Rendang Ayam di Aidil Adha

6:40 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi terbau aroma Aidil Adha walaupun sambutan sudah masuk hari keempat!
Kali ini memang terasa sunyi kerana hanya kami tiga beranak sahaja yang menyambutnya. Memandangkan kesibukan menyiapkan banyak tugas hakiki, tidak sempatlah untuk membeli pelbagai persiapan memasak. Pandai-pandailah Encik Suami membeli apa yang patut. 

Jadinya, di pagi raya terhidanglah sedikit juadah termasuk nasi himpit, rendang ayam dan rusa masak kari. Pada mulanya hendak masak rendang daging lembu, tapi di saat akhir merendang ayam pula! Sesungguhnya hati manusia memang sentiasa berbolak-balik! Hari ini merancang lain, esok lain pula hasil kejadiannya.

Ayamnya pula tidaklah banyak yang diolah. Cukuplah seekor. Itu pun hampir 2 kg beratnya. Maklumlah Encik Suami pilih ayam gemuk. Bolehlah tukar-tukar juadah dengan jiran. 

Selepas solat raya, kami berkunjung raya ke rumah saudara mara pula.

Rendang Ayam


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - potong ikut saiz yang disukai
  • 1 liter santan pekat
  • 3 sudu besar kerisik
  • 3 helai daun kunyit - dihiris
  • 3 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 1/2 cawan gula melaka parut
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • garam / perasa pilihan secukupnya


Bahan kisar:
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup
  • 5 batang serai - hiris
  • 15 tangkai cili kering

Cara:
  1. Tuangkan santan ke dalam periuk / kuali.
  2.  Masukkan semua bahan kisar.
  3. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, gula melaka, pati asam jawa, kerisik dan garam /perasa pilihan secukupnya.
  5. Masak bahan rendang dengan menggunakan api sederhana dan kacau sekali-sekala supaya tidak hangus.
  6. Apabila ayam telah empuk dan pecah minyak, masukkan hirisan daun kunyit dan limau purut.
  7. Jika suka kuah basah, tidak perlulah tunggu sehingga kuah mengering. Cukuplah sekadar daun kunyit dan daun limau purut menjadi layu. Bolehlah padamkan api dapur.

Rendang Ayam

14 comments

  1. Sedapnya lah Rendang Ayam Kak Amie nie..

    BalasPadam
  2. Sal Aidiladha Cikgu Amie...
    Nampak sedapnya rendang ayam...kalaulah ada buras..🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bawa juga sedikit rendang ayam ke kampung, rumah adik ipar. Dapat makan dengan buras di sana.

      Padam
  3. Nampak sedapnyer rendang ayam tu
    pn is3 wak merendang kambing

    BalasPadam
  4. Bahan rendang kita sama, cara aje lain. Nanti sy nak ikut seratus peratus resepi Kak Amie ni sebab biasa main campak2 jer. Nampak sedap sangat tu rendangnya lagilah kalau ayamnya gemuk, hihi.

    BalasPadam
  5. bertiga je ye kak, tapi tetap kene ada masak menu raya kan kak baru meriah sikit

    BalasPadam
  6. Menu wajib raya ni rendangg ayam
    Sb mkn dgn nasi putih pun sedapp

    BalasPadam
  7. Ooo, Amie tak tumis pun masak rendang ni. Macam buat masak lemak pulak. Lain kali, bole ikut. :)

    BalasPadam
  8. Sedapnye rendang ayam tu. Dah lama tak merendang. Nak buat juga la nanti 😊.

    BalasPadam
  9. sedapnya. saya suka rendang banyak kuah macam ni

    BalasPadam
  10. Banyak ayam yang direndang tapi takpe boleh ulang-ulang makan.

    BalasPadam
  11. Pekat memikat rendang kak Amie. Samalah Kak Amie, saya pun sambut berempat je dengan mak abah kat kampung. Masakan pun sikit je. Ada rendang tu dah kira rayalah tu :)

    BalasPadam
  12. Pekat memikat rendang kak Amie. Samalah Kak Amie, saya pun sambut berempat je dengan mak abah kat kampung. Masakan pun sikit je. Ada rendang tu dah kira rayalah tu :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe