Orang Tamak Makan Bakso

2:42 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan cerita lama : BAKSO LAYAN DIRI LAHAD DATU

Cerita sebelumnya, kita makan di Bakso Layan Diri Kampung Bugis dengan Encik Suami. Cerita selanjutnya kita ajak kawan-kawan makan bakso di sini lagi.

Bakso Layan Diri

Pada mulanya Amie dengan Mas masuk ke warung. Jus dengan Nano masih mencari tempat letak kereta. Jadi kami memesan bakso terlebih dahulu. Oleh kerana hendak meratah bahan tambahan seperti kulit ayam goreng garing dan wantan goreng, Amie minta hidangkan dalam mangkuk yang berasingan. Mas pun ikut cara Amie. Selain bakso sup kaki ayam dan bebola daging, Mas minta sayap ayam goreng dan wantan goreng.



Ini bakso yang Amie pesan, tiga biji bebola daging dan lebihkan kaki ayam.


Ini pula aksesori tambahan yang Amie minta, wantan goreng dan kulit ayam goreng crispy yang hendak diratah-ratah.


Ini bakso yang Mas pesan. Mas minta bebola daging lebih, dan sedikit kaki ayam.



Mas minta tambahan sayap ayam goreng, kulit ayam goreng crispy dan wantan goreng. Tidak lama kemudian datanglah Jus dan Nano. Melihat hidangan kami sudah ada di meja, mereka pun memesan benda yang lebih kurang sama dengan kami, tetapi Jus dan Nano lebih memilih aksesori seperti bebola ayam. Kemudian kami pun memandang keliling. Pelanggan lain hanya mengadap semangkuk bakso, sedangkan kami empat orang dengan lapan mangkuk berisi bakso dan aksesori lainnya!

Nano tanya: Memang beginikah cara makan bakso di sini?

Kita jawab: Tidaklah. Kami sengaja memilih begini, minta dua mangkuk berasingan sebab selepas makan bakso, kami hendah meratah-ratah saja kulit ayam goreng crispy!

Nano: Laaa.... begitukah? Saya ingat memang kena orden dua mangkuk! Satu mangku bakso berkuah sup, satu mangkuk lagi bahan gorengan!

Inilah hidangan tengahari kami pada hari tersebut (tak ingat dah hari apa).



Meriah sungguh dunia masakan di negara kita. Macam-macam kita boleh rasa masakan daripada pelbagai kaum dalam rumpun yang sama. Alhamdulillah.

Terima kasih Mas sebab belanja kami makan. Kita yang ajak awak makan di sini, awak pula yang bayarkan hehehee....rezeki Allah. Nanti kita keluar makan sama-sama lagi ye Mas.

10 comments

  1. SA tengok pun buat selera SA terbuka kak Amie...sedapnyaaa...sup kaki ayam...aduhaiii....

    BalasPadam
  2. hehe. takde peraturan spesifik bila makan. janji kenyang dan tak membazir kan. goreng-goreng tu ala-ala side dish gitu

    BalasPadam
  3. Teringin pula nak ratah kulit ayam :D

    BalasPadam
  4. ini buak tamak... ini menikmati...

    BalasPadam
  5. Alooo....cedapnya bakso & kulit ayam tu...
    Adududu..mana nak carinkulit ayam goreng ni...terliur

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah rezeki percuma.
    Moga dimurahkan rezeki Puan Mas.

    BalasPadam
  7. Hehe.. meriah, baru puas makan. Lagi-lagi dengan kawan-kawan, tambah selera. :)

    BalasPadam
  8. Semua pun mengikut cara kak Amie. Sedap juga makan dengan cara macam ni. Yang tambahan tu kekal rangup jadinya kan tak campur dengan sup. Nak makan baru disekalikan. Sesekali jadi tamak, dapat nikmati makanan sedap cara kita sendiri.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe