Nasi Kuning Sambal Ikan Untuk Fairuz

10:07 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Permintaan Fairuz untuk makan nasi kuning masakan kita, kita cuba penuhi. Oleh kerana tidak dapat menjangkakan pukul berapa akan pulang dari menghadiri majlis sambutan ulang tahun kakak ipar, Amie putuskan untuk membuat persiapan memasak lebih awal. Fairuz dan Haziq masih bekerja menghantar bekalan ikan ke Papar.

Selepas solat maghrib, Amie mula masak  sambal. Encik Suami pula bersihkan ikan. Kemudian Amie bubuh garam dan kunyit, simpan dalam peti sejuk. Selepas solat isya, kami bergegas ke rumah Abang Aznan. 

Hampir pukul 11 malam, barulah kami pulang semula ke Gardens Condominium. Amie terus rebus 20 biji telur di dalam rice cooker. Itu pun sudah penuh, sebab rice cooker kecil. Nasib baik air rebusan tak melimpah. Kemudian Amie goreng ikan. Entah ikan apa... ikan tuna atau ikan tongkol? Yang pastinya rasanya sedap dan lembut setelah disambalkan.

Nasi Kuning Sambal Ikan.

Dua ekor ikan untuk disambalkan.


Ikan yang sudah digaramkunyitkan.



Keesokan paginya, seawal pukul empat pagi, kita sudah bangun. Kita masak nasi kuning sebanyak dua kali. Maklumlah, yang ada hanya rice cooker kecil. Sambil masak nasi kuning, sambil panaskan sambal dan masukkan ikan yang digoreng malam tadi. Kemudian kita kupas telur rebus.

Nasi kuning masakan pertama, Amie masukkan dalam bekas besar. Sambal ikan, telur rebus dan hirisan timun Amie masukkan dalam beberapa bekas kecil. Yang ini kami bawa ke rumah Abang Aznan untuk sarapan mereka sekeluarga bersama kakak ipar dan abang ipar serta anak-anak buah.

Untuk Fairuz, Haziq, Aman dan Faiz, kita biarkan nasi kuning terus panas di dalam rice cooker (masakan kali kedua). Sambal ikan pun Amie letakkan di dalam kuali di atas dapur. Senang mereka panaskan semula nanti. Telur rebus sudah dikupas, dan timun sudah Amie hiris.

Lauk nasi kuning, sambal ikan, telur rebus dan timun.



Kami bawa sebekas nasi kuning. Mana tahu dalam perjalanan pulang dari Penampang ke Lahad Datu, berhenti makan seketika. Pukul 6:30 pagi, kami bergerak ke rumah Abang Aznan, bawa nasi kuning. Sebelum pukul tujuh pagi, kereta sudah bergerak meninggalkan Kota Kinabalu. Ketika kami menghampiri Kundasang, kita telefon Fairuz.
Sudah makan nasi kuning dik?
Sudah.
Sedap tak?
Sedap! Kami pulun makan! Habis sambal ikan dalam kuali.

19 comments

  1. Banyak juga kak Amie masak tu. Alhamdulillah dapat juga Fairuz makan nasi kuning dan sambal ikan sampai licin semuanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak lebih, untuk dua buah rumah. Kebetulan anak-anak buah yang lain bermalam di rumah Abang Aznan.

      Padam
  2. Bila anak nak makan apa2 penat ke banyak kerja ke mesti kita buatkan juga. Bila dia kata sedap bahagia kita rasa kan kak. Dana kalau balik kampung, kdg abah ckp masakkan la kuih apam gula hangus, kuih apa2 yg mak tak pandai buat bila abah mkn ulang2 kita rasa gembiranya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Empat hari Fairuz tunggu nasi kuning. Pagi hari kelima barulah sempat masak.

      Padam
    2. yang penting kita buat kak, kalau tidak ralat kita teringat2 selagi tak dapat masakkan ikut permintaannya.

      Padam
  3. Alhamdulillah, dapat jugak masakkan nasi kuning untuk Fairuz ya, Kak Amie. Risau dia merajuk nanti. Memang nasi kuning, lauknya sambal ikan saja ya, Kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara tradisinya nasi kuning memang makan dengan sambal ikan.
      Barngakali ikut arus perubahan, ada saja lauk pilihan seperti ayam, sambal udang, sotong, tempe dan lain-lain.
      Dia punya feel makan dengan sambal ikan tu lain maciam!

      Padam
  4. touching.mak ayah walau macam mana tetap penuhi permintaan anak2 kan kak amie..dah jadi mak ni baru la tahu perasaan mak ayah dulu sanggup apa saja untuk anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Anaklah racun dan penawar. memang emak ayah sanggup buat apa saja untuk anak.

      Padam
  5. Sekali sekala ubah selera buat nasi kuning makan bersama sambal ikan sedap juga kan . Berselera terus

    BalasPadam
  6. untungnya anak2.. nk kemana2 dh tersedia makanan

    BalasPadam
  7. Aaaaa....sukanya nasi kuning sambal ikan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe