acar mentah. Nampak sungguh disitu tiada pembaziran dilakukan! Semua bahagian dimanfaatkan untuk dijadikan makanan!

Bezanya acar entah yang Amie sediakan ini, Amie gunakan kesemua bahagian timun. Dan hirisan Amie agak kasar berbanding cara hirisan ibu-ibu yang rewang! Kalau ada nasi minyak, memang sedap sangatlah rasanya!

Kari Daging.

Acar Mentah.

Sambal Belacan

Ayam Panggang Air fryer

Hirisan Limau Sunkist & Epal

Seperti biasa, ayam panggang itu untuk Abang Farid yang tak makan daging. Tapi tak boleh panggang dua ketul sebab adik-adiknya pun nak  makan sama.
Amie kongsikan resipi Kari Daging & Acar Mentah di bawah ini. Seperti biasa, di akhir masakan Amie tuangkan jus limau nipis sebagai pelengkap rasa.


Bahan-bahan:
  • 500 gram daging lembu bahagian peha - potong ikut ketebalan / lebar yang diingini
  • 3 biji kentang - kupas kulit - belah 4
  • 250 ml santan pekat
  • 1 liter santan cair
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 pelepah daun kari - dilurut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis kacau hingga naik bau.
  3. Tambahkan serbuk kari dan daun kari. Jika terlalu kering, masukkan sedikit santan cair.
  4. Masak sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging. Gaul sebati. Gunakan api perlahan.
  5. Masukkan santan cair dan masak hingga daging hampir empuk.
  6. Kemudian masukkan kentang. Setelah daging dan kentang empuk, tambahkan pati santan.
  7. Terus masak dengan api perlahan hingga pecah minyak sekali lagi.
  8. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  9. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Untuk acar mentah pula, resipinya seperti di bawah ini. Setiap bahan yang digunakan seperti nanas, timun, sengkuang dan lobak anggaran 200 gram setiap satu.
Bahan-bahan:
  • 1 biji timun 
  • 1 biji nanas saiz kecil
  • 1 biji sengkuang
  • 1 batang lobak merah
  • 3 biji cili hijau
  • 7 biji bawang merah
  • 1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut - toskan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 cawan cuka (boleh gunakan jus limau nipis / kasturi)
Cara:
  1. Hiris nipis timun, nanas, sengkuang. lobak merah, cili hijau dan bawang merah.
  2. Tumbuk kasar udang kering.
  3. Dalam sebuah bekas, masukkan semua bahan di atas, tambahkan garam, gula dan tuangkan cuka.
  4. Gaul rata dan biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dihidangkan.

13 comments

  1. menyelerakan sungguh mak amie.. 😅😅😅

    BalasPadam
  2. ayam panggang dan sambal belacan, sedap

    BalasPadam
  3. Menarik nampak ayam panggang air fryer. Cantik kejadiannya. Lama tak makan kari daging. Sedap di lawankan dengan acar mentah.

    BalasPadam
  4. Tengok time ni memang menguji anak tekak ni... Hihihi

    BalasPadam
  5. Acar mentah tu, saya panggil jelatah. Cuma yang bezanya, takde sengkuang dan udang kering. Cuka je. Sedapnya, Amie. Selera ada kari daging dan sambal belacan.

    BalasPadam
  6. Jelantah tu paling senang. Kalau ada timun dan nenas pun dah jadi. Jarang bubuh cuka sebab bila bubuh garam dan gula dia boleh menjadi cuka dan melembutkan jelatah. Letak bawang hiris dan lada hiris bagi pedas sikit. Layan dengan kari daging memang walah ler....yummy

    syioknya kalau rewang orang kenduri.

    BalasPadam
  7. memang sedap kalau ada acar dan sambal.. menarik menunya

    BalasPadam
  8. Aduhai, terus rasa lapar tengok menu akak ni 😊 kombinasi paling ngam!

    BalasPadam
  9. cobaan niii.. lauk niii semua fav. hehe

    BalasPadam
  10. Sedap semuanya. Bila tengok rindu nak rewang-rewang kat kenduri

    BalasPadam
  11. Gabunngan menarik kari, dan acar mentah...lama jugak x buat kari daging...

    BalasPadam
  12. Sambal belacan tu yang nampak paling menggoda dan memikat..

    BalasPadam
  13. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe