Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (6) : Keledek & Jagung Rebus

3:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Amie kongsikan lagi gambar bekal sarapan pagi yang masih tersimpan di dalam folder. Mana tahu ada rakan-rakan yang berminat untuk kongsi idea. Ada gambar yang tak berapa jelas, dan berbayang disebabkan cahaya lampu di pagi hari. Maklumlah photographer amatur.

Paparan bekal sarapan pagi yang Amie kongsikan ini hanyalah ubi keledek dan jagung rebus. Orang LD panggil keledek dengan nama ubi manis atau ubi rambat. Bahan salad terdiri dari  yumak dan romaine lettuce, ditambah telur rebus dan tomato ceri. Amie tambahkan kewpie roasted sesame dressing. Dua jenis buah yang Amie bawa iaitu buah betik dan hirisan buah rockmelon.

Oleh kerana Amie makan beberapa potong buah dan salad telur di awal pagi, perut rasa kenyang apalagi setelah ditambah minuman. Bekal selebihnya Amie makan waktu rehat dan tengahari.

Bekal Sarapan (6)

  • Keledek Madu + Keledek Merah + Jagung Rebus
  • Salad : Yumak + Romaine Lettuce +Tomato Ceri +Telur Rebus
  • Buah : Betik + Rockmelon

Ubi Keledek (Ubi Rambat @ Ubi Manis) & Jagung Rebus.

Salad : Yumak + Romaine Lettuce, Tomato Ceri + Telur Rebus.

Buah : Betik & Rockmelon

17 comments

  1. Perkongsian Kak Amie ni memang memberi inspirasi kpd sy, cuma perlaksanaannya je belum lagi :)
    Teruskan berkongsi idea 🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, akan terlaksana juga tu PH.
      Terima kash sokongan PH. Moga terus rajin bawa bekal sendiri.

      Padam
  2. Makan macam ni hari-hari, boleh kurus ni. Nasi, diganti dengan kentang atau keledek. Plant based diet. Hebat, Amie ni. Saya rasa, saya tak kuat macam ni. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua tahun lepas memang makan ikut cara begini Nur. Memang turunlah berat badan tapi masih belum capai berat ideal. Tak apalah, yang penting ada penurunan, dan sentiasa sihat. Kalau kurus, itu kira bonus.

      Padam
  3. Saya pun berangan esok nak bawa bekal keledek rebus..
    Yumak tu mengancam...
    Hari-hari tunggu nak tengok bekal kreatif dan bekal sihat cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada mulanya saya simpan saja gambar dalam HP. Entah macamana terfikir pula untuk share di blog. Moga ada manfaatnya, dan juga terus memotivasikan diri sendiri untuk istiqamah bawa bekal.

      Padam
  4. Kalau uncle tak kenyang ni.... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak kenyang kalau makan sekali Uncle, kena kerap makan tapi makan sikit-sikit hihihiii.

      Padam
  5. Wak kalau bawa bekal mestilah ada nasi, lauk dan sayur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau untuk makan tengahari, saya bawa bekal nasi.

      Padam
  6. Sedap plak tengok keledek tu...eh..rasa nak cuba makan la...bagus untuk diet jugak kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap keledek tu SA. Yang warna oren tu keledek madu. Manis.

      Padam
  7. Meriah penuh warna bekal Kak Amie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kononnya hendak mencari aura ceria di pagi hari hihihiii.

      Padam
  8. Rajin pelbagaikan menu. Hari ini keledek pula.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe