Sedapnya Peria Goreng Telur Masin

7:10 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Akhir-akhir ini Amie dan Encik Suami selalu makan tengah hari berdua di luar. Salah satu sebabnya sudah tentulah Amie tidak dapat luangkan banyak masa di dapur kerana balik ke rumah, banyak kerja hakiki yang perlu disiapkan terutamanya menanda kertas peperiksaan percubaan SPM di samping laporan dan kerja-kerja online yang lain. Pendek kata, dapur kami berpindah-randah ke sana dan ke mari.

Kami memilih kedai makan atau restoran yang memberikan perkhidmatan yang cepat, dan sudah tentunya hidangannya sedap! Antaranya ialah Restaurant Ocean Seafood. Restoran ini letaknya di tepi laut. Keadaannya tenang dan santai, serta luas. Namun begitu, kalau hendak makan pada waktu malam, kenalah tempah awal-awal sebab sentiasa penuh. 

Minggu lepas kami makan tengah hari di sini. Waktu siang, pelanggan tidaklah sesak seperti waktu malam. Kalau sudah sampai sini, sudah tentulah Amie hendak meratah Peria Goreng Telur Masin!

Peria Goreng Telur Masin

Chinese Tea

Antara menu yang kami pesan:
  • Nasi Putih
  • Nasi Goreng Kampung
  • Peria Goreng Telur Masin
  • Isi Ikan Halia Bawang
  • Otak-Otak
  • Sup Isi Ketam
  • Chinese Tea
Nasi Goreng Kampung Ocean Seafood

Biasanya Nasi Goreng Kampung ada ikan bilisnya, tetapi di Restaurant Ocean Seafood Nasi Goreng Kampungnya menggunakan bahan perencah seperti telur, udang dan sotong. Ada sayur kangkung dan hirisan cili padi.

Sup Isi Ketam

Kali ini Encik Suami hendak hirup Sup Isi Ketam. Kita ok saja.

Sup Isi Ketam


Isi Ikan Masak Halia Bawang ini sangat sedap. Senang nak makan sebab tak ada tulang. Ada pilihan sama ada hendak masakan seekor ikan, atau isinya sahaja. Kami memilih isinya sahaja.

Otak-Otak


Kita pun meratahlah Peria Goreng Telur Masin sehingga licin!


Encik Suami kata Otak-Otak sangat sedap. Oleh kerana kita fokus Peria Goreng Telur Masin, jadi kita hanya makan tiga keping Otak-Otak sahaja. Selebihnya Encik Suami habiskan.

Nasi Goreng Kampung Ocean Seafood memang sedap, tapi kita tak dapat nak habiskan sebab kita nak habiskan Peria Goreng Telur Masin. Jadi, Encik Suamilah yang bantu selesaikan.

16 comments

  1. takpernah lagi try peria goreng telur masin, menarik jugak tu

    BalasPadam
  2. Paduan yang serasi, peria dan telur masin. Tapi saya tak biasa makan peria. Telur masin saya suka makan.

    BalasPadam
  3. Aduh, kalau sy ada, mahu kena order dua pinggan peria goreng telur masin.

    BalasPadam
  4. Nampak macam guna peria yang panjang tu ya. Biasa kat sini peria katak yang digoreng tepung tu. Bolehlah lain kali try peria telur masin pula.

    BalasPadam
  5. Belum pernah lg try peria grg telur masin tu.. teringin pulak.. ns grg tu mungkin signature kedai ocean seafood tu kn?? Sbb letak seafood instead of ikan bilis

    BalasPadam
  6. Menariknya peria goreng telur masin..
    Kalau dapat korek resipinya..mohon dikongsi yer cikgu🤭

    BalasPadam
  7. wak dh lama mkn nasi goreng kampung nihh.. huhuhu

    BalasPadam
  8. mesti dah tak rasa pahit kan peria tu?

    BalasPadam
  9. apa2 yg digoreng telur masin mmg sedap. teringin pulak nak merasa peria goreng telur masin tu yummyyy

    BalasPadam
  10. sy membayangkan kalau lauk peria ni dicicah dgn sos vietnam roll tu😁

    BalasPadam
  11. kalau disini peria celup tepung restoran mamak tu pun dah sedap yang ini mesti lagi sedap

    BalasPadam
  12. menggoda betul peria telur masin tu aritu akak dah share kan, pastu kan otak-otak tu bawah dia ada sos nya ke kak yang warna putih tu?

    BalasPadam
  13. Saya terus google peria .tengok kat imej ada banyak gambar...tapi dalam banyak-banyak...gambar peria goreng telur masin Restoran Ocean Seafood juga paling win..Nampak gambarnya sama sebiji macam pic cikgu ni..pasti mereka ada sop sendiri dalam penyediaan sebab nampak kemas dan menarik hasilnya..terliur dibuatnya..

    BalasPadam
  14. Nasi goreng kampung ocean seafood tu nampak sedap betul kak amie...lapar perut SA

    BalasPadam
  15. Peria goreng telur masin tu nampak paling mengujakan sebab dekat sini selaunya peria digoreng tepung atau peria tumis telur je yang perna Sha jumpa.. Satu lagi, dekat otak-otak tu ada kuah eh kak amie?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe