Jalan-Jalan Cari Makan di Taste Two Coffee House Tawau

8:42 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin petang kita sakit gigi. Setelah makan ubat, kita tertidur tetapi setelah bangun pada sebelah malamnya masih rasa berdenyut-denyut. Kita pun telan ubat lagi dan sambung tidur di ruang tamu. Firdaus tolong selimutkan kita.
Kita jarang bermimpi waktu tidur, tetapi malam tadi kita termimpi Fairuz datang peluk-peluk kita. Badannya tidaklah gempal seperti sekarang. Kita terlihat Fairuz dalam usia kira-kira 15 tahun, nampak langsing saja.

Mungkin kita rindu sebab sudah lama tidak berjumpa. Sehari sebelumnya kami berbual melalui telefon dan Fairuz bertaya, bila lagi kami akan ke Kota Kinabalu?

Apabila terjaga di waktu subuh, kita teringat-ingat mimpi itu.

Selepas solat subuh Encik Suami tanya: Nak ikut ke airport Tawau tak? Hari ini kakak balik.

Oh, baru teringat. Kakak ipar telah sampai ke Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur dan sebelumnya terbang dari Jeddah. Kakak ipar sudah selesai menunaikan fardu haji.

Oleh kerana sakit gigi sudah berkurangan, kita pun akur saja. Kebetulan pula Firdaus kena menghadiri kokurikulum dan sebaik sahaja tamat aktiviti pada pukul 11 pagi, kami pun terus bertolak ke Tawau. Sepatutnya ke Airport Tawau, tetapi anak buah sudah pesan supaya terus ke Tawau untuk makan tengahari. Pesawat Air Asia yang kakak ipar naiki dijadualkan mendarat pada pukul 2:45 petang.

Mimpi tentang Fairuz, kita bawa dalam ingatan sepanjang perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau. Kita cerita dengan Encik Suami, dan kita kongsi mimpi kita dengan adik ipar dan biras yang sama-sama dalam kereta kami.

Chicken Teriyaki Fried Rice

Kami bertemu anak-anak buah di Taste Two Coffee House. Anak-anak buah dari Kota Kinabalu dan Lahad Datu bermalam di Tawau sejak kelmarin.


Sewaktu kami tiba di restoran, anak-anak buah sudah duduk menunggu dan mereka duduk di belakang meja kami. Pada ketika itu kita terpandang Fairuz! Eh!, terus kita peluk dia sambil berkata: Malam tadi Mommy mimpi adik! Rupanya nak jumpa adik di sini. Kenapa tak bagi tahu adik ke Tawau?

Kami semua nak buat 'prank' untuk Mommy dan Baba, kata Fairuz.
Tapi tak jadi.
Kami belum sempat menyorok, Mommy dah sampai ke meja!

Allahu Akbar!
Berprank pranklah pulak!

Bersama Fairuz, mimpi jadi kenyataan.

Fairuz dan Haziq (sepupunya) naik bas ekspress dari Kota Kinabalu ke Tawau. Naik bas pukul 7:30 malam dan sampai ke Tawau pukul 5:30 pagi. 10 jam lamanya duduk dalam bas! Boleh jew turun di Lahad Datu, tapi sebab nak buat kejutan itulah sanggup teruskan perjalanan hingga ke Tawau dan terus berehat di hotel tempat anak buah menginap.

Barangkali ada telepati di antara anak dan ibu. Naluri keibuan sangat kuat hingga terbawa dalam mimpi! Allahu Akbar.


Elok jew Fairuz duduk di hujung, dan tak sempat sembunyi apabila kita masuk dan lalu di sebelahnya.

Bersama anak-anak buah.

Firdaus and the gang.

Firdaus dan Aiman.


Minuman yang dipesan sudah sampai ke meja kami. Tengahari begini memang sedap sungguh dapat hirup jus buah. Amie memilih jus tembikai.


Encik Suami memesan jus buah epal hijau.

Egg Yolk Shrimp Kuey Teow

Kita makan Egg Yolk Shrimp Kuey Teow.  Nampak macam sedikit, tapi apabila semua sudah masuk perut, dan minum jus tembikai memang buncit perut kita... ahaks. Itu belum ditambah kek dan fried shrimp gyoza.

Chicken Teriyaki Fried Rice

Ayam Penyet with Nasi Lemak

Fried Shrimp Gyoza


Seronok tengok Encik Suami dan adik ipar rebut-rebut makan gyoza!
Tak cukup makan sepiring, pesan lagi dua piring!


Haiiyoooo! Sudah kenyang makan, disorong pula dengan sepotong kek!


Rezeki jangan ditolak!
Alhamdulillah.

Aiman hanya makan milo dinasour.


Firdaus pula mencari kentang goreng. Apabila kita cadangkan chicken chop, bukan main suka lagi dia. Terima kasih buat Abang Aznan kerana belanja semua mak bapak saudara, adik-beradik dan anak-anak buahnya. Moga rezeki Abang Aznan berlipat ganda. Amin.

Selesai makan, kami terus menuju ke Lapangan Terbang Tawau untuk menyambut kepulangan kakak ipar.
 


Tumpang selit bergambar bersama kakak ipar yang baru pulang dari tanah suci Mekah. Semoga mendapat haji yang mabrur. In sya Allah.



15 comments

  1. tengok gambar makanan sahaja sudah terliur ...mesti sedp ini

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kejutan rindu kasih sayang terharu baca n3 amie

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah....
    Semoga para jemaah mendapat haji yang mabrur...
    Beberapa hari lepas terlintas dalam fikiran,lama dah tak nampak pic abang2 Daus..
    Apa khabarlah agaknya Abang Farid dan kakak Aseeyah?
    Fuad dan Fairuz...
    Daus sebab selalu nampak dalam post
    Hihihi..

    BalasPadam
  4. Hehe ingatkan kakak ipar dah ada waktu makan di cafe.
    Rupanya mimpi Fairuz bermakna jumpa Fairuz.

    BalasPadam
  5. Kalau kena prank macam tu banyak kali pun ok sebab dapat jumpa anak-anak.

    BalasPadam
  6. Kalau SA mesti dah nangis dah tu jumpa org yang dah lama x jumpa...cengeng skit SA ni

    BalasPadam
  7. Memang kuat naluri seorang ibu, sampai membawa dalam mimpi. Alhamdulillah, seronok dapat jumpa anak yang duduk jauh.
    Sedap tengok segala jenis hidangan. :)

    BalasPadam
  8. rindu sangat sampai termimpi2 ya kak, mujurlah si anak pun macam tahu si ibu rindu. Sedap tengok semua makanan, lagilah makan beramai-ramai kan sambil borak sambil makan itu sampai tak cukup hehehhe

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, Allah bagi petunjuk dalam mimpi, mommy akan jumpa Fairuz..

    BalasPadam
  10. Masha Allah, kuat betul firasat seorang ibu ye. Bestnya makan2 dgn family, nampak sedap2 menu tu.

    BalasPadam
  11. Comel betul kejutan yang dibuat Fairuz. Betul lah tu, naluri ibu dan anak memang kuat. Sedapnya makan ramai-ramai. Lagi sedap bila orang belanja

    BalasPadam
  12. Mula tu nak sedih sebab kak Amie mimpi Fairuz sebab rindu lama tak jumpa. Tak sangka mimpi jadi kenyataan. Alhamdulillah. Syukur, terubat rindu...berpranklah pulak dia, tapi tak jadi. hehehe... Dalam masa yang sama rezeki dapat jumpa yang lain dan makan bersama.

    Semoga cepat baik sakit gigi kak Amie.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe