Cari Makan Sup Perut Ikan di Restaurant Ocean Seafood

9:20 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi tak sempat makan. Setelah selesai sesi pembelajaran di sekolah, kita solat zohor dan terus berkejar ke SMKS untuk beri ceramah bimbingan menjawab SPM. Kita minta tolong Encik Suami hantarkan kerana sekolah tersebut agak jauh masuk ke kawasan peneroka.
Sempat jugalah kami ambil Firdaus balik dari sekolah. Amie tak dengar apa-apa sewaktu kereta meninggalkan sekolah Firdaus. Amie terlelap dalam keadaan lapar!

Amie terjaga sewaktu Encik Suami berhentikan kereta di hadapan Restaurant Ocean Seafood. Rasa kembali bertenaga walaupun hanya terlelap seketika! Kalau terus balik ke rumah memang terus terbongkanglah jawabnya. Tak larat nak masak sebab terlalu letih! Kasihanlah budak kecil Firdaus yang sudah tentu lapar!

Amie hanya ingin minum fresh orange,  makan Mantou Goreng Udang Berkuah dan hendak meratah Peria Goreng Telur Masin sahaja. Firdaus pula mahu Udang Goreng Butter Kering. Dan yang lain, Encik Suami yang pilih termasuk Sup Perut Ikan, dan Isi Ikan Kerapu Kukus  Cili Padi. Hidangan yang dipilih semuanya bersaiz S, tapi nampak banyak pula isinya.


Firdaus nampak berselera menikmati hidangannya.

Sup Perut Ikan


Peria Goreng Telur Masin

Udang Goreng Butter Kering

Isi Ikan Kerapu Kukus Cili Padi

Jus Oren, Epal dan Milo Ais

Mantou Goreng & Udang Berkuah.

Mantou Goreng & Udang Berkuah


Kata Firdaus, semuanya sedap. Padahal dia hanya makan nasi dengan Udang Goreng Butter Kering dan hirup Sup Perut Ikan sahaja.

Esok kita sambung cerita lagi. 
Tidur dahulu, rehatkan badan dan rehatkan minda.

29 comments

  1. Tak nampak macam saiz single je menu tu kak, nampak banyak betul. Nikmat betul dapat makan bila dah lapar kan.

    BalasPadam
  2. Suka tengok Daus makan berselera betul dia ya. Dah lapar kan

    BalasPadam
  3. Firdaus tu tengah kira kunyah dia ke...? hehehhe

    BalasPadam
  4. nampak sedap2 menunya.
    Tak pernah pula jumpa sup perut ikan

    BalasPadam
  5. Firdaus boleh geng dengan anak dara saya si ayu, memang dia makan udang butter sahaja! Tapi semua dia kata sedap hahaha

    BalasPadam
  6. Itu yg bestnya di sabah... nk mkn seafood merata je... x kira siang mlm boleh mkn kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau duduk dekat-dekat laut memang senang nak dapat, tapi kalau duduk di pedalaman memang susah jaranglah nak dapat bekalan seafood yang fresh.

      Padam
  7. Perut ikan tu bahagian yang mana cikgu.. Gelembung dalam perut tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, yang gelembung putih tu.

      Padam
    2. saya baru nak tanya soalan sama. Tak pernah makan lagi

      Padam
  8. Sedapnya sup perut ikan...
    Kat Pulau Pangkor banyak jual perut ikan yang dikeringkan..
    Dulu saya ingatkan keropok sebab besar dan warna putih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu juga saya makan sup perut ikan tapi belum pernah masak sendiri.

      Padam
  9. sup perut ikan saya belum pernah dengar dan belum pernah rasa
    keluar pagi balik gelap ye kak penuh seharian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa Afzan, datang dapur Kak Amie boleh berkenalan dengan sup perut ikan.

      Padam
  10. Sampai terangguk2 tu makna sedap sangat ya, Daus. Nanti nak cubalah buat peria telur masin tu, nampak sedap pulak. Mantao ngan udang tak kurang godaannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap sangatlah tu.
      Peria telur masin tu tak pahit. Saya ratah sahaja. Mantou tu memang saya suka sangatlah.

      Padam
  11. sedapnya kak sup ikan tu mcm shark fin soup laaa

    BalasPadam
  12. Penat seharian mencari rezeki, petang reward diri dengan makanan sedap² kan cikgu.
    Memang nampak sedap betul semua menu tu.

    BalasPadam
  13. Menyesal tengok video tu..terus tergoda ngan Firdaus yang sedap mengunyah...dan- dan tu lapar perut SA...huwaaaaa...sedapnya sup perut ikan..lama x makan...

    BalasPadam
  14. Saiz S pun nampak banyak isinya.. Menarik mantou goreng dengan kuah udang..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe