Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (4) : Sandwich Sardin

6:48 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Jom kawan-kawan, kita bawa bekal ke tempat kerja. Kita ceriakan permulaan hari dengan warna-warni dalam bekal sarapan. Tidak perlu habiskan banyak masa di dapur, hanya masak bekalan ringkas, potong dan susun salad serta buah-buahan. Siap!

Pagi ini Amie bawa bekal roti wholemeal atau roti gandum yang lebih menyihatkan, tapi demi rasa dan keperluan selera Amie sumbatkan sardin... ahaks! Sebenarnya baik roti putih atau roti gandum, memang Amie makan saja. Beza roti putih dengan roti gandum ialah roti putih kategori karbohidrat ringkas manakala roti gandum pula membekalkan karbohidrat kompleks. Roti putih berwarna putih disebabkan terdapatnya proses penyulingan sebelum diputihkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin.Orang kata kalau makan roti putih, perut cepat lapar sebab dicerna lebih cepat. Kalau makan roti gandum pula ia dicerna lebih perlahan dan sangat sesuai untuk pengidap diabetes. Roti putih tidak mengandungi serat tetapi roti gandum kaya dengan serat. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis.
Bagaimana dengan rasanya?
Sudah tentulah roti putih lebih sedap, tetapi roti gandum @ wholemeal lebih menyihatkan.


Bekal Sarapan (4)

  • Sandwich sardin
  • Salad : coral red lettuce + timun + lobak + telur rebus
  • Buah anggur hitam & limau mandarin

Sandwich Sardin

Salad & The Gang

Anggur Hitam & Limau Mandarin

18 comments

  1. Wah!. Sedap2 dan gojez bekal semuanya lagi menyihatkan. Saya suka roti berserat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti berserat memang bagus, dan mengenyangkan.

      Padam
  2. saya suka je roti wholemeal. rasa lebih sihat gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pilihan yang tepat Sal. Tapi saya selalu terlajak roti putih kihkihkih.

      Padam
  3. Terapi mata bila tgk gambar bekal sarapan pagi Amie ni. Roti wholemeal ni mula2 payah jugak nak telan tapi lama2 ok. Cuma kalau beli anak2 & suami saya tak nak makan dieorang prefer roti putih. Terpaksa habiskan sorang2 tapi lambat nak menghabiskan sampai expired roti hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami makan campur-campur. Kadang-kadang kalau roti gandum tak ada di kedai, kami beli roti putih saja.

      Padam
  4. saya suka...saya suka...( baca macam suara mei mei dalam upin ipin),🤭
    saya suka roti gandum berbanding roti putih sebab feel mengunyah..😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti gandum lebih mengenyangkan kan Mama Cella.

      Padam
  5. SA suka jugak la....best la tengok bekal kak ammie hari- hari

    BalasPadam
  6. mudah dan ringkas. pakej warna warni pulak dalam bekas lagi sedap dipandang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak goda mata dulu, nanti selea ikut jatuh cinta heheheee.

      Padam
  7. sedapnya sayur sandwich n buah2

    BalasPadam
  8. Terasa semangat baca entri Amie ni. Nanti nak cari buah dan sayur. Buat bekal suami ke pejabat. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Nur. Buah-buah boleh buat kudapan waktu rehat. Suami saya pun suka bila tengok bekal sarapan begini. Katanya, terus berselera nak makan walaupun banyak serta (sayur & buah).

      Padam
  9. Saya sudah boleh terima roti gandum penuh. Rasa ok pula pada tekak. Mula-mula rasa tidak sedap.
    Itulah untuk cuba makan makanan lebih serat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mula-mula agak sukar juga untuk habiskan walau sekeping. Lama-lama ok.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe