Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini cuaca di LD panas terik. Tiba-tiba mendung di tengah hari dan sekarang hujan. Sambil memikir-mikir untuk masak juadah berbuka petang ini, tulis dahulu entri makan tengah hari bersama Fairuz dan Haziq di Penampang. Amie masak lebih, kerana sebelah petangnya adik ipar dan biras (ibu bapa Haziq) akan sampai dari LD. Seperti yang dijangkakan, mereka belum makan tengah hari. Alhamdulillah, masih ada lauk-pauk untuk mereka.
Hasil memancing di Tamu Kinarut, dapatlah makan ikan lampam segar dari sungai. Sayurnya pula, umbut kelapa sawit masak lemak. Ditambah dengan sambal kicap ketumbar jawa, ulam jantung pisang hutan bakar. Ada terung pipit, Amie masak sambal gunakan baki sambal sotong. Cerita tentang sotong, Amie goreng sotong salut tepung. Sotong itu pun kami beli di Tamu Kinarut.
|
Ikan Lampam & Ikan Serawi. |
|
Ikan lampam sudah dibuang isi perut oleh penjual ikan. Hanya perlu buang sisik dan kelas-kelar sahaja. |
|
Setelah dilimur dengan garam kunyit, goreng ! |
|
Ikan lampam digoreng hingga garing. |
|
Inilah hasilnya ikan lampam goreng garing. Apabila dikelar-kelar begini, tulangnya pun ikut garing sama. |
|
Pesan penjual di tamu, bakar saja jantung pisang hutan ini. Tak perlu rebus. Jadi, Encik Suami pun tolong bakar di atas dapur. |
|
Jantung pisang hutan sedang dibakar. |
|
Sambal kicap bubuh ketumbar jawa. |
|
Terung pipit tumis dengan sambal sotong yang berbaki. |
|
Sotong goreng dalut tepung. |
|
Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak. |
|
Inilah hidangan tengah hari kami di rumah orang bujang. |
Oh, terlupa! Ada satu lagi lauk iaitu ikan tahai dan sambal tahai. Ikan tahai ini diperbuat dari ikan tamban yang disalai. Amie beli ikan tahai bersama sambal tahai ketika berkunjung ke Tamu Sipitang. Ikan tahai datangnya dari Sarawak. Ikan tahai ini sedap dimakan bersama nasi panas. Jangan lupa buang kulitnya sebelum dimakan, pesan peniaga ikan tahai di Tamu Sipitang.
sedapnya. menu simple je tapi kalau makan ni bertambah-tambah nasi. lama tak makan ikan sungai
BalasPadamSesekali jumpa ikan sungai, memang tak lepas peluang!
Padamkombinasi lauk yg boleh buat periuk nasi bocor bak kata mamacella dan kakSK
BalasPadamHahahaa... kedua-dua adinda kita tu memang pakar bocorkan periuk!
Padamwaduh helok semua nya kak, jantung pisang hutan tu cantik licin je rupa dia tu ye kak...
BalasPadamYa, tertarik tengok jantung pisang hutan, terus beli.
PadamMenarik sungguh ikan lampam goreng garing tu.
BalasPadamGoreng garing begini kalau makan tak takut tercekik tulang.
PadamMasyaa Allah..
BalasPadamlauk2 yang sungguh menggoda..
Aduh,ilmu baru ni..jantung pisang dibakar...Boleh cuba ni..menarik
Ilmu dari penjual sayur Tamu Kinarut.
Padam