Bismillahirrahmanirrahim.
Malam ini Amie kongsikan entri Antologi Cerpen Kanak-Kanak : Makanan Tradisional yang Memikat Rasa. Terima kasih warga kerja Penerbit SYFE Management dan penyelenggara serta editor Rashidah Abdul Karim kerana merealisasikan antologi cerpen kanak-kanak ini.
Antologi Cerpen Kanak-Kanak: Makanan Tradisional yang Memikat Rasa |
Firdaus dengan dua buah antologi cerpen: 1. Makanan Tradisional yang Memikat Rasa 2. Permainan Alam Kanak-Kanakku |
Untuk Antologi Makanan Tradisional yang Memikat Rasa ini, Amie ketengahkan makanan tradisi masyarakat Melayu Cocos iaitu Kerak Nasi Serondeng Ikan.
Kisahnya ringkas sahaja, tentang Azwa bersama keluarganya dari Kuala Lumpur pulang bercuti ke Lahad Datu, setelah dua tahun terperangkap dalam wabak Covid-19. Azwa menjuihkan bibir menunjukkan dirinya tidak berminat untuk mencicipi kerak nasi dan serondeng ikan. Nenek Azwa banyak menerima tempahan makanan tradisional Cocos ini.
Adik Azwa, iaitu Huda berminat untuk mengetahu lebih lanjut tentang pembuatan kerak nasi dan serondeng ikan. Huda membantu neneknya membuat serondeng ikan.
Amie turut kongsikan resipi serondeng ikan di dalam cerpen tersebut. Untuk lanjut bolehlah klik:SERUNDING IKAN VERSI COCOS.
Amie turut selitkan nilai murni berunsur nasihat di dalam cerpen ini. Misalnya teguran ibu terhadap sikap Azwa yang menunjukkan sikap tidak menghormati makanan tradisional. Walaupun tidak menyukainya, Azwa sepatutnya menunjukkan adab sopan yang baik.
Nenek berjaya memujuk Azwa untuk mencicipi kerak nasi dan serondeng ikan, Buat pertama kali, Azwa mengakui keenakan rasa kerak nasi dan serondeng ikan hasil air tangan nenek yang dibantu oleh ibu dan Huda.
Belum cuba, belum tahu.
Sudah cuba, barulah tahu sedap atau tidak. Betul tak?
Begitulah ceritanya!
Oh, baru teringat!
Ada rakan-rakan blogger yang hendak membeli cerpen kanak-kanak. Kebetulan pula, kelmarin syarikat penerbitan SYFE Management menawarkan jualan buku pelbagai genre dengan harga lelong. Amie kongsikan di bawah ini. Sesiapa yang berminat cepat-cepatlah klik pautan yang disertakan di bawah ini.
Ada rakan-rakan blogger yang hendak membeli cerpen kanak-kanak. Kebetulan pula, kelmarin syarikat penerbitan SYFE Management menawarkan jualan buku pelbagai genre dengan harga lelong. Amie kongsikan di bawah ini. Sesiapa yang berminat cepat-cepatlah klik pautan yang disertakan di bawah ini.
𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗟𝗘𝗟𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗚𝗘𝗡𝗥𝗘𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗔𝗪 𝗞𝗔𝗪 𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗟. 𝗦𝗘𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗥𝗠𝟱 - 𝗥𝗠𝟭𝟬 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗦𝗞𝗛𝗔𝗛
.
http://www.wasap.my/+601158643647/nakbelibukulelong
,
"𝗕𝗜𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟?"
Ya betul.
Genre-genre yang disediakan :
Anekdot
Cerpen
Puisi
Cerpen kanak-kanak
Buku panduan
Nak beli secara 𝗣𝗨𝗞𝗔𝗟 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗨𝗦𝗧𝗔𝗞𝗔𝗔𝗡 pun boleh!
Cikgu-cikgu perpustakaan ada yang borong buku dengan kami tau!
Untuk bacaan santai pun boleh awak. Tak ada masalah.
Nak walk-in boleh!
Beli secara dalam talian pun boleh!
Nak beli buku lelong?
Nak tanya-tanya dulu?
Klik pautan ini.
http://www.wasap.my/+601158643647/nakbelibukulelong
http://www.wasap.my/+601158643647/nakbelibukulelong
Tahniah puan.. Puan ada sama saya dalam group whatsapp Komuniti Menulis Penapadu kan? Perasan ada nama puan?
BalasPadamMenarik cerpen berkenaan makanan tradisi. Siap sertakan resepi, bolehlah pembaca mencuba.
BalasPadamTahniah Kak AMie, aktif menulis. Saya sudah tidak lagi. Hehe
BalasPadamMasyaa Allah hebatnya cikgu ..
BalasPadamBanyak nya hasil karya cikgu..
Semua bunyinya menarik..
Tqsm kak share link..
BalasPadamTeringat kerak nasi yang mak suka buat, dikeringkan lepas tu goreng dengan minyak panas makan cicah sambal kicap sedapnya. Banyak makanan kuih lama yang dana rindu ada di dalam buku ini kak. Tewol dengan abuk-abuk
BalasPadamKerak nasi, digoreng sedapnyee..serondeng ikan tu makan dengan pulut tentu sedap kan.
BalasPadamBetul itu kena rasa baru tahu sedap ke tidak.
BalasPadamKalau saya memang akan cuba.
menarik utk dibaca utk anak2 terutamanya menerapkan nilai2 harmoni
BalasPadamAlhamdulillah, banyak dah karya kak amie kan....bangga SA
BalasPadam