Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan cerita lama : BAKSO LAYAN DIRI LAHAD DATU
Cerita sebelumnya, kita makan di Bakso Layan Diri Kampung Bugis dengan Encik Suami. Cerita selanjutnya kita ajak kawan-kawan makan bakso di sini lagi.
|
Bakso Layan Diri |
Pada mulanya Amie dengan Mas masuk ke warung. Jus dengan Nano masih mencari tempat letak kereta. Jadi kami memesan bakso terlebih dahulu. Oleh kerana hendak meratah bahan tambahan seperti kulit ayam goreng garing dan wantan goreng, Amie minta hidangkan dalam mangkuk yang berasingan. Mas pun ikut cara Amie. Selain bakso sup kaki ayam dan bebola daging, Mas minta sayap ayam goreng dan wantan goreng.
Ini bakso yang Amie pesan, tiga biji bebola daging dan lebihkan kaki ayam.
Ini pula aksesori tambahan yang Amie minta, wantan goreng dan kulit ayam goreng crispy yang hendak diratah-ratah.
Ini bakso yang Mas pesan. Mas minta bebola daging lebih, dan sedikit kaki ayam.
Mas minta tambahan sayap ayam goreng, kulit ayam goreng crispy dan wantan goreng. Tidak lama kemudian datanglah Jus dan Nano. Melihat hidangan kami sudah ada di meja, mereka pun memesan benda yang lebih kurang sama dengan kami, tetapi Jus dan Nano lebih memilih aksesori seperti bebola ayam. Kemudian kami pun memandang keliling. Pelanggan lain hanya mengadap semangkuk bakso, sedangkan kami empat orang dengan lapan mangkuk berisi bakso dan aksesori lainnya!
Nano tanya: Memang beginikah cara makan bakso di sini?
Kita jawab: Tidaklah. Kami sengaja memilih begini, minta dua mangkuk berasingan sebab selepas makan bakso, kami hendah meratah-ratah saja kulit ayam goreng crispy!
Nano: Laaa.... begitukah? Saya ingat memang kena orden dua mangkuk! Satu mangku bakso berkuah sup, satu mangkuk lagi bahan gorengan!
Inilah hidangan tengahari kami pada hari tersebut (tak ingat dah hari apa).
Meriah sungguh dunia masakan di negara kita. Macam-macam kita boleh rasa masakan daripada pelbagai kaum dalam rumpun yang sama. Alhamdulillah.
Terima kasih Mas sebab belanja kami makan. Kita yang ajak awak makan di sini, awak pula yang bayarkan hehehee....rezeki Allah. Nanti kita keluar makan sama-sama lagi ye Mas.
SA tengok pun buat selera SA terbuka kak Amie...sedapnyaaa...sup kaki ayam...aduhaiii....
BalasPadamhehe. takde peraturan spesifik bila makan. janji kenyang dan tak membazir kan. goreng-goreng tu ala-ala side dish gitu
BalasPadamTeringin pula nak ratah kulit ayam :D
BalasPadamRezeki org belanja
BalasPadamini buak tamak... ini menikmati...
BalasPadamAlooo....cedapnya bakso & kulit ayam tu...
BalasPadamAdududu..mana nak carinkulit ayam goreng ni...terliur
Alhamdulillah rezeki percuma.
BalasPadamMoga dimurahkan rezeki Puan Mas.
Hehe.. meriah, baru puas makan. Lagi-lagi dengan kawan-kawan, tambah selera. :)
BalasPadamSedapnya, bakso siap ada cekerrrrr.
BalasPadamSemua pun mengikut cara kak Amie. Sedap juga makan dengan cara macam ni. Yang tambahan tu kekal rangup jadinya kan tak campur dengan sup. Nak makan baru disekalikan. Sesekali jadi tamak, dapat nikmati makanan sedap cara kita sendiri.
BalasPadam