Rendang Daging Rusa

8:51 PTG

Assalamualaikum.
Kita cerita menu hari ini, masak Rendang Daging Rusa. Kita masak awal, dan tengahari sudah siap. Kalau ada masa, petangnya boleh jalan-jalan ke bazar Ramadan. Dapat sebiji dua ketupat, boleh makan dengan rendang rusa! Tak payah tunggu menjelang raya baru nak makan ketupat dengan rendang....hiks!
Apa agaknya jualan yang ada di bazar Ramadan kali ini?
Sepanjang bulan puasa ini, baru hari ini dapat jejak kaki ke sana.

Terlebih dahulu, kita siapkan Rendang Daging Rusa. Tak banyak pun Amie masak, hanya 600 gram sahaja. Masak rendang ini banyak kelebihannya. Tak habis, boleh simpan dan panaskan kembali. Semakin lama disimpan, semakin sedap rasanya kerana bahan-bahannya meresap sebati!

Bahan-bahan:
600 gram daging rusa - potong ikut citarasa
1 liter santan dari sebiji kelapa - kisar kelapa dengan air - tapis dan perah
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris
3 helai daun limau purut - buang uratnya
2 cm lengkuas - diketuk
1 keping asam gelugor
garam / gula melaka / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
12 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
25 tangkai cili kering
3 batang serai - dihiris

Cara:
1. Masukkan daging dalam periuk / kuali.
2. Tambahkan semua bahan kisar.
3. Tuangkan santan
4. Masak bahan dengan api besar sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
5. Masukkan gula melaka, asam gelugor dan kerisik, garam / perasa pilihan secukupnya.
6. Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
7. Apabila kuah mulai mengering, masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
8. Jika suka rendang yang agak basah, tidak perlu tunggu sehingga kuah kering.
9. Padamkan api dapur.

 Encik Suami ajak beli barang dapur di pasaraya. Okey jugalah tu. Lepas berbelanja, boleh terus singgah bazar cari ketupat. Ketika berada di kaunter pembayaran, terdengar suara memanggil: Cikgu! 
Oh! Anak murid rupanya! Di tangannya ada dua bungkusan limau kasturi.
Banyaknya beli limau. Nak buat apa tu? Kita bertanya.
Nak jual air, Cikgu.
Jual air? Kita bertanya lagi.
Ya, Cikgu. Air limau kasturi, tambah asam boi. Jual di bazar Ramadan.
Wah! Rajinnya berniaga.
Kami bertiga, Cikgu.
Bila nak berniaga?
Kejap lagi, Cikgu. Pukul 3 petang. Kami jalan dulu Cikgu.
Kita termenung seketika sambil berdiri menanti petugas kaunter menyelesaikan tugasnya. Banyak juga barang yang kami beli, dan sebanyak itu jugalah kepala ini penuh dengan pelbagai persoalan. Tiga orang anak murid Amie itu kesemuanya akan menduduki SPM hujung tahun ini. Minggu ini adalah minggu peperiksaan. Mereka masih punya masa untuk berada di luar rumah, berusaha untuk berniaga dengan menjual air minuman di bazar Ramadan. Mudah-mudahan ketiga-tiga anak remaja lelaki itu akan berjaya dalam hidup mereka, dunia dan akhirat.
Banyak bazar Ramadan tumbuh di bulan puasa di LD. Salah satunya di Fajar. Kata Encik Suami, eloklah terus ke Fajar. Mana tahu ada peniaga yang menjual ketupat. Pusing sana pusing sini, sebiji ketupat pun tak jumpa! Peniaga yang selalu jual ketupat di pasar tani yang berniaga di Fajar kata, tak ada daun kelapa muda! Jadi tak jual ketupat dan sate seperti selalu!
Encik Suami ajak ke bazar Ramadan yang terletak di Batu Satu pula. Sebelum sempat kaki melangkah jauh, terpandang seraut wajah manis memanggil : Cikgu!
Ahhh... anak murid sekolah kami rupanya sedang menjual kuih.
Siapa buat kuih? Kita tanya.
Ibu, jawabnya dengan senyum.
Berapa harga kuih ni? Huurrmmm... sudah nampak tanda harga di hadapannya, masih bertanya lagi, sekadar berbasa basi sahaja.
Kita pun beli beberapa jenis kuih daripadanya.


Antara kuih yang dibeli termasuklah kuih tako dan nona manis. Kuih-kuih lembut begini memang kuih kegemaran Firdaus! Kalau kami tak makan, Firdaus boleh habiskan! Kami teruskan perjalanan ke bazar berikutnya untuk tujuan mencari ketupat!

 Beginilah ceritanya!
Bertemu lagi dengan beberapa orang anak murid yang membantu ibu mereka berniaga makanan di bazar Ramadan. Ternampak kita, mereka terus panggil penuh teruja. Bila kita mendekat, mereka kelihatan malu-malu pula! Kali ini anak-anak sekolah menengah rendah, masih kecil dan selalu tegur serta beri salam kepada kita kalau terserempak di hadapan bilik guru atau mana-mana kawasan sekolah.
Dengan cuaca yang panas terik, duduk di bawah payung kanvas, memang terasa rimas tapi wajah mereka kelihatan ceria memanggil dan melayan pelanggan! Untuk itu, Amie pun tidak segan silu membeli beberapa jenis lagi kuih-muih daripada mereka. Dan sebenarnya, jauh di sudut hati mengharapkan ia sebagai satu sokongan moral buat mereka! Amie kagum dengan semangat mereka membantu ibu mencari rezeki yang halal!
Dan ketupat yang dicari masih belum ditemui!

 Puding dan manisan di atas ini boleh disimpan dalam peti sejuk, dan tahan beberapa hari. Begitulah penjelasan Amie bila Encik Suami kata : Banyak sangat kita beli kuih. Nanti tak termakan pula. Sebenarnya tak sampai hati sekadar melihat-lihat sahaja meja jualan anak-anak murid.


Kami akhiri perjalanan di bazar Ramadan petang tadi denga membeli dua ikat buras. Bolehlah makan dengan rendang rusa, sebagai pengganti ketupat. Satu ikat buras berharga dua ringgit, dan kami beli dua ikat. Sebenarnya Amie seorang yang akan makan buras dengan rendang itu nanti!

Dapatlah juga menjamah rendang rusa dengan buras!


Sedaplah pula Rendang Daging Rusa yang dimasak dengan penuh sabar dan kasih sayang! Hiks...hiks...hiks!


Bila masing-masing mempunyai citarasa tersendiri, beginilah jadinya. Meja makan pun dah rupa rojak...ahaks! Encik Suami minta Amie masak untuknya kuey teow goreng. Wokey! Kuey teow goreng dengan sotong dan bebola ayam siap!

Sekian, cerita untuk kali ini. Dari kisah rendang, merapu sampai kuey teow goreng!

3 comments

  1. Salam,

    Dugaan hidup pelajar tersebut...cikgu hanya mampu berdoa.

    Tapi bila dilihat segolongan pelajar terutama Di kl... Cuci pinggan pun tak boleh buat ...just belajar jadi pelajar.. tuition ..piano ballet holiday .kat rumah maid Ada..
    Result kluar A star berderet...
    Year end buat prom ball American style. Perangai memang brat la...

    Sungguh bertuah hidup mereka.diwaktu Yang Sama Masih Ada pelajar YG Masih perlu membantu ibu bapa walaupun exam study week....
    Semoga hidup mereka Di permudahkan.

    BalasPadam
  2. rendang daging rusa wow ray x pernah try pun daging rusa. mesti susah nak dpt

    BalasPadam
  3. Macam sedap betul tmpak rendang tuh hehe


    https://www.fakhrezy.com/

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe