Bismillahirrahmanirrahim.
Fairuz dan Haziq meneruskan rutinnya menghantar bekalan ikan di pasaraya sekitar Kota Kinabalu. Akhir-akhir ini mereka jarang masak di rumah kerana Abang Aznan ajak mereka masak dan makan di rumahnya. Kami pula, berat kaki untuk turun membeli bahan masakan, dan malas pula untuk bersiap makan di luar. Jadi, masak sahajalah apa yang ada. Kebetulan pula, kami beli sebungkus bunga betik & pucuk ubi di Tamu Gaya Street. Bolehlah ditumis dengan cili padi dan udang kering. Ada beberapa jenis ikan di dalam peti sejuk. Amie keluarkan ikan saiz kecil, supaya cepat lembut apabila direndam. Ada sebekas kecil sambal tomato yang dibeli di Pesta Makan Kreatif Kota Kinabalu. Cukuplah semua lauk-pauk itu makan dengan nasi!
|
Hidangan Makan Tengah Hari |
|
Bunga Betik & Pucuk Ubi Tumis Cili Padi & Udang Kering |
|
Ikan Goreng |
|
Sambal Tomato
Resipi Bunga Betik & Pucuk Ubi Tumis Cili Padi & Udang Kering
Bahan-bahan: - 1 mangkuk (300 gram) bunga betik
- 5 tangkai / pucuk ubi - ramas-ramas
- 15 tangkai cili padi - tumbuk
- 2 ulas bawang putih - hiris
- 3 biji bawang merah - hiris
- 2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang - toskan airnya
- 3 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak: - Celur bunga betik dan pucuk ubi hingga lembut. Toskan airnya dan bilas. Hiris pucuk ubi ikut saiz yang disukai.
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan udang kering.
- Setelah semua bahan layu, masukkan bunga betik dan pucuk ubi.
- Kacau rata.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
|
Terima kasih share resepi
BalasPadamSama-sama Syaz.
PadamLauk gini pun dah terbuka selera sy Kak :)
BalasPadamBetul PH, lauk kering-kering memang selalu membuka selera.
Padamsukanya lauk macam ni. boleh bertambah nasi hehehe
BalasPadamJemput makan sama.
PadamLauk simple tapi membuka selera. Kalau ada udang kering memang sedap dan wangi semerbak je masa menumis tu.
BalasPadamYa Carneyz.
PadamApabila perencah udang kering ditumis dengan bawang putih, bawang merah....memang aromanya menggoda selera!
Belum pernah makan lauk bunga betik. Baca resepi tu dah terbayang kelazatan masakan ni.
BalasPadamBunga betik rasanya pahit-pahit sedikit, tapi orang kata pahit-pahit ubat.
PadamSukanyaaaaa lauk-lauk tu...bunga betik tu paling terliur
BalasPadamWalau simple tapi nampak menyelerakan sangat. Belum pernah cuba lagi pucuk betik goreng ni.
BalasPadamBocor periuk nasi di rumah orang bujang itu.
BalasPadam