Sarapan Pagi dengan Century Egg Conggee (Porridge)

10:22 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Terakhir makan bubur dengan century egg kalau tak silap pada Mac lepas  sewaktu menginap di Grandis Hotel Kota Kinabalu selama lima  malam. Century egg yang juga dikenali sebagai telur padi, telur pindang cina atau telur hitam. Kalau di hotel lain, century egg dipotong kecil-kecil, tetapi di The Penyu Restaurant, di potong besar-besar pula. Lebih kurang sebiji dipotong empat, begitulah.

Century Egg Conggee.


Sebelum sarapan pagi, mari kita bersiar-siar dahulu di taman menghirup udara pagi yang segar.


Ketika itu matahari baru saja memancarkan sinar. Para tetamu belum lagi sibuk turun untuk bersarapan.



Jom sarapan.






Ruang dalam restoran sangat luas.



Sewaktu kita meninjau-ninjau memilih sarapan pagi, Firdaus meminta Kamsiah mengambilkan untuknya coco crunch. Amboi! Bukan main lain dilayan macam anak Raja Suran... ahaks! Anak Raja Suran ialah gelaran atau usikan orang Cocos untuk seseorang yang mendapat layanan istimewa.


Ketika edit gambar, baru perasan Firdaus bawa remis ke mana-mana. Waktu sarapan pun, diletakkannya di atas meja.

Remis dalam bulatan merah.


Kita ambil semangkuk kecil sup kuetiaw.
Tambahkan beberapa ketul sotong yang dihiris cantik!



Kita ambil juga nasi lemak. Ada pelbagai lauk, tapi kita hanya ambil yang biasa saja, ikan bilis dan kacang tanah goreng, sambal, telur mata dan hirisan timun.

Jus Jambu Merah

Jus Mangga

Cukuplah makan semangkuk bubur dengan telur hitam, nasi lemak dan sup kuetiaw. 
Alhamdulillah. Kenyang sekenyang-kenyangnya!


Kami kembali semula ke bilik menemani Firdaus tukar pakaian.


Ketika ini ramai pengunjung menghala ke pantai tetapi tidak lama kemudian beralih ke kolam renang pula.




Firdaus sempat bermain di taman permainan.


Setelah itu Firdaus masuk ke swimming pool.



Firdaus tanpa kawan, tetapi di dalam kolam renang pandai pula bermain dengan kanak-kanak lain.



Kita menunggu di tepi kolam renang!



































6 comments

  1. Dah beberapa kali nampak kawan2 share makan century egg ni. Mungkin lain kali boleh cuba jika ada dalam buffet bubur di hotel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semua tekak boleh terima century egg ni SK. Kita pun dulu mula-mula sangka telur rosak!

      Padam
  2. Tiap kali tengok century egg kat supermarket..pasti teringat Cikgu Amie.
    Teringin nak cuba tapi selalu tak beli🤭
    Bila tengok cikgu post nyesal pulak tak beli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali try makan memang tekak menolak, dua tiga kali try baru boleh masuk. itu sayalah.

      Padam
  3. Teringin nak cuba century egg tu la..nampak menarik...bukan main lagi Firdaus mandi kolam ye...

    BalasPadam
  4. Boleh tahan sarapannya. Luar kebiasaan ada telur hitam.
    Nampak betul berusaha hotel ini sajikan makanan yang cantik. Ambil masa ukir sotong.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe