Daging Rusa Masak Kari

5:47 PTG

Bismillahirrahamanirrahim.
Kali ini Amie kongsikan resipi Daging Rusa Masak Kari, salah satu lauk juadah di pagi Aidil Adha.  Walaupun hanya masak sekilogram daging rusa sahaja, tetapi masih berbaki sehingga ke hari ini. Apabila ahli keluarga semakin mengecil jumlahnya, sentiasalah ada lebihan masakan. Jadi bolehlah disimpan dalam bekas-bekas kecil dan disejukbekukan. Apabila hendak makan, keluarkan dan  nyahbeku sahaja sebelum dipanaskan kembali.

Seperti biasa, sentuhan akhir masakan kari sudah tentulah ikut cara MIL iaitu dengan menuangkan jus limau nipis ke dalam masakan dan kemudiannya kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.

Daging Rusa Masak Kari


Bahan-bahan:
  • 1 kilogram daging rusa - potong ikut ketebalan / lebar yang diingini
  • 5 biji kentang - kupas kulit - belah 4
  • 250 ml santan pekat
  • 1 liter santan cair
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 pelepah daun kari - dilurut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • garam / gula  / perasa pilihan
Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis kacau hingga naik bau.
  3. Tambahkan serbuk kari, serbuk cili dan daun kari. Jika terlalu kering, masukkan sedikit santan cair.
  4. Masak sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging rusa. Gaul sebati. Gunakan api perlahan.
  5. Masukkan santan cair dan masak hingga daging rusa hampir empuk.
  6. Kemudian masukkan kentang. Setelah daging rusa dan kentang empuk, tambahkan pati santan.
  7. Terus masak dengan api perlahan hingga pecah minyak sekali lagi.
  8. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  9. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Daging Rusa Masak Kari

Sebentar lagi selepas solat maghrib, kami hendak bersiap-siap ke rumah kakak ipar. Majlis bacaan Yasin sebagai acara mingguan keluarga diteruskan. Jumpa lagi.

16 comments

  1. Sedapnya daging rusa..
    Teringan cerita Pak Pandir..Bila Mak Andeh suruh cari belalang rusa nak buat umpan memancing...Pak Pandir tangkap rusa nak buat umpan...🤣

    BalasPadam
  2. sesungguhnya uncle tak pernah makan daging rusa!

    BalasPadam
  3. Masakan eksotik ni. Saya belum pernah makan daging Rusa.

    BalasPadam
  4. senang dapat daging rusa eh cikgu amie.. seingat saya makan daging rusa ni masa kecil dulu bila abah berburu.

    BalasPadam
  5. belum pernah mkn daging rusa...

    BalasPadam
  6. Seingat ingat masa zaman sek penah mkn he hee masa tu jiran dpt hasil memburu, lamaanya x mkn daging rusa ni dah

    BalasPadam
  7. sedapnya kak, dana tak pernah masak daging rusa kalau makan pernah la heheheh

    BalasPadam
  8. Pernah sekali tak silap LeYa makan daging rusa... memang sedap

    BalasPadam
  9. sedapnya tgk masakan kak amie..berselera saya :)

    BalasPadam
  10. Susah jumpa daging rusa ini tapi pernah makan.

    BalasPadam
  11. Dah lebih 20 tahun rasanya sy tak makan daging rusa. Sedap lagi dari kambing, kan Kak Amie.

    BalasPadam
  12. Sedapnya, kari daging rusa! Saya masak kari, letak air asam jawa. Nanti nak cuba letak jus limau nipis. Lagi-lagi tumis dengan minyak sapi mula-mula, harumnya bau, sampai ke sini. :)

    BalasPadam
  13. dahsyat kak Amie makan rusa di pagi raya. hehe

    BalasPadam
  14. Sedapnya daging rusa. Suka kelembutan daging rusa tanpa lemak. Tapi itulah, susah nak jumpa dan harga boleh tahan mahal juga. Setandinglah dengan kualiti daging. Mesti sedap masakan ikut cara orang lama.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe