Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan menuju ke rumah kakak ipar kepada kakak ipar (kakak Encik Suami) untuk berziarah kematian suami kakak ipar kepada kakak ipar (biras kakak ipar Amie), kami terpandang deretan lebih 10 buah gerai di tepi jalan di Kampung Batu 30, Kimanis, Papar. Rasa tertarik pula hendak singgah sewaktu kami pulang ke Penampang nantinya. Sayangnya, hujan turun dan perut pula sudah berkeroncong. Sewaktu singgah makan di Warung Sate Lembah Brunei, Encik Suami kata, nanti kalau berkesempatan pergi ke Sipitang, kita singgahlah di gerai tersebut.
Alhamdulillah. Keesokan harinya kami bergeak menuju ke Sipitang. Encik Suami cadangkan kalau hendak singgah di gerai Kampung Batu 30, Kimanis eloklah singgah waktu pagi dalam perjalanan ke Sipitang. Takut waktu pulang dari Sipitang nanti, hujan atau gerai sudah ditutup. Jadi, singgahlah kami seketika di beberapa buah gerai di sini.
|
Ikan masin dibungkus cantik dan murah pula harganya. |
|
Banyak kuih-kuih tradisi yang dijual di sini seperti keopok amplang dan kuih cincin. Kuih cincinnya pula ada yang jenis lembut dan jenis biasa /keras. |
|
Boleh beli kuih tradisional di sini untuk diri sendiri atau dijadikan oleh-oleh. |
|
Udang kering dari Sipitang. |
|
Ikan masin dibungkus supaya tidak terkena habuk dan debu jalanan dan digantung rapi. |
|
Ada pelbagai jenis ikan bilis. |
|
Udang Geragau. |
|
Beginilah keadaannya gerai pertama yang kami singgah. Kami hanya membeli kuih-kuih tradisional sahaja seperti kuih cincin dan semprong. |
|
Jom kita singgah gerai yang seterusnya. |
|
Encik Suami berkenan beli sotong kering. Satu bungkus berisi dua ekor. Kami beli tiga bungkus. Lupa pula harga sebungkus. Kami dapat harga RM50.00 tiga bungkus. Alhamdulillah, sotong kering ini Amie masak sambal untuk lauk nasi lemak dan makan beramai-ramai sebagai sarapan. |
|
Banyak jenis ikan masin yang nampak segar! |
|
Ada ikan masin jeruk! Sedap ikan masin ini. Amie suka kukus atas nasi yang baru hendak mengering! |
|
Ikan masin yang berwarna kuning itu pada asalnya sama dengan yang berwarna putih di tengah-tengah itu. Menurut peniaga di gerai ini, mereka rendam ikan masin ini di dalam cuka, dan dibubuh pewarna kuning. Maka kuninglah jadinya! |
|
Setiap gerai menjual bahan yang hampir sama dengan gerai yang lain. |
|
Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan. Semuanya mempamerkan senyuman manis sewaktu berbual, dan memang peramah belaka. |
|
Terima kasih di atas layanan baik, dan semoga dipermudahkan urusan berniaga serta sentiasa didatangi pelanggan untuk membeli. |
|
Jumpa lagi Kimanis yang manis! |
Ni kalau SA la pergi sini ni kak..memang penuh la kereta beli macam- macam...seronok betul la kat sini
BalasPadam