Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (5) : Ayam Panggang & Australian Gourment Purple Potato

9:02 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini penghulu segala hari, hari Jumaat yang berkat. Salam Maal Hijrah, Awal Muharam 1444H. Mari kita tutup buku yang lepas dengan segala keinsafan, dan mulakan helaian hidup baharu dengan azam dan harapan ke arah yang lebi baik.
Dan moga diri ini akan terus beristiqamah membawa bekal sarapan pagi dari rumah ke tempat kerja.

Pagi ini Amie sempat siapkan bekal ayam dan kentang panggang. Ramai rakan tertanya-tanya, bagaimana Amie boleh siapkan bekalan di pagi hari dan dapat pula sampai ke tempat kerja di awal pagi. Menyiapkan bekal sarapan pagi tidak menyusahkan diri sebenarnya jika kita sudah merancang sebelum masuk ke bilik tidur. Misalnya, Amie sudah perap ayam dan simpan dalam peti sejuk. Keesokan paginya, seawal pukul 4 pagi, Amie terjaga dari tidur dan masak apa yang patut. Misalnya, pagi tadi Amie panggang kentang. Amie hanya rebus kentang setengah masak, dan kemudian panggang dalam air fryer. Ketika kentang dipanggang, Amie siapkan salad dan buah-buahan.

Setelah kentang masak dalam air fryer, Amie keluarkan dan kemudianmasukkan pula ayam yang telah diperap. Amie tinggakan dapur dan terus mandi. Keluar dari bilik air, ayam panggang sudah masak.

Pukul 4:52 pagi azan subuh kedengaran dari masjid. Selepas solat subuh, Amie terus menyiapkan diri. Ketika itu Firdaus pun sudah siap mandi dan memakai pakaian seragam sekolah. 

Selewat-lewatnya pukul 5:45 pagi Ame sudah keluar dari rumah. Firdaus pula akan keluar lebih kurang pukul 6 pagi bersama Encik Suami untuk ke sekolah agama.


Bekal Sarapan (5)

  • Ayam Panggang Air Fryer
  • Australian Gourmet Purple Potato - rebus & panggang
  • Salad : Romaine Lettuce + Tomato Ceri + Limau Mandarin
  • Buah : Aprikot, Kiwi, Blueberi & Limau Mandarin

Ayam Panggang & Kentang



Salad & The Gang

Aprikot, Kiwi, Blueberi & Limau Mandarin

Dengan paparan menu sarapan pagi dari dapur Amie ini, diharap dapat memberi inspirasi kawan-kawan untuk membawa bekal dari rumah. 

20 comments

  1. Balasan
    1. Sama-sama Wak, selamat menyambut maal hijrah.

      Padam
  2. Salam Maal Hijrah...
    Wah ..bukan sahaja menu dan resipi..Siap dengan jadual dan tips...Kalau lepas ni saya tak rajin juga nak buat bekal...tak tau la...🤭Terima kasih cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam maal hijrah Mama Cella.
      Tak rajin bawa bekal takpe, boleh makan di kantin hehehee.

      Padam
  3. Zaman sekarang bukannya perlu hidupkan api kayu nak memasak. Semua dah ada kemudahannya, tapi kalau lambat bangun, apapun tak jadi jugak, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Terlewat sikit bangun pagi, larilah jadualnya.

      Padam
  4. Rajin Puan Amie beli pelbagai buah. Kena beli selalu buat tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah memang wajib ada, kami beli seminggu sekali.

      Padam
  5. Selamat bersarapan dengan bekal yang cantik dan kiut

    BalasPadam
  6. makanan sihat tu...salam Maal Hijrah Amie

    BalasPadam
  7. Suka jugak bawak bekal tapi tak serajin ini.. Pusing-pusing nasi goreng, kuey tiow, bihun, mi. Huhu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe