Sambal Kodop Lada Putih, Sup Buah Tarap & Sambal Buah Bunga Kantan

8:06 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih teringat-ingat keenakan menikmati hidangan tengah hari di rumah Ros di sini:BERTEMU DENGAN ROS, BUNGA KAMPUNG SILUNGAI. Ros bekalkan kami pokok tuhau, pokok bisuq (ketumbar jawa), bunga kantan dan buah bunga kantan. Kesemuanya kami bawa berpusing keliling Kota Kinabalu dari hari Sabtu sehingga hari Rabu, sampai ke Lahad Datu. Alhamdulillah kesemua pokok masih elok apabila Encik Suami tanam. Bunga kantan dan buah kantan juga tidak rosak.

Minggu lepas, ketika hari hujan dan suasana dapur menjadi gelap, Amie masak tiga jenis lauk yang Ros hidangkan untuk kami tempoh hari iaitu:
  • Sambal Kodop Lada Putih
  • Sup Buah Tarap
  • Sambal Buah Bunga Kantan

Hidangan Tengah Hari

Sambal Kodop Lada Putih.

Buah Tarap Muda.

Buah tarap @ terap bukan lagi buah untuk rakyat marhaen kerana harganya sudah mencecah harga kayangan. Harga sebiji saiz kecil yang kami beli di Jalan Assam, Lahad Datu mencecah RM15.00. Barangkali kami beli banyak buah betik dan pisang, jadi peniaga buah turunkan harga menjadi RM12.00. Mengenangkan betapa enaknya Firdaus menghirup sup buah tarap di rumah Ros, sambal tiga empat kali menambah, kita beli jugalah buah tarap ini.


Sup Buah Tarap.

Petai Panggang.

Teringat sewaktu kita makan di rumah ibu Ros, di Pensiangan, adik Ros tak silap namanya Mark memanggang petai! Kebetulan ada petai, kita pun panggang atas kuali ajaib.


Ikan Selayang Goreng.

Buah Bunga Kantan.

Sambal Buah Bunga Kantan.

Sambal Buah Bunga Kantan kita tidaklah secantik yang Ros buat. Warnanya kurang menyerlah kerana kita gunakan bawang Holland. Ros gunakan hirisan bawang merah. Tetapi rasanya tetap sama.


Ada masa nanti kita kongsikan resipinya ya. Kita tanya Ros, masakan apakah yang kami makan di rumahnya. Masakan Dusun atau Murut? Sebab suami Ros orang Dusun, dan Ros orang Murut. Ros jawab: Sama sajalah, Murut dengan Dusun!

15 comments

  1. Sedap sedap menu hidangan tengahari kak Amie. Buah tarap macam buah nangka. Rasa dan bau buah bunga kantan kuat macam bunganya juga ke kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah kantan tak ada bau kuat macam bunganya. Rasanya masam. Terkejut juga pertama kali rasa isinya yang masam.

      Padam
    2. Ohh tak bau kuat. Rasa masam okay lagilah untuk cuba rasa.

      Padam
  2. oo buah tarap, ingtkn buah nangka muda., sedapp je ;p

    BalasPadam
  3. Kita masih ingat cikgu cerita sup buah tarap sama daging salai serta sambal buah kantan tu..Masa baca terfikir adakah sama rasanya kalau gantikan buah tarap dengan nangka muda kerana @ semenanjujg susah mau jumpa buah tarap.Kalau ada dijula di Pasar Borneo pun sangat terhad dan dua tiga kali kayangan🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila dimasak sup, buah tarap ini rasanya agak berlemak dan sangat lembut. Pada saya jauh lebih sedap berbanding buah nangka muda sebab nangka agak keras dan liat sikit.

      Padam
  4. Pertama kali tengok buah tarap dan buah bunga kantan. Sup buah tarap tu rasanya saya pernah lihat orang masak sebelum ni… cuma saya yang pelik ingat orang guna nangka muda buat sup 😂

    BalasPadam
  5. Sedapnya masakan kampung macam ni. First time dengar sup buah tarap.

    BalasPadam
  6. lbh sekilo ke kak harga buah tarap mcm tu? seigt sy dulu arwah mak cik beli dlm rm6-7...ooo boleh buat sup rupanya... menarik tu👍👍

    BalasPadam
  7. Agak-agak sup tu manis lah ya rasanya cikgu sebab saya pernah makan buah tarap tu.

    BalasPadam
  8. Bagus dapat rasa masakan etnik lain.
    Tidak sangka petai boleh panggang.

    BalasPadam
  9. teringinnya nak makan buah tarap, tapi ada di sabah je yek...bila lah nak dapat ke sana lagi

    BalasPadam
  10. syu tak ingat dah pernah makan buah tarap ke belum..

    BalasPadam
  11. tak pernah pulak dana jumpa buah bunga kantan tu, tapi nak cuba tanya dekat makcik lah. Dia ada pokok bunga kantan yang besar dan banyak kat kampung

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe