Makanan Tradisional yang Memikat Rasa : Antologi Cerpen Kanak-Kanak

7:32 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam ini Amie kongsikan entri Antologi Cerpen Kanak-Kanak : Makanan Tradisional yang Memikat Rasa. Terima kasih warga kerja Penerbit SYFE Management dan penyelenggara serta editor Rashidah Abdul Karim  kerana merealisasikan antologi cerpen kanak-kanak ini.

Antologi Cerpen Kanak-Kanak: Makanan Tradisional yang Memikat Rasa

Seramai 12 orang penulis telah menyumbangkan karya untuk menjayakan antologi ini.


Firdaus dengan dua buah antologi cerpen:
1. Makanan Tradisional yang Memikat Rasa
2. Permainan Alam Kanak-Kanakku


Untuk Antologi Makanan Tradisional yang Memikat Rasa ini, Amie ketengahkan makanan tradisi masyarakat Melayu Cocos iaitu Kerak Nasi Serondeng Ikan.


Kisahnya ringkas sahaja, tentang Azwa bersama keluarganya dari Kuala Lumpur pulang bercuti ke Lahad Datu, setelah dua tahun terperangkap dalam wabak Covid-19. Azwa menjuihkan bibir menunjukkan dirinya tidak berminat untuk mencicipi kerak nasi dan serondeng ikan. Nenek Azwa banyak menerima tempahan makanan tradisional Cocos ini.


Adik Azwa, iaitu Huda berminat untuk mengetahu lebih lanjut tentang pembuatan kerak nasi dan serondeng ikan.  Huda membantu neneknya membuat serondeng ikan.


Amie turut kongsikan resipi serondeng ikan di dalam cerpen tersebut. Untuk lanjut bolehlah klik:SERUNDING IKAN VERSI COCOS.

Kerak Nasi & Serondeng Ikan 


Amie turut selitkan nilai murni berunsur nasihat di dalam cerpen ini. Misalnya teguran ibu terhadap sikap Azwa yang menunjukkan sikap tidak menghormati makanan tradisional. Walaupun tidak menyukainya, Azwa sepatutnya menunjukkan adab sopan yang baik.


Nenek berjaya memujuk Azwa untuk mencicipi kerak nasi dan serondeng ikan, Buat pertama kali, Azwa mengakui keenakan rasa kerak nasi dan serondeng ikan hasil air tangan nenek yang dibantu oleh ibu dan Huda. 
Belum cuba, belum tahu.
Sudah cuba, barulah tahu sedap atau tidak. Betul tak?
Begitulah ceritanya!

Oh, baru teringat!
Ada rakan-rakan blogger yang hendak membeli cerpen kanak-kanak. Kebetulan pula, kelmarin syarikat penerbitan SYFE Management menawarkan jualan buku pelbagai genre dengan harga lelong. Amie kongsikan di bawah ini. Sesiapa yang berminat cepat-cepatlah klik pautan yang disertakan di bawah ini.


𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗟𝗘𝗟𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗚𝗘𝗡𝗥𝗘𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗔𝗪 𝗞𝗔𝗪 𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗟. 𝗦𝗘𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗥𝗠𝟱 - 𝗥𝗠𝟭𝟬 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗦𝗞𝗛𝗔𝗛
.
http://www.wasap.my/+601158643647/nakbelibukulelong
,
"𝗕𝗜𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟?"
Ya betul.
Genre-genre yang disediakan :
Anekdot
Cerpen
Puisi
Cerpen kanak-kanak
Buku panduan

Nak beli secara 𝗣𝗨𝗞𝗔𝗟 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗨𝗦𝗧𝗔𝗞𝗔𝗔𝗡 pun boleh!
Cikgu-cikgu perpustakaan ada yang borong buku dengan kami tau!
Untuk bacaan santai pun boleh awak. Tak ada masalah.
Nak walk-in boleh!
Beli secara dalam talian pun boleh!
Nak beli buku lelong?
Nak tanya-tanya dulu?


Klik pautan ini.
http://www.wasap.my/+601158643647/nakbelibukulelong
http://www.wasap.my/+601158643647/nakbelibukulelong



Kepada yang berminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

10 comments

  1. Tahniah puan.. Puan ada sama saya dalam group whatsapp Komuniti Menulis Penapadu kan? Perasan ada nama puan?

    BalasPadam
  2. Menarik cerpen berkenaan makanan tradisi. Siap sertakan resepi, bolehlah pembaca mencuba.

    BalasPadam
  3. Tahniah Kak AMie, aktif menulis. Saya sudah tidak lagi. Hehe

    BalasPadam
  4. Masyaa Allah hebatnya cikgu ..
    Banyak nya hasil karya cikgu..
    Semua bunyinya menarik..

    BalasPadam
  5. Teringat kerak nasi yang mak suka buat, dikeringkan lepas tu goreng dengan minyak panas makan cicah sambal kicap sedapnya. Banyak makanan kuih lama yang dana rindu ada di dalam buku ini kak. Tewol dengan abuk-abuk

    BalasPadam
  6. Kerak nasi, digoreng sedapnyee..serondeng ikan tu makan dengan pulut tentu sedap kan.

    BalasPadam
  7. Betul itu kena rasa baru tahu sedap ke tidak.
    Kalau saya memang akan cuba.

    BalasPadam
  8. menarik utk dibaca utk anak2 terutamanya menerapkan nilai2 harmoni

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, banyak dah karya kak amie kan....bangga SA

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe