Bismillahirrahamnirrahim.
Terkejut! Turun dari kereta, terdengar bunyi enjin kapal terbang! Eh, bila pula MASWings mendarat? Cepat-cepat kita seret beg sementara Encik Suami cari tempat letak kereta. Dada mula berdebar apabila hendak daftar masuk bagasi di kaunter.
Rupanya kapal terbang sampai awal. Sepatutnya terbang pukul 1345, tetapi pukul 1330, kapal terbang sudah berada di ruang angkasa Lahad Datu menuju ke Kota Kinabalu! Terbang awal 15 minit dari jadual. Janji akan bertemu dengan Nora di Kota Kinabalu Airport. Nora dijadualkan terbang pada pukul 1345 dari Tawau, tetapi delay pula!
Dalam cemas dan kalut, terlupa ambil laptop di kereta. Ketika beratur untuk scan hand carry, terpandang seorang penumpang keluarkan laptop, barulah teringat tertinggal laptop! Rasa hendak gugur jantung sebab laptop itulah yang paling penting untuk buat kerja! Terbayang Encik Suami sudah bergerak untuk pulang ke rumah. Cepat-cepat kita keluarkan HP dan tergesa-gesa ke pintu untuk minta kebenaran keluar semula.
Pada masa itu, kelihatan Encik Suami sedang bercakap-cakap dengan petugas MASWings sambil menunjukkan laptop! Rupanya sewaktu masuk kereta, Encik Suami terpandang laptop di atas kerusi tempat kita duduk!
Ya Allah! Tak dapat bayangkan apa akan terjadi kalau Encik Suami sudah tinggalkan lapangan terbang!
Di Kota Kinabalu Airport, Fairuz dan Haziq sudah menunggu di pintu keluar. Sementara menunggu Nora tiba, kami mencari makanan dulu di McDonald. Pukul 1500, Nora mendarat di Kota Kinabalu Airport. Kemudian kami berdua dihantar oleh Fairuz dan Haziq ke Hotel Grandis.
Kami daftar masuk Hotel Grandis, dan dapat deluxe room. Bilik lain semua penuh. Musim cuti sekolah memang beginilah. Sana-sini banyak hotel penuh! Jadi, di Hotel Grandis ini kami akan menginap selama lima malam.
|
Katil King. |
|
Hotel Grandis menjadi pilihan ramai kerana kedudukannya yang sangat strategik, di bangunan Suria Sabah Mall. |
|
Selamat Datang ke Bilik XXX. |
|
Suasana bilik ini memang sesuai sangatlah untuk kami berehat di waktu malam setelah sepanjang hari kami bermesyuarat. Biasanya kami keletihan dan terus tidur! |
|
Tahun lepas kami pun bermalam di hotel ini juga tetapi bilik superior. |
|
Ruangan untuk 'bekerja' pada waktu malam. |
|
Teringat Encik Suami yang sangat suka dengan ruangan ini. |
|
Buka laci, tersusun pelbagai jenis minuman tersedia. |
|
Ada masa nanti boleh turun ke mall dan cari minuman dan simpan di sini. |
|
Bilik airnya luas dan kemas. |
|
Ada bathtub. |
|
Wah, ada kain sarung! |
|
Diberi tunjuk ajar : How to wear a Sarung! |
|
Lengkap sterika dan iron board. |
|
Pengering rambut. |
Oleh kerana hanya ada sebuah kerusi, Nora meminta sebuah kerusi lagi dan penyangkut baju. Beberapa minit kemudian, sampailah kerusi dan penyangkut baju tambahan yang diminta.
Wokey!
Malam ini kena tidur awal.
Esok pagi kena bangun awal.
Selamat malam!
Selesa amat ni. Sesuailah untuk duduk lama.
BalasPadamPaling menarik, ada kain batik sarung!
Happy working Cikgu Amie.
BalasPadamBukan bisahe2 take off awal dari jadual.. biasa on time atau lewat.
Rare tu ada kain sarung!
BalasPadamSelamat bermesyuarat...
BalasPadamLama di KK tu 5 malam..
Fairuz mesti seronok mommy ada dekat KK..hehehe
lama tu kak kat KK... hotel pun tampak selesa๐๐๐ selamat bermesyuarat kak
BalasPadamwaaah belum pernah jumpa lagi hotel sediakan kain sarung
BalasPadamstrategik sgt hotel ni, dkt dgn suria sabah. senang je nak ke mall.
BalasPadam