Belum Jemu Makan KFC Spicy Smoky Crunch

4:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masuk waktu asar dijadualkan pada pukul 3:13 petang. Kita suruh Firdaus mandi, sebab badannya berpeluh-peluh dan kotor buat pelbagai jenis senaman di halaman rumah. Lepas mandi, bolehlah terus solat. 

Tapi Firdaus kata: Mommy, sebenarnya Daus masih lapar! Daus tak kenyang makan nasi kuning!

Bunyinya macam orang kebuluran!

Kita sahut : Sayang Mommy telefon Abang Farid. Minta tolong Abang Farid order makanan.

Cepat-cepat Firdaus telefon Abang Farid.
Kita dengar sahaja perbualan abang dengan adik ini.

Abang belikan Daus ayam tiga ketul ya!
Belikan kentang goreng sekali.

15 minit kemudian, abang angkat Abang Farid (Foodpanda) sampai di depan rumah.  Firdaus bukan main gembira menyambut bungkusan KFC.

Kita tanya: Sayang Mommy dah mandi belum?
Jawab Firdaus: Ok. Ok. Daus mandi sekarang. 

Bungkusan KFC dihulurkan ke tangan kita, dan budak kecil itu terus capai tuala dan masuk ke bilik air. Kita sempat baca mesej yang dihantar Abang Farid: Kentang goreng tak ada. Saya belikan cheezy wedges.

KFC Spicy Smoky Crunch + Whipped Potato + Fanta Strawberry + Cheezy Wedges



Walaupun kita tidak berhasrat untuk makan KFC Spicy Smoky Crunch, tetapi aroma salai yang kuat dengan dengan rempah ratus Portugis itulah yang menggoda selera kita! Bijak pula budak kecil itu minta Abang Farid belikan tiga ketul! Bolehlah Mommy dia cuit sedikit.


Setakat ini belum ada rasa jemu menikmati KFC Spicy Smoky Crunch. Mungkin hanya makan seketul sahaja, jadi memang rasa sangat sedaplah sehingga menjilat bibir! Terima kasih Abang Farid.

18 comments

  1. Sedap KFC Spicy Smoky Crunch ni. Syu baru repeat order lagi semalam 😋.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap kan Syu. Terasa rempah dan salainya.

      Padam
  2. boring kalo order KFC kat Jakarta sini makcik sbb selalu set ada nasi., huhuhu

    BalasPadam
  3. Uncle tak pernah cuba ni.... balik2 ori je.... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba Uncle. Ada beza rasa dengan yang ori dan yang yang hot and spicy.

      Padam
  4. Sy belum pernah cuba lagi perisa ni. Sedap ya? Lain kali boleh cuba la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita mulanya buat tak tahu juga apabila beberapa kali Abang Farid belikan Firdaus. Aromanya itu yang membuatkan kita cuba nak rasa! Eh, sedaplah pula.

      Padam
  5. Owhh.. sedap ya.. tak pernah order lagi. Kebiasaannya ambil ori atau spicy je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini masih rasa sedap pada tekak kitalah hehehee... tak tahulah akan datang rasa jemu pula. Tapi eloklah cuba, mana tahu tak ada lagi pada masa akan datang.

      Padam
  6. Seronok Firdaus dapat ayam KFC abg Farid belanja. Rasa ayam baharu ni susah nak jemu ye kak Amie. Pandai Firdaus order lebih, agaknya sorang seketul dapat macam tu :)

    BalasPadam
  7. Nak cuba juga la. Sejujurnya dah lama tak beli KFC. Sejak beberapa kali beli size ayam kecil dan kualiti rasa tak sama lagi macam dulu². Lagi frust bila coleslaw selalu je takde 😅.

    BalasPadam
  8. Alamak...saya belum try...
    Baca review ramai kata sedap...
    Macamana ni......hihihi

    BalasPadam
  9. Kalau tak jemu makan ulang tu maksudnya memang sedap lah kan

    BalasPadam
  10. Saya belum berpeluang cuba lagi, kak. Ramai yang kata sedap! 😊

    BalasPadam
  11. sedapnya tengok cheesy wedges kak , dekat sini dah lama tak de menu tu... itulah bau nya menggoda sangat kan

    BalasPadam
  12. syu tak try lagi. hari tu beli kfc spicy biasa je. nampaknya nak kena cuba juga la..

    BalasPadam
  13. sayangnya tak lama ada ayam kfc ini...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe