Ulang Tahun Perkahwinan ke-28

10:28 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sepanjang hari ini suasana di rumah tampak ceria!
Apa tidaknya!
Hari Rabu petang, Amie bersama Encik Suami menunggu kepulangan Abang Farid di Airport Tawau. Walaupun lewat malam sampai ke LD, tapi hati gembira dapat bertemu anakanda. Esok Abang Farid akan turun mengundi, tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.

Fairuz pula, Encik Suami asyik bising kerana tidak tetap pendirian sama ada hendak pulang mengundi atau sebaliknya. 

Sebelum solat Jumaat, Encik Suami terima panggilan telefon dari anak buahnya di kampung. Katanya, Fairuz kirim kotak berisi bawang dari Kota Kinabalu. Kotak tersebut berada di rumah anak buah (adik ipar kita).Pesan Fairuz, kotak tersebut mesti diambil sebelum tiba waktu solat Jumaat. Kita pun terus beritahu Encik Suami, bawang di dapur sudah habis. Eloklah ambil kotak berisi bawang yang dikirim Fairuz itu. Entah apa mimpinya kirim bawang ke LD!

Encik Suami yang sedang bersiap untuk solat Jumaat bersama Abang Farid dan Firdaus terpaksa 'pindah' masjid dari bandar, solat di kampung.

Ketika kita sedang masak di dapur, Encik Suami telefon.
Katanya, bawang yang dikirim dalam kotak itulah Fairuz!

Aduhai!
Budak satu itu buat kejutan lagi!


Abang Farid dan Fairuz berbincang untuk sambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-28. Terima kasih anak-anak kerana sediakan kami makanan dan belikan kek. Fuad pula, hanya dapat bersama kami menerusi panggilan video sahaja.


Menu yang dihidangkan ringkas sahaja. Ada sayap ayam panggang, kentang goreng, coleslow, salad, macaroni, oren dan jus jambu batu.



Walaupun anak-anak pulang hanya untuk seketika, tetapi hati ini terus kembang berbunga-bunga!

15 comments

  1. Wah seronok semua dapat berkumpul.. Tambah meriah dpt sesama celebrate hari ulangtahun besday mak n perkahwinan mak ayah..!!

    BalasPadam
  2. Happya anniversary kak moga kekal bahagia hingga ke syurga.... Fairuz ni mmg rajin buat suprise ye heheheh. Bahagia betul bila anak2 ada dpt meraikan hari bahagia...

    BalasPadam
  3. Eppi annibersari
    Tahniah
    Ramainya menu sesedap

    BalasPadam
  4. Sweet nya surprise dari Fairuz! Seronok bila anak2 ada sama2 menyambut ulangtahun perkahwinan. Happy anniversary Kak Amie, semoga jodoh dengan encik suami kekal hingga ke syurga dan sentiasa aman bahagia :)

    BalasPadam
  5. Ya Allah, mummy dan babah pun boleh kena scam.. sabar je lah Fairuz.. tapi end up seronoklah dapat berkumpul dengan anak-anak.

    BalasPadam
  6. happy anniversary kak amie..sy pun duk fikir knp fairuz kirim bawang knp bukan kirim ikan..mesti besar kan kak kotak bawangnya..menjadi suprisenya hihi

    BalasPadam
  7. Kita dah agak, bawang tu la Fairuz, hahahaha. Pandai eh dia buat surprise.

    BalasPadam
  8. Selamat ulang tahun perkahwinan ke 28 Kak Amie dan suami. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Aamiin...
    Seronok dapat berkumpul. Pandai eh buat surprise kotak bawang rupanya Fairuz.

    BalasPadam
  9. Masyaa Allah...
    Pastinya menjadi kenangan yang manis untuk semua...
    Meriah betul sambutan birthday cikgu tahun ni..
    Alhamdulillah...rezeki dalam pelbagai bentuk

    BalasPadam
  10. Amboi, ringkas level kak Amie boleh tahan juga. hehe

    BalasPadam
  11. Bukan main happy Firdaus...Happy anniversary kak amie dan suami...

    BalasPadam
  12. Nakal sungguh ye Fairuz.. Ingatkan betul bawang rupanya diri sendiri..
    Alhamdulillah.. seronok bila dapat berkumpul dan meaikan hari bahagia begini..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe