Kerepek Pisang Kiriman dari Kanchong Darat, Banting.

10:15 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Operasi membersihkan gambar dari HP terus giat dijalankan. Terpandang gambar kerepek pisang! Tarikh gambar diambil pada 28 Mac 2022. Allahu Akbar! Ketika itu kita baru saja pulang dari Kota Kinabalu membawa beban kerja kurniaan Seri Paduka Baginda. Kita perlu beri tumpuan terhadap titah perintah yang diamanahkan.

Selain kerepek pisang, ada lagi makanan lain yang dikirim. Terima kasih sahabat kesayangan, Norliza Baharom di atas keikhlasan mengirim makanan ringan untuk kita. Yang kita ingat hanya kerepek pisang sahaja sebab sambil buat kerja, sambil mengunyah kerepek ini!

Teringat sewaktu kita mula-mula sampai ke Lahad Datu. Norliza rajin kirim pelbagai makanan ringan untuk kita. Katanya, jangan minta belacan ye... ahaks! Kita tidak panggil Norliza, tapi kita panggil dia Cikin. Entah mengapa melekat nama Cikin, dan Norliza sendiri memang memanggil dirinya Cikin apabila bercakap dengan kita. Hei... pandai-pandai saja tukar nama anak orang!

Kerepek Pisang.

Agaknya kerepek pisang apa erk... pisang tandukkah? Atau pisang helang? Atau pisang nangka?

13 comments

  1. Nampak macam pisang tanduk. Kalau x silap saya, pisang helang pun rupa dia lebih kurang macam pisang tanduk kan cikgu? Sedap kerepek pisang tanduk. Kawasan Banting memang tempat orang buat kerepek. Macam² kerepek ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...
      Macam pisang tanduk..
      Saya pun baru tahu ada pisang helang yang seakan pisang tanduk..
      Sedapnya lemak masin

      Padam
  2. Nampak gaya macam pisang tanduk tu cikgu.. kalau nangka biasanyalah diorang sagat serong sikit.

    BalasPadam
  3. Kita pun suka kerepek pisang masin ni..Dulu zaman muda suka kerepek pisang manis.dah tua suka yg masin pula..selera berubah2 kan🤭

    BalasPadam
  4. Mcm pisang tanduk... anak² sy mmg suka kerepek pisang ni kak... masin ke manis ke semua diorang suka... even cheese pn suka... sy prefer yg masin... dulu² masa muda suka yg manis... sama mcm mama cella jugak... hehehehe

    BalasPadam
  5. Kalau kerepek pisang nipah pun sodap. Bila buat kerja ada kudap-kudapan kerepek ni bestnya takde le ngantuk sambil buat kerja

    BalasPadam
  6. Memang laku keras ni
    kesukaannn kerwpek.pisangg

    BalasPadam
  7. oo pisang helang yg pendek sket dari pisang tanduk kan. rasa dia ala pisang nangka sedap

    BalasPadam
  8. Kalau dibelek belek gambar dalam handphone mesti ada idea nak update blog. Lama sudah berlalu tapi masih ingat lagi. Rezeki dapat kiriman kerepek pisang. Hihi..nama panggilan ni ikut suka je nak panggil apa asalkan tuan badan suka dan selesa dengan nama tu.

    First time dengar pisang helang. Pisang nangka mungkin? Pisang tanduk nampak macam kasar lagi. Ke?

    BalasPadam
  9. pisang tanduk rasanya tu kak... terus teringin nak buat kerepek pisang pulak

    BalasPadam
  10. Usah ditanya pisang apa...SA x tau jawapannya...hehehehe...apapun murah rezeki yang mengirim...

    BalasPadam
  11. favourite ni kerepek pisang. kalau makan, tak sedar tgk2 dah nak habis.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe