Jalan-Jalan Cari Makan di Rumpun Selera

12:05 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pertengahan Jun lepas, kakak ipar belanja kami makan malam di Restoran Rumpun Selera, Sri Perdana. 



Makanan tidak ditempah terlebih dahulu. Sebaik sampai, kami boleh pesan apa sahaja makanan yang ingin dinikmati. Malam itu pelanggan sangat ramai. Kami berada di dalam restoran bilik berhawa dingin. Di bahagian luar, memang penuh. Ditambah lagi kerusi meja di luar restoran! Nampaknya Restoran Rumpun Selera sudah menjadi restoran kegemaran ramai di Lahad Datu. Tempat letak kereta pun penuh sesak.


Lebih sejam jugalah kami menanti hidangan dihantar ke meja. Walaupun agak lama menunggu, tidaklah hati rasa mendidih sebab memahami betapa sibuknya pekerja restoran melayan pelanggan.

Firdaus pula, kebetulannya membawa komik Aku, Dia dan Bantal Busuk. Entah kali ke berapa budak ini baca komik yang sama. Katanya dia sangat suka baca komik ini kerana sayang sangat dengan bantal busuknya! Eh, ada kaitan suka dan sayang!

Memang akan terdengar gelak-gelanya apabila membaca komik kesayangannya ini.


Aiman (cucu buah) yang duduk di sebelahnya pun ikut membaca sama. Bagus jugalah Firdaus bawa komik. Makanan pula lambat sampai. Jadi, tidaklah rasa bosan menunggu. Maklum sajalah, anak-anak bukannya senang duduk lama-lama!


Encik Suami pilih jus epal dan jus oren untuk kami berdua.
Ipar duai kebanyakannya memesan nasi beriani. Lain sikit warna nasi beriani di sini.

Nasi Beriani Ayam




Ini pilihan roti nan Encik Suami untuk Amie. Katanya, ini roti nan special. Ada topping keju, cendawan, sosej dan tomato di atasnya serta krim pencecah dalam mangkuk kecil. Set roti nan ini dihidangkan bersama lamb stew.

Lamb Stew

Jom makan roti dengan kambing!


Firdaus pun tidak sabar hendak menjamah chicken chop!


Terima kasih kakak ipar kesayangan yang selalu belanja kami makan-makan.
Sekarang kakak ipar kami berada di Makkah menunaikan fardhu haji.
Semoga sentiasa sihat dan akan mendapat haji yang mabrur. Amin.


16 comments

  1. Special la naan cheese tu ..dah macam ala pizza..
    Stew & roti kambing lagi la menggoda🤭..
    Kambing tuuu ..
    Raya Qurban kalau masjid kapitan memang depa banyak qurbankan kambing berbanding lembu..

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan urusan kak ipar Kak Amie dan mendapat haji yang mabrur. Nasi beriani tu nampak sedap lain macam tapi jus oren tu lebih menggiurkan, hahah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa.... lepas makan nasi beriani, minum jus oren memang ranaplah lemak tanpa perlu bakar.

      Padam
  3. Pemurah kakak ipar.
    Semoga diberi haji mabrur.

    BalasPadam
  4. Singgah baca :) Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya aidil adha juga buat Syaz sekeluarga.

      Padam
  5. pandai daus manfaatkan masa tunggu makanan dihidang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daus memang sayang sangat dengan buku komiknya itu Kak PI.

      Padam
  6. semoga kakak ipar kak Amie mendapat haji yang mabrur dan pulang dengan selamat nanti. warna merah ayam tu menggoda betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Ayam masak merah itu memang menambat selera kan Sal.

      Padam
  7. mcm nasi minyak pulak nasi berianinya... nan cheese tu nmpk mcm sedap je kak

    BalasPadam
  8. Semoga kakak ipar kak ammie mendapat haji yang mabrur...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe