Bismillahirrahmanirrahim.
Sarapan apa pagi ini? Amie sudah siap masak untuk makan tengah hari. Wah, cepatnya masak! Pukul 1:45 petang nanti Amie akan terbang ke Kota Kinabalu. Kerja waktu cuti sudah memanggil-manggil untuk kita segera datang ke sana.
Untuk Firdaus, Amie sudah siapkan Ayam Masak Kicap. Untuk Encik Suami pula, ada baki Brengkes Ikan Belais kegemarannya, Amie panaskan semula.
Dan paparan untuk pagi ini sebenarnya menu sarapan sewaktu kami di Penampang. Amie masak Nasi Lemak Sambal Sotong. Tidaklah sempurna hidangannya, sekadar apa yang ada sahaja. Sotong kering yang kami beli di Kimanis itulah yang Amie gunakan untuk dijadikan sambal lauk nasi lemak. Kebetulan pula, tidak dirancang awal untuk mengolahnya. Jadi, tidaklah sempat beli air abu @ air sotong untuk merendam sotong kering tersebut. Amie hanya rendam satu malam, dan keesokan paginya Amie rebus sotong untuk melembutkannya. Sambalnya pula, sebelum tidur Amie sudah siapkan. Bangun pagi, masukan sotong ke dalam sambal, dan panaskan sambal sebelum dihidangkan.
|
Nasi Lemak Sambal Sotong |
|
Teh O |
|
Nasi Lemak |
|
Sambal Sotong : Sotong Kering dari Kimanis |
|
Telur Omega Rebus : Telur dari Bataras Bundusan |
|
Timun Jepun : Timun dari Bataras Bundusan |
|
Ikan Bilis Goreng : Ikan bilis dari Bataras Bundusan |
|
Kelupis dari Satay Brunei House Beaufort |
Kelupis ini kami beli di Beaufort pada hari kami naik keretapi dari Tanjung Aru ke Beaufort. Beli juga sate kambing, kerbau, ayam dan berubut untuk Fairuz dan Haziq. Tidak habis makan, Amie simpan dalam peti sejuk. Amie panaskan semula kelupis ini. Ketika nasi mula mengering di dalam periuk, Amie letakkan kelupis di atasnya.
|
Nanas dari Sipitang. |
|
Sarapan Nasi Lemak Sambal Sotong di Gardens Condominum, Penampang. |
|
Tidak lupa, hantar Nasi Lemak Sambal Sotong untuk Abang Aznan. |
Semua anak buah dan kakak ipar sudah pulang ke Lahad Datu. Sekarang hanya Abang Aznan sekeluarga sahaja. Abang Aznan beritahu, anak-anaknya makan nasi lemak dengan sambal sotong hingga habis. Oleh kerana mereka kata sambal sotong air tangan Amie itu sedap, jadi Amie kongsikanlah resipinya di sini. Amie tidak masukkan halia sebab kadang-kadang rasa halia mengganggu keenakan rasa sambal... ahaks! Resipi Sambal Sotong Kering
Bahan-bahan:
- 4 ekor sotong kering saiz sederhana - rendam dengan air abu @ air sotong semalaman supaya kembang dan lembut (Amie rendam semalaman dan kemudian rebus supaya lembut - sebab tidak ada air sotong). Toskan dan potong ikut saiz yang digemari.
- 1/2 cawan minyak
- gula melaka / garam / perasa pilihan secukupnya
- 2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
- 1 labu bawang besar - mayang kasar
Bahan kisar:
- 20 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 10 biji bawang merah
- 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga layu. Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api sederhana sehingga terbit minyak.
- Masukkan bancuhan pati asam jawa dan gula melaka secukupnya.
- Biarkan masak sehingga terbit minyak sekali lagi. Ketika ini bolehlah masukkan sotong - jika sudah sediakan sotong.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Cara Amie: Setelah sambal mesra beberapa jam kemudian, masukkan sotong kering dan panaskan semula dengan api perlahan.
Selamat menjamu selera
BalasPadamWalau di mana tercampak, lengkap aksesori nasi lemak Kak Amie.
BalasPadamaduh geramnya tengok sambal sotong tu, dah lama rasanya dana tak masak sambal sotong gini kak
BalasPadamSedapnya complete set nasi lemak Kak Amie tu...sotong kering tu nak rendam berapa lama agaknya untuk dia jadi lembut..pernah buat sambal..still keras kematu walau dah rendam semalaman
BalasPadamCantiknya telur rebus tu!
BalasPadamhidangan amie tersangatlah sedapnya
BalasPadamAntara yang saya tak pandai masak ialah sambal sotong keringš¤
BalasPadamIsh..menggoda la..
gerammmm je tengok ikan bilis goreng tu. bagai terasa2 kelemakannya di tekakš¤
BalasPadamwahh sedapnya nasi lemak sotong. favourite syu ni..
BalasPadamsambal sotong dengan nanas tu geram betul... nampak kilat nanas tu
BalasPadam