Sarapan Bihun Goreng Telur & Kuih Nagasari

10:20 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu kembali di dapur maya, tempat melepas segala penat dan lelah dan gundah gulana. Selamat berhari minggu dan menikmati cuti bersama keluarga (walaupun sebenarnya terpaksa angkut bawa balik ke rumah kerja-kerja haikiki yang entah sampai bila akan berakhir kecuali apabila tiba saat bersara nanti).

Hujan dari petang kelmarin, membawa suasana dingin hingga ke pagi dan terlajak bangun pagi. Dalam mimpi nampak hidangan roti dan telur separuh masak di atas meja. Apabila terjaga, Encik Suami minta gorengkan bihun. Sedang rendam bihun, kedengaran suara jiran sebelah memberi salam. Samlam disambut, dan Alhamdulillah! Rezeki di pagi minggu dapat sepiring kuih nagasari yang masih panas. 

Kita terus siapkan bahan untuk goreng bihun. Kita hanya gunakan 1/2 bungkus bihun saja. Maklumlah hanya makan bertiga. Kalau boleh, tidaklah mahu masak terlebih-lebih. Oleh kerana sudah agak lewat untuk nyahbeku isi ayam, jadi kita gunakan perencah telur sahaja. Sedaplah pula Bihun Goreng Telur! Lagilah apabila ditambah dengan kicap lada.


Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus bihun - rendam dengan air biasa sehingga lembut
  • 1 pokok sawi - hiris /potong ikut suka
  • 1/2 batang lobak merah - sagat
  • 2 biji telur - pecahkan dan pukul ringan
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan bawang besar cincang hingga lalu. Tolak ke tepi kuali.
  2. Tuangkan telur dan biarkan seketika dan kemudian kacau-kacau. Tolak ke tepi kuali juga.
  3. Masukkan lobak merah dan sayur sawi. Gaul sekali bersama bawang dan telur.
  4. Setelah sayur sawi layu, masukkan pula bihun.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan dan juga lada putih.
  6. Gaul rata.

Kuih Nagasari

11 comments

  1. Wahhh.. rezeki berganda ni Kak Amie, ada Bihun dengan Kicap Lada serta Nagasari. Terus terlupa hidangan roti dan telur separuh masak di atas meja dalam mimpi tu, hihi.

    BalasPadam
  2. Rezeki pagi. Hati suka ada orang beri kuih untuk tambah makna dengan mihum goreng.

    BalasPadam
  3. tempat bihunnya cantik sangat kak amie...mbul kemlecer liat bihunnya, pengen sarapan pake bihun yang full kobis...juga kue nagasari isi pisang, dimakan habis dikukus terasa hangat dalam perut. yummy!!!!!

    BalasPadam
  4. saya suka bihun putih penuh sayur macam ni... tp suami suka bihun merah

    BalasPadam
  5. Sedapnya bihun..saya suka bihun Singapore.... Eh Nagasari pun dapat..Syukur ada jiran yang pemurah..hehe..

    BalasPadam
  6. Sedapnya tengok bihun Amie masak. Rezeki, jiran bagi kuih. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  7. uenak masak bihun dikasih telur

    BalasPadam
  8. Macam terbau aroma daun pisang kuih nagasari yang masih panas.Mihun rencah telur pun sedap bila dah lama tak bermihun kan🤭

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah rezeki kak Amie dapat suami yang tak kekok menolong di dapur. takdelah penat sangat

    BalasPadam
  10. Rezeki dapat kuih nagasari. Kadang macam tu lah kak Amie. Malas nak tunggu thawing ayam, guna rencah telur pun jadilah. Sedap jugak kan. Sedap style masakan bihun Kak Amie. Memanng sedap makan dengan sambal kicap. Baru ngam pedasnya.

    BalasPadam
  11. sampai ke harini lepas 18 tahun kawin...ammi tak reti kalau dah goreng telur tu pastu tepikan kat kuali.. mesti ammi keluarkan je terus dari kuali pastu nanti masuk semula. sbb pernah cuba tepikan...masa nak tumis rencah bawang bagai tu ehhhhhh terkacau sekali juga

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe