Jawapan Teka-Teki Harga Sekilogram Rambutan
10:52 PGBismillahirrahanirrahim.
Kelmarin kita beli sekilogram rambutan. Kawan sekerja jual bagi pihak keluarganya, dengan harga kawan-kawan. Kita hanya sempat makan sebiji sahaja, dan selebihnya dibawa pulang. Kita berikan soalan santai-santai: TEKA-TEKI: BERAPA HARGA SEKILOGRAM RAMBUTAN?
Soalan tersebut merujuk kepada sekilogram rambutan yang kita beli dengan harga kawan-kawan itulah. Walaupun bekas rambutan sudah berubah (sebab ambil gambar di dapur) tetapi harganya tidak berubah.
Ramai jugalah yang cuba jawab. Terima kasih turut memeriahkan peraduan tidak rasmi ini. Sebelum kita umumkan pemenangnya, kita lihat dahulu harga sebenar sekilogram rambutan yang Amie beli ini.
Rambutan: RM10.00 sekilogram |
Harga sekilogram rambutan tersebut ialah RM10.00.
Tahniah kepada rakan-rakan yang meneka dengan betul. Ada hadiah untuk anda. Sila hantarkan nama penuh, alamat dan nombor HP, e-melkan kepada salamiez@gmail.com.
Pemenangnya ialah:
18 comments
alaaaa tak menang lagi.... give up la takmo teka lagi hahahahah
BalasPadamTahniah mereka yang berjaya.
BalasPadamramai pemenang kali ni ye tahniah semuanya
BalasPadamMurah tu kat sini sekilo rambutan gula batu RM12. Tu pun mai dari siam.
BalasPadamtahniah kak ana.. dan yg lain. murah juga tu
BalasPadamYa Allah.. saya suka² je komen tu kaka amie sekadar meriahkan ruangan komen. Tak sangka pulak ada hadiah. Alhamdulillah
BalasPadamTahniah pemenang!
BalasPadamAlaaa... kita nak teka RM10 hari tu..
BalasPadamhihihi.....
PadamWah tahniah kepada yg meneka dgn tepat tu!! Nasib baik dpt makan rambutan kat opis tadi.. Kalau tak, mesti ngidam tgk rambutan kat sini haha
BalasPadamEh..betul pulak tekaan kali ni...
BalasPadamAlhamdulillah...
Wahhh..tahniah untuk semua yang meneka dengan betul 😊
BalasPadamHarga tu kira murah ke mahal kak Amie? Harga kawan-kawan mesti murah lagi berbanding di pasaran. Tak pernah beli rambutan lagi. Buah bermusim ni kadang jadi mahal. Tak sempat nak memeriahkan majlis kuiz.hehe..Tahniah untuk yang meneka tepat.
BalasPadamTerlepas lagi teka-teki. Tahniah yang dapat teka dengan tepat
BalasPadamtahniah semua..
BalasPadamtahniah buat peneka tepat👍👍👍
BalasPadamTahniah buat peneka yang tepat...mahal gak kat sana ye kak
BalasPadamwak teringat masa keje kat Qatar kemaren, harga rambutan camni RM30 sekilo .., huhu
BalasPadam