Sambal Ikan Gelek Resipi Mak Mentua

8:20 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi sambil cerita masak-masak di dapur. Hari ini makan nasi lauk lebihan Sambal Ikan Gelek yang Amie masak kelmarin. Setelah dipanaskan dan makan dengan nasi putih, rasanya lebih gurih. Keluarga sebelah Encik Suami suka gunakan perkataan 'gurih' untuk merujuk kepada keenakan rasa makanan.

Sambal Ikan Gelek


Ikan Gelek @ Kerapu

Sebenarnya agak lama juga simpan ikan gelek yang Encik Suami beli di pasar. Ikan gelek dikenali juga dengan nama ikan kerapu. Orang Cocos memanggilnya sebagai ikan gelek terutamanya yang berwarna merah. Menurut arwah MIL dan FIL, ikan ini mendapat gelaran 'gelek' oleh penduduk Pulau Cocos kerana suka berenang-renang di tepi jukung sambil menggelek-gelekkan ekornya yang merah. Oh ya, jukung bermaksud perahu atau sampan dalam bahasa Melayu Cocos.

Masakan istimewa untuk ikan gelek sudah tentulah masak sambal. Terlebih istimewa kerana di akhir masakan, MIL akan tuangkan jus limau nipis. 

Limau nipis


Jom kita lihat resipi tinggalan arwah MIL di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan gelek @ kerapu  - bersihkan dan potong 2 jika suka
  • 2 biji limau nipis - perah jusnya
  • minyak
  • garam & perasa pilihan
  • serbuk kunyit
  • 3/4 cawan air
Bahan kisar:

  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • sedikit belacan - pilihan
Cara:

  1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Ketepikan.
  2. Tinggalkan empat sudu besar bekas minyak gorengan ikan dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ikan. Tambahkan air.
  4. Biarkan masak mendidih selama 4-5 minit.
  5. Setelah pecah minyak sekali lagi, taburkan garam / perasa pilihan.
  6.  Akhir sekali masukkan perahan air limau.
  7. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
Sambal Ikan Gelek

6 comments

  1. pertama kali saya kenal ikan ni, pelik sikit warna kulit ikan ni kak amie..tp ikan yg goreng garing2 buat sambal mmg sedap!

    BalasPadam
  2. Boleh bayang keenakkan ikan gelek ini. Mula-mula tengok gambar ikan macam talapia juga.

    BalasPadam
  3. Tak pernah nampak lagi kerapu merah ni.. spesis kayangan gamaknya ni.

    BalasPadam
  4. Oh ikan gelek namanya...Selalu nampak cikgu banyak guna jus limau dalam masakan bersambal..pasti harum segar baunya

    BalasPadam
  5. Kalau suami gi mancing.. selalu juga sesat ikan kerapu ni ... selalu goreng garing je..sebab tak reti masakkan yang sesuai dengan nya

    BalasPadam
  6. Macam best pulak guna perkataan gurih tu. Cantik tengok warna dan corak ikan kerapu tu. Sambal kalau sedap buat bertambah makan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe