Daging Goreng Kunyit Tradisional

10:18 PTG

Tengahari tadi Amie masak Daging Goreng Kunyit Tradisional. Walaupun sudah banyak kali melihat resipi ini tetapi inilah kali pertama Amie gunakan daging lembu. Biasanya Amie gunakan daging rusa untuk goreng kunyit. Masakan ini sangat mudah dan ringkas. Bahannya pun tidak banyak. Amie kongsikan dari FB rakan blogger iaitu :WAN NORIZA

Amie goreng ikan gelek. Ikan gelek ialah gelaran bagi anak-anak ikan kerapu merah. Asal cerita MIL & FIL sewaktu mereka berada di Pulau Cocos - Keeling, anak-anak ikan kerapu merah ini suka menghampiri jukung (sampan). Oleh kerana anak-anak ikan ini kelihatan lincah menggelekkan ekornya jadi dapatlah nama ikan gelek. Kalau ke pasar bersama MIL atau FIL, memang mereka tak lepaskan peluang beli ikan gelek. MIL suka masak sambal perah jus limau nipis.

Seperti biasa, pelengkap hidangan sudah tentulah ada sayur dan ulam-ulaman. Kali ini Amie masak sayur bening jagung dengan bayam. Untuk aroma yang lebih enak, Amie tambahkan daun kemangi. Memang sedaplah hirup kuah bening!

Daging Goreng Kunyit Tradisional.

Hidangan nasi berserta lauk-pauk kampung.

Ikan gelek (kerapu merah) goreng.

Sayur bening jagung & bayam.

Ulam-ulaman : Lettuce, kacang botol dan tomato ceri.

Sambal Tomato Versi Ikan Bilis.

Sambal Hijau @ Ijo.

Hirisan limau sunkist & epal hijau.

Daging Goreng Kunyit Tradisional

Jom kita lihat resipi Daging Goreng Kunyit Tradisional yang sangat mudah ini. Ada juga cara lain untuk menghasilkan daging goreng kunyit tetapi Amie terpikat untuk mencuba resipi ini. Terima kasih Wan Noriza atas perkongsian menu yang sangat sedap ini. Amie gunakan sukatan sendiri untuk resipi Daging Goreng Kunyit Tradisional ini.

Bahan-bahan:
  • 300 gram daging lembu segar - hiris ikut ketebalan dan saiz yang disukai.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar minyak
  • air secukupnya
  • garam / perasa pilihan
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 2 biji cili merah - hiris serong
Cara memasak:
  1. Gaul daging bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  2. Masukkan ke dalam kuali.
  3. Tuangkan air sehingga melebihi paras daging.
  4. Tuangkan 2 sudu besar minyak.
  5. Tutup kuali. (Amie gunakan api perlahan sehingga daging empuk).
  6. Kacau sekali-sekala.
  7. Apabila daging empuk, air mula mengering dan kelihatan keperangan, tambahkan 1 sudu besar minyak lagi. Gaul rata.
  8. Kemudian masukkan hirisan bawang dan cili merah.
  9. Jika kurang atau tidak cukup rasa, tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  10. Gaul beberapa kali sehingga bawang dan cili merah layu.
  11. Padamkan api dapur.

25 comments

  1. Sebut daging rusa, teringat daging rusa yang lembut tu. Memang sedap dibuat masak goreng kunyit. Daging lembu pun apa kurangnya. Sedap juga. Saya suka tambahkan serai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah serai lagi wangi aromanya kan Fizah.

      Padam
  2. Daging masak kunyit digandingkan dengan sambal ijau tu . Kecur air liur ccl

    BalasPadam
  3. Lauk evergreen ni.Dapat minyak tu gaul dengan nasi panas pun dah sedap.
    Lagi-lagi kalau daging qurban..sedap dia lain macam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mama Cella. Kuah berminyak tu yang sedap! Daging gurban memang sedapnya lain macam.

      Padam
  4. Sedapnya..teknik memasak cara rebus-goreng..

    BalasPadam
  5. Jagung pun boleh letak padang lauk bening.
    Ikan gelek itu nampak macam mendongak pula. Hehe.

    BalasPadam
  6. wak pun suka ayam goreng kunyit., ;p

    BalasPadam
  7. Melalui blog Amie saya mula kenal pelbagai jenis ikan.. kali ini kerapu merah pula. Kalau saya ke kedai/pasar biasanya beli ikan yang sedari kecil makan. Belum berani cuba ikan yang lain. Insyaallah akan try ikan lain pula.

    BalasPadam
  8. sedap kerapu merah ni hargapun mahal

    BalasPadam
  9. Sedap daging goreng kunyit. Saya biasanya rebus dulu daging sampai air kering baru tambah minyak bila air dah kering. Sedap nampak hidangan dan lauk pauk Amie sediakan. :)

    BalasPadam
  10. daging goreng kunyit dan hari raya haji memang tak dapat dipisahkan kalau buat saya hehe

    BalasPadam
  11. sedap nampaknye daging goreng kunyit tuh.. nak try buat tapi tak reti nak potong daging cara yang betul. orang kata silap potong nanti liat..

    BalasPadam
  12. Sedapnya daging goreng kunyit..this year sama macam last year mmg x dapat pun daging korban

    BalasPadam
  13. Daging goreng kunyit makan dengan nasi putih begitu saja pun dah cukup sedap.

    BalasPadam
  14. Menu sama la kak amie hehehe, tapi sama daging goreng kunyit itu aje hehehe.

    BalasPadam
  15. sedapnya kak.. daging goreng kunyit tuu. nak beli daging asyik tertunda tunda jaa. selalunya nadia beli kat org jaa. malas nak pegi pasar. takut ramai org. hehe

    BalasPadam
  16. dah lama tak goreng kunyit daging... orang johor suka masak kicap..hahaha

    BalasPadam
  17. Menu ni makan dengan nasi putih pun dah cukup buat As.

    BalasPadam
  18. Dekat sana macam senang dapat daging rusa ya.. sy pernah makan sekali, memang sedap tapi susah nak dapat. Tukang beli pulak tak makan, nampaknya makin susahlah nak dapat 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  19. Menu popular musim raya korban :) Kalau dapat ni, enaknya!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe