Cerita Anak-Anak

8:36 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada 16 November 2022, bersamaan hari Rabu dan sempena hari ulang tahun Amie, kami bertiga bersama Encik Suami dan Firdaus bergegas ke Airport Tawau untuk mengambil Abang Farid. Abang Farid dijadualkan sampai pada pukul 7:15 malam. Selepas solat asar, kami ambil Firdaus dari sekolah dan terus bergerak ke Tawau, lebih kurang pukul 4 petang dari Lahad Datu.

Pukul 8 malam, kami bergerak dari Airport Tawau dan hampir pukul 10 malam, kami tiba di Lahad Datu. Amie teringat, sewaktu Abang Farid masuk keluar dari pintu lapangan terbang, ada sebuah beg kertas yang dijinjing. Masuk ke kereta, Abang Farid berkata:

Ini hadiah untuk hari jadi Mommy, kata Abang Farid sambil menunjukkan beg kertas yang dipegangnya.
Kita pun jawab: Terima kasih, bang.

Tetapi kita tidak ambil bungkusan tersebut. Sepanjang perjalanan, sekejap-sekejap kita tertidur, dan sekejap-sekejap terjaga. 

Sampai di rumah, Abang Farid beritahu:

Saya letak hadiah Mommy di atas meja.
Kita sahut: Ok bang.

Pada hari ulang tahun perkahwinan kami yang jatuh pada tarikh 18 November, Abang Farid dan Fairuz mengadakan jamuan ringkas untuk kami sekeluarga. Ketika itu Abang Farid berkata:

Kenapa Mommy tak buka hadiah ulang tahun yang saya bagi?
Saya beli di KLIA, cookies famous amos baru keluar dari oven.

Waktu itu barulah kita tersedar, kita terlupa hadiah tersebut!
Kita minta maaf dengan Abang Farid, dan kita terus buka bungkusan berisi Hazelnut Milk Chocolate  dan Chocolate Chip Famous Amos.

Rupanya orang yang memberi lebih teruja untuk melihat si penerima membuka hadiahnya. Barangkali, kegembiraannya berganda berbanding si penerima. Terima kasih Abang Farid. Kadang-kadang kita terleka, sehingga terlupa ada seseorang yang sedang ternanti-nanti untuk melihat kegembiraan kita. Bayangkan, dari KLIA Abang Farid menjinjing beg kertas berisi coklat dan cookies. Tentulah Abang Farid sangat berhati-hati kerana bimbang cookies akan pecah berderai.

Chocolate Milk Hazelnut & Chocolate Chip Famous Amos


Jom kita buka. Ada dua bungkusan berisi Chocolate Chip Famous Amos di dalamnya. Apabila kita buka kedua-dua bungkusan tersebut, keadaannya masih elok seperti gambar di bawah.

Chocolate Chip Famous Amos

Hazelnut Milk Chocolate


Terima kasih Abang Farid. Mommy sangat menghargainya dan Mommy sudah makan kedua-duanya.


Baki Chocolate Milk Hazelnut dan Chocolate Chip Famous Amos.


Salam sayang daripada Mommy dan Baba buat anak-anak yang jauh di mata namun sentiasa di hati kami. Setakat ini kita hanya paparkan gambar Abang Farid, Fairuz dan Firdaus sahaja. Mama Cella ada bertanya, apa khabar Fuad sekarang. Fuad khabarnya baik. Fuad terus bekerja di UMW Toyota selepas tamat praktikal. Awal bulan Disember nanti Fuad akan menghadiri majlis konvokesyennya di UTHM.



26 comments

  1. Selain untuk makan-makan, FA ni sesuai sebagai buah tangan sebab packaging cantik dan kemas.
    Wahhh.. Fuad nak konvo dah ya. Alhamdulillah sebelum konvo sudah dapat kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Faizah. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah.
      Rezeki Fuad, selepas tamat praktikal terus dapat kerja di situ. Biarlah dia cari pengalaman dulu.

      Padam
  2. Alhamdulillah tahniah Fuad. Wah nanti boleh raoun JB lah ye bila hadiri konvo Fuad. FA tu bestnya. Dulu kat alamanda ada kedai dia. Bila dia masak cookies dia emmm semerbak baunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Notie. Perancangannya memang begitulah, tapi tak pasti pula boleh sampai JB atau tidak sebab kami menginap di Batu Pahat.

      Padam
  3. betul kak saya pun selalu ternanti2 untuk lihat kegembiraan mak ayah kalau diberi sesuatu...
    mummy babah terbang ke Tanah Jauhar lah ye nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah Abang Farid beritahu perasaannya.
      In syaa Allah, kami akan terbang ke Tanah Jauhar.

      Padam
  4. Skrg ni kiosk FA kt mall selalu je xde stok cookies... lama dh x mkn

    BalasPadam
  5. kalau dana pun camtu, kalau balik kg belikan mak atau mil hadiah mesti nak diaorang buka dan tengok hadiahnya. Rasa puas hati bila yang diberi suka dengan pemberiannya tu. Sedapnya cookies famous amos tu, coklat bulat2 tu pun apa kurangnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Dana. Rasa teruja sangat nak tengok wajah gembira yang menerima.
      Memang sedap cookies famous amos tu.

      Padam
  6. Saya pula bergenang air mata bila cikgu sebut Fuad..macam dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. taip takdan habis tertekan publish...
      Adoiii...
      Nak tulis ..macam dia pula anak saya🤭🤣

      Padam
    2. Hihihi..kite pun tertanya², siapalah gerangan si dia tu 🤣

      Padam
    3. Saya pun rasa terharu apabila Mama Cella tanya tentang Fuad. Terasa rapat ukhuwah di antara kita, saling bertanya khabar dan ikuti perkembangan anak-anak.

      Padam
  7. wah nanti bulan depan ke Johor ye kak, jangan lupa nikmati semua makanan johor dengan sepuasnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Dana. Selalu tengok Dana dan SK share makanan di Johor. Terliur-liur terbayang-bayang lontong, nasi ambeng dan macam-macam lagi.

      Padam
  8. Seronoknya nak convo dah...SA baru nak hantar Dania 7hb nanti...dup dap dup dap dah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam sekejap masa berlalu, terbayang-bayang lagi konvo Farid, sekarang giliran Fuad pula. Harap urusan hantar Dania dipermudahkan.

      Padam
  9. Dah lama xmakan biskut FA.
    Kalau beri hadiah kepada orang lain, sangat berbesar hati kalau si penerima menyukainya 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bukan penerima sahaja yang gembira, yang memberi juga berganda perasaan terujanya.

      Padam
  10. wahhhh tahniah fuad👍👍👍maknanya kak amie blk malaya laa ya? semoga perjalanan akk sekeluargadipermudahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah balik Malaya. Amin ya Allah, mudah-mudahan segala perancangan berjalan lancar.

      Padam
    2. bolehlah pnjg kn langkah ke singapore nnt😉😀

      Padam
  11. Itulah kena tunjuk kegembiraan terima hadiah supaya orang yang memberi rasa hadiah dihargai.
    Hehe saya memang suka biskut dan coklat. Kalau saya buka pada hari diberikan, rasanya habis sudah makan. Tapi kadang-kadang rasa sayang jadi makan sekeping biskut atau sebiji coklat sehari.

    BalasPadam
  12. mesti Farid tak sabar nak tengok kak amie happy terima hadiah dia..

    BalasPadam
  13. Betul tu kak.. Moment paling bahagia bila melihat kegembiraan orang yang menerima hadiah kita..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe